09:30 AM – Menghadiri Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

 

10:25 AM – Menjawab Soalan Lisan Yang Diajukan Oleh YB. ADUN Lintang  di Mesyuarat  Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IMG-20150403-WA0006 IMG-20150403-WA0007 IMG-20150403-WA0008 IMG-20150403-WA0009

 

 

 08:00 PM – Perjumpaan dan Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan Serta Agensi di Pejabat SUK,Ipoh

 

Artikel/Keratan Akhbar/Portal

Perak News : 03 April 2015

 

PERAK CADANG WUJUD KELAS KITAB TURATH

Kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu kelas pengajian agama di Sekolah Agama Negeri yang melaksanakan kurikulum kitab-kitab Turath (Kitab Kuning).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kelas itu juga akan diwujudkan bersama kurikulum arus perdana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut beliau, cadangan itu diambil dalam usaha kerajaan negeri untuk melahirkan generasi ulama yang mujtahid.

“Dalam usaha yang sama, kita juga mewujudkan Fakluti Al-Quran dan Al-Hadis di KUISAS,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Zolkafly Harun (BN – Lintang) ketika Sidang DUN pada Jumaat.

Menurut beliau, satu jawatankuasa untuk mengkaji keberkesanan kurikulum sedia ada juga turut telah diwujudkan.

Katanya, jawatankuasa tersebut di pengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid.

“Kerajaan negeri menyedari kurikulum sedia ada perlu dibuat penambah baikan bagi melahirkan modal insan yang mempunyai keupayaan di dalam pelbagai bidang serta mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Jawatankuasa ini diadakan bagi menyemak, mengkaji serta menilai keberkesanan kurikulum seda ada untuk dibuat penambahbaikkan,” katanya.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).