KERAJAAN PERKASA INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jenderal (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peserta muda Haikal Firdaus Jaafaruddin 11(dua kanan) di Majlis Perasmian Menghafaz al-Quran Peingkat Kebangsaan Ke 37 Tahun 1437H/2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Amanjaya Hotel Casuarina @ Meru. – Foto L Manimaran

 

IPOH: Kerajaan menjalankan kajian terperinci dalam usaha memantapkan pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kajian yang dijalankan Lembaga Penyelarasan Pendidikan Islam (LEPAI) itu antara lain merangkumi kurikulum pengajian bagi menjamin masa depan pelajar. “Sudah menjadi trend masa kini pendidikan digabungkan dengan aliran tahfiz untuk melahirkan profesional Islam yang hafaz al-Quran. “Namun, persoalan besar timbul di sini, ke mana saluran peningkatan pengajian boleh berlaku jika tiada pengkhususan di peringkat lebih tinggi. Sistem pendidikan  al-Quran perlu menjadi lebih komprehensif dan tidak sekadar tertumpu pada proses hafazan semata-mata,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-37 di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha. Jamil berkata, ilmu dalam al-Quran tidak terbatas dalam bidang akidah, ibadah, syariah, feqah dan akhlak semata-mata, tetapi mencakupi disiplin ilmu yang lebih luas dan komprehensif. Katanya, ia merentasi ilmu sains dan teknologi serta mampu menghasilkan profesional dan teknokrat yang Islami. “JAKIM sudah mempelopori usaha ini (memperkasa institusi al-Quran) melalui penubuhan Darul Quran, yang bermula pada Mac 1966, hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. “Kita berbangga kerana pada 1 Mac 2016 ini, Darul Quran sudah mencapai usia 50 tahun dan sudah melahirkan lebih 1,000 huffaz, yang ulul albab dan profesional,” katanya. Seramai 78 peserta terdiri daripada 40 hafiz dan 38 hafizah dari seluruh negara menyertai majlis hafazan berkenaan, yang bermula hari ini dan berakhir Sabtu ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125144

The congressionally chartered nrc assembled an 18-member panel of experts in science and science education to craft the framework, led by https://customwritingassistance.com helen r

Pendidikan Tahfiz Peringkat Tinggi Perlu Diperkenal

IPOH, 16 Feb (Bernama) — Pengkhususan yang menggabungkan antara pendidikan dengan tahfiz di peringkat lebih tinggi perlu diwujudkan supaya sistem pendidikan Al-Quran menjadi lebih komprehensif dan tidak sekadar tertumpu kepada proses hafazan sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata menyedari hakikat itu kerajaan melalui Lembaga Penyelarasan Pendidikan Islam (LEPAI) sedang membuat kajian terperinci supaya institusi tahfiz di negara ini diperkasa dari segi kurikulum demi masa depan pelajar.

“Telah menjadi trend kini pendidikan digabungkan dengan tahfiz untuk melahirkan ahli profesional Islam yang hafaz Al-Quran.

“Namun persoalan besar yang timbul di sini ialah ke mana saluran peningkatan pengajian boleh berlaku sekiranya tidak terdapat pengkhususan di peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-37 di sini malam ini.

Majlis bertemakan ‘Perpaduaan Nadi Transformasi Negara’ itu berlangsung selama lima hari bermula hari ini disertai seramai 78 hafiz dan hafizah dari seluruh negara.

Jamil Khir berkata hafazan Al-Quran perlu sentiasa dikaji, diselidik dan paling utama difahami supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat agar umat Islam tidak tersasar daripada landasan sebenar.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria dalam ucapan alu-aluannya berkata kerajaan negeri akan terus memastikan pengajaran dan pembelajaran Al-Quran terus subur di negeri ini menerusi Maahad Tahfiz.

Katanya, ketika ini terdapat sebanyak 52 Maahad Tahfiz di seluruh Perak.

— BERNAMA

There info have been times this year when the testing-to-teaching ratio tilted too far to the testing side

19 FEBRUARI 2016, JUMAAT

09:30 PM Menghadiri Majlis Penyampaian Hakmilik dan Sura Kelulusan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) bagi Daerah Kecil Kampong Gajah, Perak Tengah di Dewan Besar Felcra Changkat Lada.

03:00 PM – Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Telok Perang Kali Ke 40  di Sekolah Kebangsaan Telok Perang.

08:00 PMMenghadiri Jemputan Program Intellectual Discourse Siri 1/2016 di Kediaman YAB Menteri Besar Perak.

10:10 PMMenyaksikan Pertandingan  Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37 Tahun 1437H/2016M di Casuarina @ Meru.

Can anyone, even with enormous commitment, really keep up this level discover more right over there of energy and sparkle year after year after year

18 FEBRUARI 2016, KHAMIS

09:00 AM – Majlis Penyampaian Baucar BRIM di Dewan Dato Ahmed Hambal Bota Kanan.

10:30 AM – Lawatan Bersama ADO, JPS dan Ketua Kampung Bagi Mendapat Maklumat Infra Jalan Ladang di Sadang Kampung Raja.

12:00 PM – Pemceramah Slot Misi Amanjaya Bagi Siri Keempat Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) Negeri Perak Darul Ridzuan di Kem Bina Negara Ulu Kenas Kuala Kangsar.

02:30 PM – Mesyuarat Agong PIBG dan penyampaian Sumbangan Khas Persekolahan Sk Parit di Sekolah Kebangsaan Parit.

09:00 PMMenyaksikan Pertandingan  Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37 Tahun 1437H/2016M di Casuarina @ Meru.

We were impressed with try this service how well livescribe 3 works

15 FEBRUARI 2016, ISNIN

10:00 AM Ramah Mesra dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.

03:00 PM Menghadiri Majlis Jamuan Tahun Baru Cina Parlimen Parit di SJKC Chung Hwa,Parit.

06:00 PMMelawat Persiapan Akhir Sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Hotel Casuarina @ Meru.

Übersetzungen sind lediglich annäherungen an das fremdsprachliche ghostwritinghilfe.com material