11:30 AM – Merasmikan Kompang Selawat dan Marhaban Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak di SMK Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
02:30 PM – Menghadiri Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak di Dewan Istiadat Kecil Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
05:15 PM – Menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Sungai Korok di Bilik Gerakan Cawangan Sumgai Korok.
09:00 PM – Menghadiri Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji 1436H/2015M di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kamunting Taiping.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
Sultan Nazrin Hadir Sambutan Hari Pahlawan 2015
IPOH: Seramai 102 anggota pasukan beruniform mengadakan perbarisan khas sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak yang dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) di sini hari ini.
Turut berangkat sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah.
Sultan Nazrin tiba di perkarangan Dataran (SUK) pada jam 9.05 pagi serta disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh dan Panglima 2 Briged, Brig Jen Mohamad Abdul Ab Rahman dan barisan exco kerajaan negeri yang lain.
Acara bermula dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum baginda berkenan bagi memeriksa barisan kawalan kehormat utama.
Sejurus itu, acara diteruskan dengan tiupan ‘last post’ dan bendera Malaysia diturunkan separuh tiang disertakan dengan bacaan doa selepas itu.
Majlis diteruskan lagi dengan deklamasi sajak oleh Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Alias dengan diiringi lagu ‘Pahlawanku’ sebelum bendera Malaysia dinaikkan semula.
Sultan Nazrin kemudiannya berangkat ke majlis santapan dan para hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh Kumpulan Muzika Selendang Perak serta tayang video khas berdurasi selama 10 minit rangkuman mengenai kejayaan pasukan keselamatan negara memerangi jenayah.
Barisan kawalan kehormat utama terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang diketuai Pegawai Pemerintah Baris, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Jafri Muhammad.
Hari Pahlawan turut disambut di setiap peringkat negeri bagi mengenang dan menghargai jasa pahlawan yang terkorban serta cedera ketika mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.