15 MAC 2016, SELASA

12:00 PM – Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Penternakan Ruminan Lembu Tahap 1 Anjuran Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak Tengah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di Dewan Orang Ramai Kampung Paloh Layang Kiri.

02:00 PM Ramah Mesra dan Ziarah serta Menyampaikan Sumbangan di Kampung Teluk Manis.

05:30 PMRamah Mesra Bersama Bekas Pelajar Sekolah Menengah Pengantar Melayu (SMPM 77-79) di Parit.

When rights expire writemyessay4me.org and copies become scarce, as is the case with eyes on the prize, libraries sometimes refuse to lend their copies, or require that they must be viewed in their own facilities, mr

Agih Bantuan Secara Telus

Peruntukan bantuan dan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu diagihkan secara telus dengan mengambil kira mereka yang tidak berkemampuan dan masih berada di bawah garis kemiskinan.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pihak JKM pada masa ini sedang memperhalusi senarai penerima bantuan ehsan untuk mempastikan syarat kelayakan ditepati.

 Menurutnya, masyarakat setempat perlu memahami bahawa kerajaan melalui JKM tidak pernah berniat untuk mengetepikan keperluan kebajikan mereka yang memerlukan, malah sentiasa cuba untuk mengenalpasti permasalahan yang boleh dibantu pada setiap masa.

 “Jangan ada yang beranggapan bahawa apabila kita menghentikan polisi bantuan yang diberikan selama 7, 8 tahun sebelum ini kita menganaktirikan mereka dan bersikap pilih kasih kerana ini bukanlah apa yang berlaku.

 “ Kita akan menilai secara teliti beberapa faktor tambahan dan yang paling utamanya adalah sama ada mereka berada di bawah garis kemiskinan lagi atau tidak, samada mereka boleh menanggung kehidupan sendiri atau tidak, agar bantuan boleh diberikan kepada mereka yang lebih tidak bernasib baik dan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 250 penerima dalam Program Sembang Santai Penerima Bantuan JKM Bersama YB ADUN Kawasan Belanja pada Isnin.

 Tambahnya, pihak JKM akan menilai keupayaan dan pendapatan anak-anak penerima yang sudah bekerja dan samada mereka mampu untuk meneruskan kehidupan dengan sebaiknya tanpa bantuan bulanan.

 “ Anak-anak kena ada kesedaran dan prihatin kerana ibubapa mereka juga menginginkan keselesaan, kemudahan dan kecukupan harian jadi sebagai anak kita kena ambil tahu dan memberikan yang semampunya,” ujarnya.

 Drs Nizar berkata, walaupun terdapat segelintir yang merungut mengenai keputusan pemansuhan sumbangan namun mereka harus mengubah corak pemikiran sekiranya sudah mampu berdiri sendiri dan tidak bergantung harap kepada JKM semata-mata.

 Sementara itu, Pegawai JKM Perak Tengah, Nor Azlinda Ahmad Shaari berkata pihaknya telah membelanjakan sekitar RM600,000 kepada 2371 penerima di sekitar daerah Perak Tengah setiap bulan.

 Katanya, bantuan tersebut diberikan bukan terhad kepada wang ringgit sahaja malahan juga dari segi pembaikan rumah rosak dan terbakar,tabung bencana, pemberian barangan keperluan asas seperti makanan, rawatan dan barangan perubatan secara seadanya.

 “JKM bertindak sebagai satu badan yang mengenalpasti, membantu orang ramai yang daif secara ikhlas dan kami perlu memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dibantu, bukannya mereka yang sudah stabil dan mempunyai pendapatan sendiri.

 “Untuk pengetahuan semua, bagi  permohonan yang dihentikan atau ditolak, penerima masih boleh melakukan rayuan dan kami akan cuba untuk membantu dan menilai berdasarkan syarat dan kriteria yang dipenuhi,” ujarnya.

The products were judged on the spyappsinsider.com/how-can-i-monitor-my-childs-text-messages/ basis of design quality, workmanship, choice of materials, degree of innovativeness, environmental compatibility, functionality, ergonomics, visualization of use, safety, brand value / branding and universal design

Guru Agama Perlu Sentiasa Bersama Masyarakat.

PERAKTODAY3-3 (1)

BATU GAJAH: Guru-guru agama di sekolah rendah mahupun sekolah menengah disarankan supaya terus bergerak aktif dalam lingkungan masyarakat serta menggunakan kemahiran serta kepakaran untuk mendidik masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, berikutan itu, beliau menyarankan agar guru-guru ini mengambil tauliah agar dapat mengajar di masjid dan surau.

“Pada saya, kita bukannya kekurangan pelapis, tetapi bagaimana mereka (guru agama) sanggup berkorban bukan sahaja di sekolah, tetapi mereka juga perlu sentiasa bersama masyarakat.

PERAKTODAY1-3

“Saya mengesyorkan agar mereka yang mempunyai keinginan dan kemampuan untuk mengambil tauliah supaya dapat mengajar di masjid dan surau termasuk menyampaikan ilmu melalui kelas-kelas bimbingan agama, amali dan bersifat praktikal di sekolah dan kampung,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam Daerah Perak Tengah di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, petang tadi.

Ujarnya lagi, guru-guru agama bukan sahaja melahirkan modal insan, sebaliknya dalam masa yang sama, mereka menjadi penggerak bersama guru-guru di peringkat sekolah di dalam semua aspek.

“Kita sedia maklum bahawa mereka yang mempunyai nilai-nilai agama itu akan mencakupi semua aspek, bukan sahaja matapelajaran agama, tetapi lonjakan-lonjakan lain yang terlibat khususnya kepada aspek agama itu.

“Mereka tidak boleh untuk berskala pemikiran kecil, malahan mereka perlu melonjakkan nilai kreatif, inovasi dan juga atas nama ustaz dan ustazah, ianya merupakan jaminan yang cukup baik kepada mereka untuk mengajar dan mendidik termasuk juga di dalam lingkungan masyarakat,”jelas beliau.

Comments

The itunes store itself works within the itunes software application, and any music purchased from the itunes store is automatically downloaded and added to your bustling over here itunes library

11 MAC 2016, JUMAAT

09:00 AM – Penyampaian Cek Yayasan Dermasiswa Kepada Pelajar di PPK Parit.

10:00 AMPerjumpaan dan Perbincangan Bersama ADO di PPK Parit.

03:30 PM – Lawatan Bersama TNB dalam Projek CSR Baiti Jannati dan Penyerahan Surat Tawaran Membina Rumah di Kampung Changkat Banjar.

05:00 PM – Menyampaikan Sumbangan Cek Kepada JKKK Kampung Dusun Hilir di Kampung Dusun Hilir.

09:00 PMRamah Mesra Bersama Masyarakat dan Jamuan Makan di Kampung Baru Tanjung Medan.

Ask families for advice on https://www.essaydragon.com how school staff can better connect with parents and respond to their needs