09:00 AM – Mempengerusikan Majlis Pembangunan Pertanian di Pejabat Pertanian Titi Gantung.
05:45 PM – Merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan di Masjid Jamek Radhiatul Mardhiah, Pekan Parit.
09:00 AM – Mempengerusikan Majlis Pembangunan Pertanian di Pejabat Pertanian Titi Gantung.
05:45 PM – Merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan di Masjid Jamek Radhiatul Mardhiah, Pekan Parit.
04:00 PM – Melawat Gerai Jualan Ramadhan dan Penyerahan Apron Kepada Peniaga dan Penjaja Gerai Ramadhan di Pekan Parit.
09:30 AM – Menghadiri Majlis Mesyuarat Program Turun Padang DTPNJ @ Bazaar Ramadhan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar.
04:00 PM – Melawat Gerai Peniaga dan Penjaja Pasar Ramadhan serta Penyerahan Apron dan Beramah Mesra Bersama Masyarakat di Dataran Gerai Ramadhan Seri Iskandar.
Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menyambut bulan yang amat mulia didalam kalendar Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubaraq.
Hari ini kita memasuki bulan suci Ramadhan. Banyak hikmah yang kita dapati dengan ganjaran yang tidak terhingga didalam bulan suci dan mulia ini, yang semuanya mengarah pada peningkatan makna kehidupan, peningkatan nilai diri, maqam kerohanian, dan pembeningan jiwa dan nurani.
Kewajiban puasa ini bukan sesuatu yang baru dalam tradisi keagamaan manusia. Puasa telah Allah wajibkan kepada kaum beragama sebelum datangnya Nabi Muhammad Saw. Ini jelas terlihat dalam firman Allah berikut, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS. Al-Baqarah:183).
Ayat ini menegaskan tujuan sebenar dari disyariatkannya puasa, yakni tercapainya takwa. Namun, perlu diingat bahawa ketakwaan yang Allah janjikan itu bukanlah sesuatu yang percuma diberikan kepada siapa saja yang berpuasa. Manusia-manusia takwa yang akan lahir dari “rahim” Ramadhan adalah mereka yang lulus dalam ujian-ujian yang berlangsung pada bulan diklat itu.
Tidak hairanlah jika sekiranya Rasulullah bersabda, “Banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapatkn apa-apa dari puasanya, kecuali lapar dan haus” (HR. An-Nasai dan Ibnu Majah). Mereka yang berpuasa, namun tidak melakukan pengendapan makna spiritual puasa, akan kehilangan kesempatan untuk meraih kandungan hakiki puasa itu.
Apakah yang mesti kita lakukan? Beberapa hal berikut ini mungkin akan bias membantu menjadikan puasa kita penuh rahmah, berkah, dan bermakna: Oleh karena itulah, setiap kali Ramadhan menjelang Rasulullah mengumpulkan para sahabatnya untuk memberikan persepsi yang benar tentang Ramadhan itu. Rasulullah bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakan kalian pada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari kalian. Karena orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.” (HR. Ath-Thabrani) .
Rasulullah sampaikan agar para sahabat – dan tentu saja kita semua – bersiap-siap menyambut kedatangan bulan suci ini dengan hati berbunga. Maka menurut Rasulullah, sungguh tidak beruntung manusia yang melewatkan Ramadhan ini dengan sia-sia. Berlalu tanpa kenangan dan tanpa makna apa-apa.
Persepsi yang benar akan mendorong kita untuk tidak terjebak dalam melakukan perkara yang sia-sia didalam bulan Ramadhan. Saat kita tahu bahwa Ramadhan bulan pengampunan, maka kita akan meminta pengampunan pada Allah yang Maha Pengampun. Jika kita tahu bulan ini bertabur rahmat, kita akan berlumba dengan sedaya upaya untuk mendapatkan Rahmat Allah.. Jika pintu surga dibuka, kita akan berlari kencang untuk memasukinya. Jika pintu neraka ditutup kita tidak akan mau mendekatinya sehingga dia akan menganga.
Kedua, membekali diri dengan ilmu yang cukup dan memadai. Untuk memasuki puasa, kita harus memiliki ilmu yang cukup tentang puasa itu.Tentang rukun yang wajib kita lakukan, syarat-syaratnya, hal yang boleh dan membatalkan, dan apa saja yang dianjurkan.
Pengetahuan yang memadai tentang puasa ini akan senantiasa menjadi panduanpada saat kita puasa. Ini sangat berpengaruh terhadap kemampuan kita untuk meningkatkan ketakwaan kita serta akan mampu melahirkan puasa yang diterima oleh Allah Taala. Sebagaimana yang Rasulullah sabdakan, “Barang siapa yang puasa Ramadhan dan mengetahui rambu-rambunya dan memperhatikan apa yang semestinya diperhatikan, maka itu akan menjadi penghapus dosa yang dilakukan sebelumnya.” (HR. IbnuHibban dan Al-Baihaqi).
Agar puasa kita bertabur rahmat, penuh berkah, dan bermakna, sejak awal kita harus kita mempersiapkan diri dari pelbagai sudut zahir dan batin .Puasa merupakan “sekolah moral dan etika”, tempat berlatih orang-orang mukmin. Latihan bertarung melawan hawa nafsu, berlatih menambah kesabarannya, berlatih mengukuhkan sikap amanah. Berlatih meningkatkan kesabaran daripada tuntutan nafsu. Berlatih menjernihkan otak dan akal fikiran.
Puasa akan melahirkan pandangan yang tajam. Sebab, perut yang selalu penuh makanan akan mematikan pikiran, melupakan hikmah, dan melemahkan anggota badan. Puasa melatih kaum muslimin untuk disiplin dan tepat waktu, melahirkanperasaan kesatuan kaum muslimin, menambahkan rasa kasih sayang, perjuangan, simpati, dan empati terhadap sesame manusia.
Tak kalah pentingnya yang harus kita tekankan dalam puasa adalah dimensi batinnya. Dimana kita mampu menjadikan anggota badan kita berpuasa dan tidak melakukan hal-hal yang Allah murkai. Dimensi ini akan dicapai, kala mata kita juga berpuasa untuk tidak melihat hal-hal yang haram, telinga tidak untuk mendengar hal-hal yang melalaikan kita dari Allah, mulut kita berpuasa untuk tidak mengatakan perkataan dusta dan sia-sia. Kaki kita tidak melangkah ke tempat-tempat bertabur maksiat dan kekejian, tangan kita tidak pernah menyentuh harta haram.
Fikiran kita bersih dari sesuatu yang menggelapkan hati. Dalam pikiran dan hati tidak bersarang ketakaburan, kedengkian, kebencian pada sesama, angkara, rakus dan tamak serta keangkuhan. Sahabat Rasulullah, Jabir bin Abdullah berkata, “Jika kamu berpuasa, maka hendaknya puasa pula pendengar dan lisanmu dari dusta dan dosa-dosa. Tinggalkanlah menyakiti tetangga dan hendaknya kamu bersikap tenang pada hari kamu berpuasa. Jangan pula kamu jadikan hari berbukamu (saat tidak berpuasa) sama dengan hari kamu berpuasa.”
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan dia mengamalkannya maka Allah tidak menghajatkan dari orang itu untuk tidak makan dan tidak minum.” (HR. Bukhari dan Ahmad dan lainnya). Mari kita jadikan puasa ini sebagai langkah awal untuk membangun gugusan amal ke depan. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubaraq kepada semua warga penduduk khususnya di sekitar kawasan Parlimen Parit dan seluruh rakyat Malaysia.
Sekian,
YB Drs Mohd Nizar bin Haji Zakaria
(Ahli Parlimen Parit)
Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di Majlis Sambutan hari Pahlawan yang mana diadakan pada setiap 31 Julai setiap tahun.
Merekalah pejuang, merekalah penyelamat, merekalah mempertahankan negara bersama darah dan nyawa. Kepahlawanan mereka membolehkan rakyat Malaysia hidup dengan aman dan selamat sehingga ke hari ini. Mereka merupakan seorang insan yang berjiwa kental dan mampu menempuh apa juga kesukaran untuk memastikan kita semua tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan.
Keringat bakti yang dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan tanah air dari pelbagai kaum untuk mengekalkan kedaulatan negara tanpa menghiraukan keselamatan diri serta keluarga merupakan satu pengorbanan yang tidak terbalas walau diberi ganjaran wang ringgit sekalipun.
Setelah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan, rakyat Malaysia sudah berjaya berada pada satu kedudukan yang setaraf dengan rakyat negara luar yang boleh dianggap membangun. Keupayaan ini bukanlah satu pencapaian tanpa perancangan sebaliknya kemampuan rakyat mengharungi pelbagai keperitan dan kepayahan untuk berada di puncak kegemilangan hasil perjuangan para pahlawan-pahlwan negara yang boleh dikatakan sebagai pahlawan Satu Malaysia.
Pengorbanan mereka ini dapat dilihat dengan adanya anggota tentera yang gugur dan cacat anggota. Maka, apabila keadaan ini berlaku, keluarga mereka yang terdiri daripada balu dan anak-anak turut melakukan pengorbanan besar. Bukan itu saja, dari segi amalan ketenteraan, berbanding dengan pekerjaan lain, seseorang anggota tentera harus bersara awal daripada perkhidmatan mereka.
Selain itu, tugas ketenteraan yang tidak mengenal masa dan tempat turut menuntut pengorbanan diri dan keluarga yang tinggi. Perubahan kerjaya dalam umur pertengahan ini seringkali menyukarkan mereka sedangkan anak-anak baru saja membesar dan memerlukan pembiayaan yang semakin meningkat. Kesemua ini merupakan pengorbanan anggota tentera.
Sepanjang sejarah, negara ini amat terhutang budi kepada pengorbanan perajurit. Ketika pengganas cuba menguasai negara, para perajurit telah melakukan banyak pengorbanan untuk mempertahankan negara daripada jatuh ke tangan komunis. Malah kejayaan para perajurit melindungi rakyat daripada dizalimi komunis membolehkan negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Maka apabila pengorbanan perajurit berjaya mematahkan keganasan komunis dan menamatkan Darurat pada 31 Julai 1960, maka tarikh itu menjadi Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun hingga ke hari ini.
Namun begitu, selepas Darurat, perajurit-perajurit kita terus berkorban di hutan-hutan untuk menghapuskan saki-baki komunis hinggalah mereka meletak senjata pada tahun 1989.Kini, pasukan keselamatan mesti terus berjaga-jaga dan memelihara keamanan negara daripada apa saja ancaman yang boleh timbul untuk merosakkan kehidupan rakyat. Sesungguhnya, tidak ada apa yang dapat membalas pengorbanan perajurit-perajurit itu. Ini kerana pengorbanannya teramat tinggi nilainya. Mereka juga berjuang dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan yang setimpal.
Dalam menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun, setiap daripada kita perlu bersyukur kerana masih diberi kesempatan serta peluang untuk mengingati dan menghayati semangat yang telah diperjuangkan oleh para pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
Dalam dunia menghadapi era globalisasi, semangat kepahlawanan masih relevan dan diperlukan, apatah lagi dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mendatang dan semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara serta mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik dan semua kaum perlu mengangap bahawa mereka adalah rakyat Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati bersama.Sebagai rakyat yang perihatin terhadap pengorbanan pahlawan ini seharusnya kita sentiasa menghargai setiap langkah perjuangan yang mereka hulurkan bukan untuk kita sahaja malahan untuk negara kita yang tercinta. Sejarah silam telah mencatatkan segalanya pengorbanan mereka.
Generasi muda dan generasi akan datang perlu diberi pendedahan mengenai usaha para pemimpin serta para pejuang negara dahulu dan masa kini dalam membina Malaysia sehingga mencapai kemakmuran dan kejayaan. Mereka tidak seharusnya alpa dengan kemajuan yang dikecapi sekarang tanpa menyedari pengorbanan yang telah dicurahkan oleh datuk nenek mereka yang terdahulu. Kita berharap landasan yang telah dibina sekarang ini, akan terus ditingkat dan disemai bagi kesejahteraan generasi Malaysia yang akan datang.
Sejak merdeka, rakyat negara ini hidup bersatu padu, rukun dan damai dan terlalu banyak peristiwa dilalui bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara yang merdeka. Secara psikologinya, pengorbanan para pahlawan memberi contoh teladan kepada kita yang masih hidup dan mereka memperjuangkan serta mempertahankan kemerdekaaan sehingga rela mempertaruhkan jiwa dan raga demi merealisasikan cita-cita bangsa , agama dan juga negara.
Mereka juga sanggup mengorbankan kesenangan hidup demi membela kehormatan serta maruah bangsa dan negara. Bersempena dengan itu, sambutan Hari Pahlawan peringkat kebangsaan tahun ini mencatat sejarah apabila buat kali pertama tidak disambut di Tugu Negara sebaliknya diadakan di Dataran Merdeka yang mana upacara mengalungkan bunga di Tugu Negara yang menjadi acara tetap sebelum ini, juga tidak lagi diadakan pada sambutan hari ini.
Ini selaras nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan supaya sambutan Hari Pahlawan tidak diadakan di kawasan mempunyai patung manusia manakala upacara mengalungkan bunga dimansuhkan kerana kedua-duanya bertentangan dengan Agama Islam.Perubahan lokasi tidak sedikit pun menjejaskan sambutan Hari Pahlawan tahun ini apabila ia masih berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan dan bersemangat. Ini terbukti dengan kehadiran ramai bekas anggota tentera dan polis yang sebelum ini berjuang mempertahankan kedaulatan negara selain turut menarik minat puluhan diplomat asing.
Sempena sambutan Hari Pahlawan tahun 2011, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru sokongan dan kerjasama orang ramai, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta supaya tampil ke hadapan menghulurkan sokongan dan menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan kan oleh pahlawan kita demi keamanan didalam negara yang tercinta ini.. Saya yakin dan percaya pahlawan-pahlawan kita sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan di limpah rezeki serta mendapat ganjaran keberkatan di dunia dan akhirat kelak. Insya’Allah.
Sekian,
YB Drs Mohd Nizar bin Haji Zakaria
(Ahli Parlimen Parit)
09:00 AM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Membasmi Musuh Tanaman Bersama Pasukan RELA dan JKKK Kg. Baru, Layang Kanan.
10:45 AM – Ramah Mesra dan Menyampaikan Sumbangan Bagi Masyarakat Kg. Batu 25, Seri Iskandar.
01:00 PM – Ramah Mesra dan Menyampaikan Sumbangan di Kg. Kota Pagar, Layang-Layang Kanan.
09:00 AM – Merasmikan Karnival 1Futsal 1Malaysia dan Perasmian Gelanggang Rakyat Kg. Layang-Layang Kanan.
10:00 AM – Menghadiri Majlis Gotong-Royong Membina Stor di Kg. Teluk Bakong.
10:30 AM – Sesi Lawatan Ziarah Warga Emas / Ibu Tunggal serta OKU dan Menyerahkan Sumbangan di Sekitar Kawasan Parlimen Parit.
12:30 PM – Menyaksikan Pertandingan Bola Tampar Sempena Karnival Futsal dan Bola Tampar di Gelanggang Balai Polis Titi Gantung.
02:00 PM – Menyampaikan Hadiah Pertandingan Karnival Futsal dan Bola Tampar 1Malaysia di Padang Sek. Keb. Titi Gantung.
02:30 PM – Menghadiri Majlis Pengangkatan Terima Ahli Silat Gayung di Dewan Serbaguna Bandar Universiti.
03:00 PM – Merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan di Kg. Baru, Lambor Kiri.
08:00 PM – Merasmikan Pertandingan Bowling Ketua-Ketua Jabatan Daerah Perak Tengah di Ampang Superbowl, Ipoh Parade.