09:00 AM – Penyerahan Cenderahati oleh Wakil Team Keris Berhad di Pejabat SUK, Ipoh

IMG_4076 IMG_4077 IMG_4078

10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

 

11:20 AMMenjawab Soalan Lisan Yang Diajukan Oleh YB. ADUN Changkat Jering  di Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IMG-20150401-WA0003 IMG-20150401-WA0004 IMG-20150401-WA0005

 

 

 

Artikel/Keratan Akhbar/Portal

Perak Today : 01 April 2015

 

 USAHA TAMBAH JUMLAH HUFFAZ DI PERAK DIPERGIAT

 

IPOH: Kerajaan negeri giat menjalankan pelbagai pendekatan menyeluruh bagi melahirkan lebih ramai huffaz (penghafal Al-Quran) di Perak.

Usaha itu dilaksanakan melalui pelbagai institusi tahfiz yang berdafar di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 sehingga kini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, sehingga kini, terdapat seramai 592 orang huffaz di Perak.

“Daripada jumlah itu, kita mempunyai seramai 482 hafiz dan bakinya iaitu 110 lagi adalah hafizah.

“Kebanyakan mereka ini sedang menyambung pengajian di peringkat tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara dalam pelbagai bidang,” katanya.

Jelasnya lagi, setakat tahun 2014, sebanyak 390 maahad tahfiz swasta dan 170 maahad Tahfiz Al-Quran Walqiraat Kerajaan Negeri (peringkat Diploma) direkodkan beroperasi di Perak.

Kerajaan negeri juga mengambil langkah dan pelbagai usaha bagi menggalakkan para ibu bapa melahirkan anak yang menghafal Al-Quran, katanya.

“Antara usahanya ialah dengan menganugerahkan gelaran Hafiz Muda kepada huffaz yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran bersama dengan hadiah tunai berjumlah RM1,000 secara one-off,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan pihak pembangkang Adun Changkat Jering, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin pada sesi lisan persidangan DUN Perak Ke-13, hari ini.

Katanya lagi, selain pelajar terpilih menyambung pengajian di tahap diploma di Maahad tahfiz al-quran Walqiraat kerajaan negeri di Institut Tadbiran Islam (INTIM) akan ditaja sepenuhnya dan menerima insentif bulanan sebanyak RM550.

Kerajaan negeri juga katanya, menyediakan bantuan kewangan PERKAPITA sebanyak RM100 per murid kepada semua Maahad Tahfiz untuk membantu meringankan beban kos pengurusan sekolah sepanjang tempoh pembelajaran murid.

“Sehingga kini, kerajaan negeri telah membina lima buah Maahad Tahfiz dan kesemua maahad Tahfiz ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR),” katanya.

Jelasnya lagi, konsep satu daerah satu tahfiz dan penubuhan Maahad Tahfiz di seluruh daerah dapat menerapkan keseimbangan daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Artikel/Keratan Akhbar/Portal

Perak News : 01 April 2015

 

PERAK LAHIRKAN 592 HUFFAZ

 

Kerajaan negeri Perak melalui institusi tahfiz berdaftar sehingga kini telah melahirkan 592 orang huffaz yang terdiri daripada 482 hafiz dan 110 hafizah yang sebilangan antaranya berjaya mengharumkan nama negeri ini di pelbagai peringkat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, kejayaan para huffaz di negeri ini membuka ruang buat mereka menjawat jawatan penting dalam pelbagai sektor.

“Kita sentiasa menerima cadangan yang difikirkan baik untuk menjaga masa depan mereka, antaranya anugerah gelaran hafiz muda kepada huffaz yang berjaya hafal 30 juzuk al-Quran beserta wang tunai RM1,000 secara ‘one-off’.

“Selain itu, pelajar di tahap diploma di Maahad Tahfiz al-Quran Waliraat di INTIM akan ditaja sepenuhnya dan terima insentif bulanan RM550, termasuklah potensi mereka untuk menjawat jawatan penting,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS -Changkat Jering) pada Sidang DUN di Ipoh pada Rabu.

Menjawab soalan tambahan Zainun Mat Noor (BN-Chendroh) mengenai pencapaian kokurikulum pelajar Tahfiz di negeri ini, beliau berkata, ada di antara mereka telah pun membawa nama Malaysia amnya dan Perak khususnya ke peringkat antarabangsa.

“Pencapaian pelajar-pelajar ini cukup membanggakan, baru-baru ini mereka mewakili negara di Pertandingan Inovasi dan Saintis Muda di Aceh, Indonesia dengan mendapat 2 pingat emas, 1 perak dan 3 anugerah khas,” katanya

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).