10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
05:30 PM – Menghadiri Prtogram Jom Bertani dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Setempat di Kg. Kuchai Lambor Kiri.
06:45 PM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Bersama Pemuda dan Belia Kg. Parit 8.
10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
05:30 PM – Menghadiri Prtogram Jom Bertani dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Setempat di Kg. Kuchai Lambor Kiri.
06:45 PM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Bersama Pemuda dan Belia Kg. Parit 8.
10:00 AM – Mempengerusikan Mesyuarat Portfolio Pendidikan Islam di Bilik Mesyuarat G1 SUK Ipoh.
02:30 PM – Mempengerusikam Mesyuarat Jawatankuasa Portfolio Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MJP) Negeri Perak di UTC Ipoh.
04:00 PM – Menghadiri Majlis Penghargaan Sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV di Casuarina @ Meru Bandar Meru Raya.
09:00 PM – Merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kampung Tua Lambor Kanan di Dewan Orang Ramai Batu 16.


11:30 PM – Ramah Mesra Bersama Masyarakat Belia di Kg. Dusun Hulu Layang Kiri
12:00 PM – Merasmikan Program Bicara Ilmu Bertajuk : Zakat Menyumbang Kepada Kesempurnaan Akhlak di Dewan Auditorium, Institut Kemahiran Mara, Sri Manjung.
06:15 PM – Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Seri Ara di Taman Seri Ara.
06:20 PM – Melawat Perpustakaan Bergerak Sempena Bicara Ilmu di Dataran Parit.
08:00 PM – Menghadiri Program Ceramah Ihya Ramadhan Maulana Johari Bin Mohamad Ali Mudir di Masjid Radhiatul Mardziah Pekan Parit.
10:30 PM – Ramah Mesra dan Bermain Badminton Bersama Kelab Badminton Belanja di Dewan SJKC Chuang Hwa Parit.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Ahli-ahli koperasi perlu menggunakan kepakaran masing-masing untuk membantu meningkatkan pendapatan koperasi yang mereka sertai.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka tidak sepatutnya menyerahkan kepada ahli lembaga pengarah sahaja yang berusaha untuk memajukan koperasi.
Menurut beliau, mentaliti itu perlu diubah kerana setiap ahli mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan koperasi.
“Jangan rasa kecil hati atau rendah diri, sebaliknya kita perlu berjiwa besar untuk berjaya dalam perniagaan secara bersama,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan perwakilan kali ke – 46 Koperasi Anggota Jabatan Penerangan Malaysia di Hotel Impiana, Ipoh pada Sabtu.
Drs Nizar berkata, sebagai kakitangan Jabatan Penerangan, sudah tentu ahli koperasi itu mempunyai kepakaran sendiri di samping networking yang boleh digunakan untuk memajukan koperasi.
Beliau memberi contoh, mereka boleh menganjurkan kursus pengacaraan dan pengurusan acara seperti penyewaan alat siaraya yang boleh memberi pulangan yang baik.
“Jangan hanya tumpu kepada aktiviti memberi pinjaman kepada ahli, sebaliknya boleh mempelbagaikan aktiviti, walaupun kecil dan memberi keuntungan yang sedikit tetapi pastikan ia berterusan,” ujarnya.
Drs Nizar mengingatkan supaya koperasi tidak perlu menjalankan aktiviti besar yang diluar keupayaan kerana ia akhirnya akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
“Tidak ada gunanya kita buat projek besar-besar tetapi hanya sekerat jalan sahaja, akhirnya akan menimbulkan masalah, saling tuding menuding sesama kita,” tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan penjawat awam supaya memastikan aktiviti yang dijalankan tidak melanggar peraturan atau pekeliling yang dikeluarkan atau sehingga mengabaikan tugas hakiki mereka.
12:30 PM – Menghadiri Gotong Royong dan Ramah Mesra Anjuran JKKK Kampung Lengkuas di Kampung Lengkuas.
02:00 AM – Jemputan Menyampaikan Ucapan Program Sepakat Kenduri Kampung Komuniti 1Malaysia Perak Tengah 2015, Anjuran Pejabat Penerangan Perak Tengah di Kampung Padang changkat Bota, Perak.
10:30 PM– Ramah Mesra dan Bermain Rebana di Kampung Aji Bota.
11:00 AM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Gotong Royong Mencuci Tanah Perkuburan Khariah Masjid Padangan Kangar.
12:00 PM – Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Anggota Jabatan Penerangan Malaysia di Impiana Hotel Ipoh.
04:00 PM – Perlawanan Akhir Liga Bola Sepak Daerah Perak Tengah Parit di Padang MDPT Parit.
09:00 PM – Perasmian Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Zon Utara Agensi Antidadah Kebangsaan di INTIM.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Umat Islam di negeri Perak perlu menggunakan surau untuk melaksanakan pelbagai program yang boleh meningkatkan kepentingan ummah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, surau bukan sahaja untuk aktiviti keagamaan seperti solat dan kelas agama semata-mata.
Sebaliknya, kata beliau, ia juga boleh digunakan untuk mengadakan aktiviti lain seperti kelas tambahan untuk kanak-kanak di dalam kariah.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli jawatankuasa surau supaya dapat bekerjasama dengan kepimpinan setempat untuk mengatur aktiviti yang sesuai.
“Buatlah apa sahaja aktiviti yang baik-baik, bukan hanya aktiviti agama, tetapi juga lain-lain aktiviti untuk maslahah ummah,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali pertama Surau An-Nur Desa Sri Ampang di Ipoh pada Jumaat malam.
Drs Nizar mengingatkan semua pihak agar tidak menyalah-gunakan surau sebagai tempat untuk menyebarkan fitnah dan mengadu-dumba.
Beliau menegaskan bahawa
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan surau di negeri ini tidak digunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Dalam masa yang sama, kata beliau, kerajaan negeri juga akan sentiasa memastikan surau-surau di negeri ini berada dalam keadaan baik untuk memberi keselesaan kepada para jemaah.
09:30 AM – Merasmikan Surau An Nazzar Kampung Tanah Baru Batas Ban Tanjong Piandang Perak.
08:00 PM – Perasmian Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Desa Sri Ampang di Surau An-Nur Desa Sri Ampang, Ipoh.
10:30 PM – Ramah Mesra di Dataran Tanjung Belanja.
11:15 AM – Pertemuan Bersama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK)
11:30 AM – Pertemuan Bersama En Rohaizat Mengenai Urusan Pengajian Anaknya
11:45 AM – Pertemuan Bersama Syarikat MACE Event
11:50 AM – Pertemuan Bersama Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (KUAIM) Daerah Kinta
12:00 PM – Pertemuan Bersama Penduduk Kawasan DUN Belanja
12:15 PM – Pertemuan Bersama Koperasi Vateran Komando Polis
12:30 PM – Pertemuan Bersama Pengurus Pusat Kegiatan Asnaf Majlis Agama dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
01:00 PM – Pertemuan Bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
02:30 PM – Pertemuan Bersama En Hashim Bin Mohd Amin, Pengurus Cawangan kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah Malaysia Cawangan Setiawan
03:00 PM – Pertemuan Bersama Usahawan Bumiputera Daripada Beruas
03:30 PM – Pertemuan Dengan PTA dan Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Tapah
06:00 PM – Ramah Mesra dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Masyarakat Kampung Anjuran JKKK Kampung Padang Changkat di Kampung Padang Changkat.
08:00 PM – Ramah Mesra Dan Tahlil Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Anjuran KRT Changkat Sodang.
09:30 PM – Menghadiri Majlis Ceramah Sempena Bulan Ramadhan Anjuran KRT Taman Lakeville di Bilik Gerakan KRT.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib masyarakat Orang Asli di seluruh negeri Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.
Malah, menurut beliau, pelbagai usaha dan program dilaksanakan, baik oleh kerajaan negeri, mahupun kerajaan Persekutuan, untuk meningkatkan lagi taraf hidup mereka.
Hasilnya, kata beliau, ramai individu daripada masyarakat tersebut telah berjaya di dalam pendidikan dan memperolehi kerjaya yang baik seperti doktor, peguam, guru dan pentadbir.
“Ini semua membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan nasib masyarakat Orang Asli di negeri ini, kita tidak pernah mengabaikan mereka, malah akan terus bantu mereka,” katanya kepada Peraknews selepas meraikan tiga pasangan pengantin Orang Asli di Kampung Sungai Temin, Gerik pada petang Selasa.
Drs Nizar berkata, kerajaan negeri melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu golongan tersebut.
Beliau menambah, penekanan diberikan kepada usaha meningkatkan pendidikan anak-anak kaum tersebut kerana hanya melalui pendidikan sahaja yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.
“Misalnya, setiap hari kita menyediakan pengangkutan untuk anak-anak ini belajar di sekolah-sekolah berhampiran seperti di Sekolah Kebangsaan Bersia bagi memberi pendidikan kepada mereka,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap, masyarakat Orang Asli di negeri ini membuang rasa rendah diri dan keluar ke dunia luar supaya tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan.
Di majlis itu, Drs Nizar meluluskan sumbangan RM3,000 untuk membeli pinggan mangkuk dan peralatan memasak bagi kegunaan hampir 150 penduduk Kampung Sungai Temin.