10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
03:00 PM – Ramah Mesra dan Bermain Badminton di MSN Ipoh.
10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
03:00 PM – Ramah Mesra dan Bermain Badminton di MSN Ipoh.
10:30 AM – Berada Di Pejabat SUK, Ipoh.
03:00 PM – Menziarahi Rumah Yang di Timpa Pokok Serta Penyampaian Sumbangan di Kampung Serapoh.
03:30 PM – Melawat Ziarah dan Menyampaikan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Kepada Waris di Kampung Belanja Kiri.
04:00 PM – Melawat Ziarah Dan Menyampaikan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Kepada Waris di Kampung Tanjung Medan.
09:00 PM – Ramah Mesra Dan Bermain Badminton di Institut Latihan Kemas Seri Iskandar.

Jenazah bapa kepada Menteri Besar Perak, Allahyarham Abd Kadir Mohammad, 73, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Teluk Bayang, dekat Pulau Pangkor kira-kira jam 2.50 petang tadi.
Terdahulu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengetuai solat Zohor dan solat jenazah Allahyarham Abd Kadir di ruang solat masjid tersebut.
Sementara itu, arwah sempat menunaikan sembahyang jenazah seorang penduduk yang meninggal dunia di Teluk Dalam dan makan malam sebelum diserang sakit jantung sebaik tiba di rumah, kata Sulaiman Abd Kadir.
Beliau adalah adik kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry, yang kematian bapa, Abd Kadir Mohammad, 73, awal pagi tadi.
Sulaiman, 35, berkata keluarganya begitu terkejut dengan kematian itu akibat serangan jantung kerana arwah sebelum ini hanya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Katanya, beliau yang pulang ke rumah pada jam 12 tengah malam selepas dimaklumkan ahli keluarga mendapati arwah sesak nafas lalu memimpinnya mengucap dua kalimah syahadah.
Sementara itu, Masyitah, 31, berkata sejak kebelakangan ini arwah bapanya begitu rapat dengan cucu-cucunya.
“Apabila kami memarahi cucu-cucunya, arwah bapa bertindak menegur dan memarahi kami pula.
“Arwah juga sempat membaca surah Al Fatihah sebelum kami membawanya ke Hospital Desa Pangkor,” katanya.
09:30 AM – Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Kepada Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Islam Dan Pegawai Perkhidmatan Siswazah 2014 di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 3, Jabatan Agama Islam Perak.
02:30 PM – Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Bil 3/2014 di Bilik Gerakan Negeri SUK, Perak.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
Perak News
Published: Ahad, 12 Oktober 2014 20:23
Kerajaan serius dalam usaha membangunkan generasi muda hari ini menjadi modal insan yang berilmu dan beramal kerana mereka adalah aset yang bakal mewarisi kepimpinan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pelbagai usaha dan langkah diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut.
Menurut beliau, antara usaha itu termasuklah memberi pendidikan agama kepada generasi muda melalui Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) selain turut membantu membanyakkan sekolah-sekolah pondok dan tahfiz.
Di samping itu, kata beliau, Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) 2013 – 2025 turut merangkumi usaha pembentukan sahsiah untuk melahirkan generasi masa depan yang unggul.
“Anak-anak kita hari ini adalah aset masa depan yang perlu dibentuk supaya mereka mampu menghadapi cabaran yang lebih di masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, merasmikan penutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke – 7 di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island, Lumut pada Ahad.
Lebih 3,000 pelajar, guru-guru, ibu bapa serta pegawai pendidikan hadir pada majlis itu. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Abdullah Md Din dan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Idris Ramli.
Majlis itu yang diadakan sejak Jumaat menghimpunkan para pelajar daripada seluruh negara yang turut mewakili negeri masing-masing dalam pertandingan Kalam Jamaie atau ‘coral speaking’ dalam Bahasa Arab.
Drs Nizar berkata, usaha pembentukan sahsiah perlu dimulakan lebih awal, di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah bagi menghindarkan mereka terjebak ke dalam pelbagai gejala sosial masa kini.
Beliau berharap ibu bapa dan masyarakat juga turut bersama-sama memainkan peranan masing-masing kerana di dalam proses pembelajaran, generasi muda memerlukan perhatian berterusan supaya mereka tidak tersasar.
Beliau turut berharap agar para pelajar yang mengikuti program khatam Al-Quran akan menghayati, memahami dan mengamalkan pengajaran dari kitab suci itu di samping terus membacanya setiap hari.
Sementara itu, kontinjen Selangor muncul sebagai johan pertandingan Kalam Jamaie dengan memperolehi 83.5 peratus markah, manakala Perak muncul naib johan dengan 75.5 peratus markah dan Pulau Pinang ketiga dengan 75 peratus.
Johan menerima Piala Pusingan, hadiah iringan dan sijil manakala naib johan dan ketiga menerima hadiah iringan beserta sijil.
08:50 AM – Merasmikan Penutup Majlis Khatam Al-Quran Perdana Dan Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 7 di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Best Western Marina Island Resort, Lumut.
01:30 PM – Melawat Ziarah Ketua Kampung Latif Yang Selamat Sampai Mengerjakan Haji.
03:30 PM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jasamu Dikenang di Kg. Selboh.
04:30 PM – Melawat Ziarah Mohd Amin Abd Hadi Naib Pemuda UMNO Bahagian Parit Yang Selamat Sampai Mengerjakan Haji.
Utusan Malaysia
GOPENG 11 Okt. – Kerajaan negeri berharap lebih banyak usahawan di negeri ini tampil memohon untuk mendapatkan sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (Mesti) berbanding cuma 60 syarikat yang memiliki sijil tersebut ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria berkata, sijil pengiktirafan Mesti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan membuka ruang kepada usahawan untuk memajukan perniagaan mereka.
Menurut beliau, dalam masa sama, usahawan diminta supaya tidak hanya memikirkan produk mereka berlegar di pasaran tempatan sebaliknya berfikir sehinga ke pasaran antarabangsa.
“Saya menyeru kepada usahawan supaya mereka tampil ke depan dan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sijil Mesti ini demi kebaikan produk mereka.
“Sijil Mesti juga lain-lainnya pengiktirafan seperti sijil Halal membuka ruang untuk produk mereka lebih diterima oleh masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama di Agromall Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, 37 syarikat menerima anugerah sijil Mesti.
Mengikut statistik, setakat ini cuma 1,164 syarikat di seluruh negara yang memiliki sijil Mesti.
Sementara itu, mengenai Bajet 2015 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Mohd. Nizar berkata, tujuh teras yang digariskan dalam pembentangan tersebut bertujuan mensejahterakan rakyat.
Beliau berkata, fokus kepada usaha meringankan beban rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup yang diumumkan dalam Bajet 2015 adalah seiring dengan usaha memajukan ekonomi negara.
Menurut beliau, Bajet 2015 bertepatan dengan keperluan semasa ketika negara berada pada penghujung pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
“Bajet tahun depan membolehkan rakyat berada dalam kesejahteraan yang mana semua perbelanjaan adalah mengikut keperluan semasa kerana negara kini menuju RMK-11 mulai tahun depan,” katanya.
08:30 AM – Perasmian Program Sepakat Info Komuniti 1 Malaysia Perak Tengah 2014, Parlimen Parit Anjuran Pejabat Penerangan Perak Tengah di Dataran Pasar Sehari Tanjung Belanja Parit Perak.
10:30 AM – Merasmikan Majlis Karnival Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama Peringkat Negeri Perak 2014 di Agromall, RTC Perak.
Perak Today

Kerajaan negeri mensasarkan jumlah syarikat dan pengusaha industri makanan yang berdaftar untuk mendapatkan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) di Perak akan meningkat berbanding hanya 60 syarikat ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, pendaftaran itu dapat memastikan kualiti makanan yang dihasilkan terjamin.
“Kualiti produk makanan yang dihasilkan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak MeSTI.
“Kerajaan cukup prihatin untuk memastikan jaminan keselamatan dan juga kualiti makanan terus terkawal dan memberikan impak positif baik daripada segi pertumbuhan, perkembangan minda dan fizikal.
“Dengan adanya syarat yang dikenakan oleh pihak MeSTI, kita dapat lihat produk-produk dalam kilang, kedai-kedai, kantin atau hospital yang menggunakan kapasti yang banyak telah mematuhi syarat tersebut.
“Ia harus dipatuhi supaya tidak berlaku perkara yang boleh menjejaskan produk mereka dan jaminan makanan itu sendiri,” tambahnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 2014 peringkat negeri Perak yang berlangsung di AgroMall di RTC Gopeng dekat Ipoh, hari ini.
Sempena karnival tersebut, sebanyak 37 syarikat dalam industri makanan telah menerima anugerah Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Ujarnya, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemain industri makanan dalam menjaga kualiti makanan boleh menjejaskan para pengguna.
“Makanan merupakan elemen yang cukup penting bermula daripada bahan asli sehinggalah ia diproses menjadi satu produk yang mempunyai jenama dan boleh menjana nilai-nilai pendapatan ekonomi.
“Sekiranya produk makanan tersebut tidak mempunyai kualiti, maka musibah seperti penyakit dan keracunan akan dialami oleh pengguna.
“Itu merupakan kesan daripada nilai integriti yang tidak wujud dan ketidakprihatinan di kalangan sesetengah pengusaha produk makanan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
“Akibatnya, ia boleh mengakibatkan penyakit yang berpanjangan dan lebih serius seperti kanser,” katanya.
Beliau menyeru lebih ramai lagi pengusaha makanan yang tampil untuk mendaftar dengan pihak yang berwajib.
“Saya harap usahawan di negeri Perak tidak kira Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kilang, pengusaha kantin dan sebagainya supaya memberanikan diri untuk mendapatkan sijil MeSTI, halal dan GMP,” ujar Mohd Nizar lagi.
Beliau juga meminta agar pihak jabatan kesihatan memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai.
“Saya minta supaya jabatan kesihatan negeri untuk memberikan info melalui kempen-kempen yang sehala atau dua hala antara kementerian dengan masyarakat supaya nilai daripada segi keselamatan dan kualiti makanan itu dapat bermula daripada individu, rumah hingga dalam kelompok yang besar,” katanya lagi.
09:00 AM – Menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung.
09:45 AM – Menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2014 di Dewan Saidina Abu Bakar Institut Tadbiran Perak (INTIM) Ipoh.
03:45 PM – Mendengar Pembentangan Bajet 2014 bersama YAB Menteri Besar di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak Today : 10 Oktober 2014
Sekolah aliran agama turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik di Perak berdasarkan kepada pencapaian dan ranking yang diperolehi sekolah terbabit selama ini.
Menurut Exco Pendidikan Islam negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, kecemerlangan itu dicapai kerana pelajar sekolah aliran agama mempunyai nilai motivasi dan rangsangan yang jitu.
Ujarnya lagi, pelajar aliran agama juga mampu bersaing dalam bidang pendidikan di negara ini.
“Sebenarnya, sekolah aliran agama turut menyumbang kepada pencapaian akademik di Perak dan dan kita dapat lihat ranking sekolah berada di kedudukan yang cukup terbaik dari segi konteks kejayaan dan kecemerlangan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Perak Tahun 2014 di Dewan Saidina Abu Bakar di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), dekat Ipoh, pagi tadi.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Mengulas lanjut, Mohd Nizar menjelaskan anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada guru-guru yang banyak berjasa dalam memberi pendidikan agama terhadap generasi muda.
“Majlis ini adalah kali ketiga yang kita anjurkan bersesuaian dengan titah Sultan Nazrin Shah yang mahu setiap komponen dalam pengajar dan pendidikan Islam diberikan pengiktirafan.
“Ini merupakan kelebihan sekolah aliran agama di negeri Perak di mana sekolah, tadika, guru-guru, penyelia kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sebenarnya diberikan pengiktirafan,” katanya.
Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan anugerah dalam majlis tersebut antaranya Anugerah Tokoh Khas Guru (SMAR/SABK/SMAN), Anugerah Khas Jasamu Dikenang, Anugerah Khas Penyelia KAFA dan Anugerah Khas Guru SRAR KAFA, Hafiz muda 30 juzuk dan Sekolah Inovasi.
Baginda turut menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar muda yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk surah dalam Al-Quran.
Sultan Nazrin juga berkenan melancarkan buku Thanawi yang merupakan kesimbungan buku teks Idadi 3 untuk pelajar Tingkatan 3.
Perak Hari Ini Friday, October 10, 2014 4:08 pm 5
Dorongan kuat ibu tercinta menjadi rahsia kejayaan salah seorang penerima Anugerah Hafiz Muda, Mohd Lokman Hakim Ishak yang mula menghafaz 30 juzuk Al-Quran sejak dari tahun 2010.
Anak kelima daripada 10 adik beradik itu berjaya menghafaz kesemua surah dalam Al-Quran pada akhir tahun 2011.
Beliau yang kehilangan ayah pada usia tiga tahun berkata, ibunya menjadi pendorong kuat di sebalik kejayaan itu.
“Doa yang tidak pernah putus daripada ibu, perasaan minat untuk mendalami Al-Quran dan juga usaha bersungguh-sungguh menjadi pendorong untuk saya menghafaz kesemua surah tersebut,” katanya lagi.
Sementara itu, Sekolah Raja Perempuan Taayah pula dinobatkan sebagai Sekolah Inovasi berikutan kejayaan memenangi pelbagai anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.
Menurut pengetua sekolah itu, Noor Aini Zainal Abidin, kejayaan tersebut sekaligus membuktikan bahawa sekolah aliran agama juga mampu untuk mengharumkan nama negara sama seperti sekolah aliran biasa.
“Sekolah ini mencipta pelbagai alatan yang telah memenangi beberapa anugerah termasuklah mencipta satu produk baru berasaskan teknologi hijau.
“Ini secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa sekolah aliran agama juga mampu untuk bersaing dengan sekolah lain serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” ujarnya.
Beliau berkata, ia juga menunjukkan bahawa sistem pembelajaran yang digunakan dalam sekolah aliran agama adalah selari dengan tuntutan sistem pendidikan negara.
“Selama ini, orang ramai melihat pelajar sekolah agama itu hanya menghafal Al-Quran tetapi yang sebenarnya, kami turut menggunakan inovasi sains dalam sistem pendidikan.
“Ia jelas menunjukkan institusi ini relevan dengan sistem pendidikan negara berikutan cara pembelajaran yang diamalkan di sekolah tersebut hampir sama dengan sekolah harian,” tambahnya.
Antara kejayaan yang dilakar Sekolah Raja Perempuan Taayah ialah mencipta produk Green Matbakh iaitu menapis asap masakan, Z_Filter (pengasing bahan seperti minyak masak daripada bahan lain ketika membasuh), Multimisht (sikat yang mempunyai teknologi mengurut) dan juga Alcane Tooth Brush (berus gigi yang dilengkapi dengan ubat gigi).
Produk tersebut telah memenangi anugerah dalam beberapa pertandingan dalam dan luar negara antaranya di Romania serta Jakarta di Indonesia.
Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada pemenang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Perak 2014.
Antara anugerah yang disampaikan termasuklah Anugerah Tokoh Khas Guru (SMAR/SABK/SMAN), Anugerah Khas Jasamu Dikenang, Anugerah Khas Penyelia KAFA, dan Anugerah Khas Guru SRAR KAFA, Hafiz 30 Juzuk dan Sekolah Inovasi.
09:00 AM – Menghadiri Majlis Pelancaran Bandar Tasik Amanjaya Bersebelahan Akademi Pembangunan Belia Malaysia, APBM Batu Gajah.
04:30 PM – Menghadiri Kuliah Undang-undang Kedua Puluh Lapan Sultan Azlan Shah di Grand Ballroom, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
08:40 PM – Menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) Taman Tasek Jaya, Ipoh.