11:00 AM – Perjumpaan Bersama Prof Yahya Mat Som di Pejabat SUK Ipoh.
08:30 PM – Melawat Kawasan Banjir Kilat Bersama Jabatan-jabatan Berkaitan Serta Memindahkan Beberapa Keluarga dari Kampung Raja dan Kampung Talang Ke Pusat Pemindahan Banjir.
11:00 AM – Perjumpaan Bersama Prof Yahya Mat Som di Pejabat SUK Ipoh.
08:30 PM – Melawat Kawasan Banjir Kilat Bersama Jabatan-jabatan Berkaitan Serta Memindahkan Beberapa Keluarga dari Kampung Raja dan Kampung Talang Ke Pusat Pemindahan Banjir.
02:30 PM – Menghadiri Majlis Pertemuan YAB TPM Bersama Kepimpinan UMNO Negeri Perak di Casuarina @ Meru
IPOH: Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) menunjukkan peningkatan keputusan yang memberansangkan melibatkan semua daerah dalam negeri ini bagi tahun 2015.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, secara keseluruhannya gred purata keseluruhan Mata pelajaran adalah sebanyak 1.88 iaitu peningkatan sebanyak 0.11 peratus berbanding pada tahun lepas iaitu sebanyak 1.99.
“Jumlah pelajar yang mencapai keputusan tertinggi iaitu memperolehi A dalam semua lima mata pelajaran,(Loghotul Quran, Akhlak dan Sirah, Al-Quran dan Tajwid, Tulisan Jawi dan Khat serta Tauhid dan Feqah ialah seramai 1,185 orang pelajar.
“Dengan peratusan sebanyak 11.27 peratus meningkat sebanyak 4.94 peratus berbanding tahun 2014 iaitu seramai 658 pelajar,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi pelajar yang mendapat 4A adalah seramai 1,685 murid dengan jumlah peratusan sebanyak 16.0 peratus dan bagi murid yang memperolehi 3A pula seramai 1,626 orang dengan jumlah peratusan 15.5 peratus.
“Bagi pelajar yang mendapat 2A pula sebanyak 1,601 murid peratusan sebanyak 15.2 peratus dan murid yang mendapat 1A ialah seramai 1,840 orang dengan jumlah peratusan sebanyak 17.5 peratus,” katanya dalam satu sidang media pengumuman keputusan SRAI 2015 di Ipoh hari ini.
Jelasnya lagi, Sekolah Rendah Agama Rakyat An Nur Kampung Bahagia dari Daerah Teluk Intan merupakan sekolah terbaik bagi pencapaian dalam peperiksaan SRAI untuk tahun ini.
Manakala Sarah Asyiqin Sa’azhar dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Al- Taufiqiah, Klebang Jaya Ipoh diumumkan sebagai pelajar terbaik setelah memiliki markah tertinggi keseluruhannya.
“Berdasarkan gred purata pencapaian mengikut daerah, pencapaian terbaik adalah Daerah Parit Buntar dengan gred purata keseluruhan sebanyak 1.7,” katanya.
Tambah Nizar lagi, kerajaan negeri akan terus memastikan peperiksaan SRAI menjadi salah satu bonus buat murid di Perak untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih baik.
“Ibu bapa disaran untuk terus mempercayai sistem pendidikan Sekolah Agama Rakyat negeri yang juga merupakan satu momentum pendidikan negeri selain Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di tahun lima,” katanya.
Terdahulu sebanyak 11,046 calon yang mendaftar pada tahun ini bagi menduduki peperiksaan berkenaan dan hanya sebanyak 549 orang calon tidak menghadiri peperiksaan berkenaan.
SRAI merupakan ujian peringkat awam yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sejak tahun 2011 lagi bagi membantu murid tahun enam dan salah satu syarat kelayakan untuk menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Negeri dan sekolah menengah Tahfiz atau sekolah berasrama penuh.
09:45 AM – Majlis Ramah Mesra YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Bersama JKKK Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.
10:00 AM – Perjumpaan Bersama PTA di Pejabat Seri Iskandar.
08:30 PM – Penceramah Untuk Program Seminar Profesionalisme Peningkatan Sahsiah Pelajar Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 di Dewan Utama D’Hotel Seri Iskandar.
09:00 AM – Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong di Tapak Projek Sek Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong Bukit Sapi
10:30 AM – Eksplorasi Pusat Sumber ”Moh Kome Kite Ke Pusat Sumber” di SMK Lambor Kiri.
11:00 AM – Ijtima’ Guru Agama Tauliah Negeri Perak 2015 di Institut Tadbiran Islam Ipoh (INTIM).
12:00 PM – Penceramah Slot Misi Amanjaya Bagi Siri Ke 19 Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) Negeri Perak Darul Ridzuan di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
12:30 PM – Majlis Jamuan Kesyukuran Sekolah Raja Perempuan Taayah di Perkarangan Sekolah Raja Perempuan Taayah.
02:30 PM – Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Perak Tengah (JKPTD) Seri Iskandar Bil.4/2015 di Bilik Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah.
09:00 AM – Operasi Turun Padang 3 Motivasi Bersama YB Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria di SMKIS.
10:00 AM – Mesyuarat EXCO.
10:30 AM – Operasi Turun Padang 3 Motivasi Bersama YB Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria di AL- AZIZ.
12:00 PM – Operasi Turun Padang 3 Motivasi Bersama YB Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria di MEDI.
07:45 PM – Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Jabatan Kebajikan Masyarakat kali Ke-41 Tahun 2015/1436H di Dewan Sri Iskandar, UITM Seri Iskandar.