Kepada Seluruh Ahli UMNO Di seluruh Negara
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh
Bismillahirohmanirohim,
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, yang memberikan kesempatan kepada saya membuat ucapan sempena Hari UMNO pada hari yang sangat berbahagia ini.
Hari Ini Sabtu, bertarikh 11 Mei 2013, UMNO sudah mencapai usia 67 tahun. Sedar tak sedar parti keramat orang Melayu ini terus kukuh dan gah berdiri. Pelbagai liku dan cabaran dilalui parti tunjang atau tulang belakang gabungan Barisan Nasional (BN) ini.
Katakan apa saja yang tidak pernah ditempuhi parti ini. Daripada sekecil-kecil masalah dalaman sehinggalah serangan ganas lawan dari luar, semuanya dihadapi dengan cara tersendiri.
Dengan izin Allah SWT dan berkat doa pejuang terdahulu, ditambah pula dengan kepercayaan dan semangat orang-orang Melayu yang tidak pernah padam, UMNO kini tetap utuh di puncak kuasa di persada politik orang Melayu.
Sesungguhnya, tanggal 11hb Mei 1946 akan kekal tertempa di atas tinta emas sejarah, bahawa lahirnya sebuah wadah yang memperjuangkan hak, untung nasib dan masa depan umat Melayu.
Selama lebih enam dekad, UMNO melangkah dengan derap keyakinan. UMNO melangkah seiring dengan harapan dan cita-cita rakyat. UMNO melangkah dengan kesetiaan dan kebijaksanaan.
67 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini.
Pada ketika itu ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.
Kini UMNO melangkah ke usia matangnya 67 tahun, jiwa kita orang UMNO kian marak dan segar dengan erti perjuangan; hati kita, ‘orang UMNO’ kian utuh dan teguh, dengan semangat dan jiwa khidmat kepada rakyat; semangat kita, orang UMNO, kian mantap dan ampuh. Saya yakin dan percaya, semangat juang ini tidak akan pernah luntur sama sekali.
UMNO ini diiringi dengannya doa tulus para ulama’, kata sepakat pejuang bangsa, ikrar setia kaum ibu, semangat juang anak muda, yang mahu melihat bangsanya bermaruah dan dihormati di bumi sendiri.
Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO,
Yang menyedihkan apabila selepas 67 tahun ia ditubuhkan dan setelah 56 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi terutamanya oleh golongan muda Melayu.
Sejak merdeka hingga ke hari ini, UMNO dan Barisan Nasional menjadi tonggak siasah nusa. Ini adalah satu kembara politik luar biasa. Parti UMNO yang kita dokong selama 67 tahun ini, pantas meneraju kemajuan bangsa, mencipta kegemilangan negara.
Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan.
Ancaman demi ancaman secara global telah berjaya masuk menyusup kedalam akar akar pemikiran anak bangsa yang mana telah mengubah corak pemikiran yang lebih liberal sehinggakan anak nak bangsa ini sudah melupakan perjuangan perwira dan pahlawan politk dimasa lalu.
Ianya dapat dilihat dengan jelas didalam keputusan PRU ke – 13 baru-baru ini di mana memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN. Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu dalam mengekalkan kuasa politik demi kepentingan Melayu.
Kemuncak kepada kejujuran yang d pupuk selama lebih 50 tahun hidup bersama..Akhirnya Cina dan sebahagian India tolak Melayu UMNO dalam gabungan mereka sendiri. Mereka harapkan bahawa PRU13 penamat hubungan antara Barisan Nasional..
Intergrasi kaum yang kita pupuk kini kian lerai dibawa arus fahaman songsang untuk membeli kesetiaan orang melayu terhadap perjuangan yang dibina waktu silam.
Dalam hal ini Melayu haru bangkit semula membina dan berjuang untuk mengukuhkan lagi tapak yang telah dibina agar kesinambungan politik yang membela anak cucu cicit kita nanti berdiri teguh dipersada bumi ini.
Syukur Alhamdullilah Allah masih lagi bersama UMNO..Allah sayangkan UMNO dan Allah selamatkan UMNO dari dihancurkan oleh manusia yang kononnya sahabat UMNO,Cabaran yang amat getir telah dihadapi oleh UMNO pada kali ini, tetapi Allah Maha pemutus keputusan yang Maha Hebat.
Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu yang beragama Islam untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa.
Tonggak perpaduan yang seharusnya dipupuk dengan penyatuan Melayu itu akan dapat mengembalikan kekuatan yang cukup jitu diantara orang Melayu untuk kembali membina kekuatan dibawah satu panji yang bernama UMNO.
Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.
Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Berkorban sedikit atas nama UMNO tidak lah membebankan banyak pihak, jika dahulu kalau Wanita UMNO dulu sanggup lurutkan gelang emas demi sebuah kemerdekaan,kenapa kita tak sanggup untuk berkorban untuk melakukan perpaduan dan berjuang diatas nama parti keramat ini dan atas nama Melayu khasnya.
Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, maka dengan itu perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama.
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.
Untuk semua ahli UMNO, izinkan saya mengucapkan Selamat Ulangtahun UMNO ke-67. Marilah kita bersama sama melakarkan garis garis perjunagan dengan bersatunya orang Melayu dibawah satu panji, sebagai pembuktian bahawa kita generasi penerus perjuangan UMNO yang sejati, pantang berundur sebelum berjuang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pertubuhan Melayu, badan-badan bukan kerajaan, kakitangan awam, pemimpin masyarakat dan semua pihak yang telah bersama-sama UMNO menegakkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Putih tulang, menjulang pertiwi;
Mewarisi semangat, pendekar bangsa;
UMNO dan Rakyat; akal dan budi;
Menjadi tonggak, membina Negara
Sekian Terima Kasih
Drs.Mohd Nizar bin Zakaria
ADUN Blanja