Sultan Nazrin Serikan Ulang Tahun Ke – 25 Piala Sultan Azlan Shah

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri perlawanan pembukaan  Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (SAS) ke – 25 pada malam Rabu.

 Sebagai memperingati pengasas piala kejohanan bertaraf antarabangsa itu, baginda turut diiringi oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta bonda baginda, Tuanku Siti Bainun Mohd Ali.

 Kehadiran kerabat diraja yang lain seperti Raja Datuk Seri Azureen Almarhum Sultan Azlan Shah, Raja Datuk Seri Eleena Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tunku Datuk Seri Kamil binti Tunku Rijaludin turut menyerikan lagi kejohanan tahun ini.

dabdaf_6a6a829aacf442c28a120d778c868429

Turut hadir, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Perak, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

 Dalam majlis itu, Foo Keat Seng dan Ahmad Fadzil Zainal Abidin, bekas pemain hoki kebangsaan menyerahkan Piala Pusingan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan, Datuk Abdul Rahim Matt Ariff yang kemudian menyerahkannya kepada Sultan Nazrin sebagai tradisi gimik perasmian.

 2016 menyaksikan genap 25 tahun ulang tahun Piala Hoki Sultan Azlan Shah yang telah dimulakan oleh Bapa Hoki Malaysia, iaitu Almarhum Sultan Azlan Shah.

 Sejak 1992, Almarhum Sultan Azlan telah berjaya menjadikan kejohanan  yang diiktiraf Persatuan Hoki Antarabangsa (IHF) itu sebagai pentas pertarungan pemain hoki handalan dari seluruh dunia.

Perlawanan malam Rabu menyaksikan pasukan Malaysia yang diketuai Razie Rahim mendapat sokongan padu penyokong tempatan yang datang seawal jam 7.30 malam.

 Kehadiran kerabat diraja menimbulkan memori dan mengimbas perjuangan Almarhum memartabatkan sukan hoki sejak di bangku sekolah.

 Piala Sultan Azlan Shah juga mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menjadi satu-satunya kejohanan hoki bertaraf antarabangsa yang menggunakan nama individu sebagai nama pertandingan.

 Sebelum ini, Almarhum turut diberikan penghormatan menjadi Naib Presiden FIH selama dua penggal bermula 1992 dan Naib Presiden Konfederasi Hoki Asia (AHF) pada 1960.

 Demi memartabatkan sukan hoki di rantau ini, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Almarhum Sultan Azlan seperti penubuhan Akademi Hokdabdaf_3f5b87761be74fba9197473319cc723ei Asia.

 Memetik satu temuramah BERNAMA, bekas pemain hoki kebangsaan, Minarwan Nawawi berkata Sultan Azlan Shah selalu turun padang menyelesaikan sendiri masalah yang timbul dalam sukan hoki.

“Dari tahun 1997 hingga 2000 timbul isu berkaitan jurulatih dan pemain yang tidak berpuas hati dengan gaji dan ganjaran. Pada masa itu Tuanku memanggil semua pihak berbincang dan atas kebijaksanaan baginda, semua pihak gembira dengan keputusan yang dicapai,” katanya.

 Beliau berkata, Sultan Azlan Shah adalah seorang yang mudah untuk diajak berbincang dan seorang pemimpin yang bersemangat serta banyak mempunyai idea dalam meningkatkan mutu sukan hoki di negara ini.

 “Tuanku adalah ikon kepada hoki Malaysia kerana baginda merupakan orang yang bertanggungjawab mengangkat martabat hoki di negara ini,” katanya.

Than to spend time buy term paper in their own districts to do that planning

11 APRIL 2016, ISNIN

08:45 AM – Menghadiri Program Route To Success Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah (Pra Universiti) Tahun 2016 di Sekolah Menengah Agama Sultan Azlan Shah.

11:00 AM Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Penguatkuasa Agama Negeri Perak (PEKAP) di Auditorium INTIM.

07:45 PM Menghadiri  Ceramah Syeikh Mohamad Abdul Aziz Mahmoud Ghonim  di Universiti Teknologi Petronas.

10 APRIL 2016, AHAD

09:00 AM – Menghadiri Ceramah Syeikh Mohamad Abdul Aziz Mahmoud Ghonim  di SMKA Sultan Azlan.

10:30 AM Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 35 Sekolah Kebangsaan Tepus di Padang Sekolah Kebangsaan Tepus.

12:45 PM Ramah Mesra dan Makan Tengahari di Layang Kanan.

03:00 PM Menghadiri Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kampung Tanjung Ara, Cawangan Parit dan Kampung Baru Tanjung Medan.

08:00 PMMenghadiri Taklimat di Ipoh.

The administration and some democrats in congress have very different ideas about how to head https://www.paperovernight.com off that potential rate increase

08 APRIL 2016, JUMAAT

09:30 AM – Seminar Faraidh Ilmu Pertama Diangkat Allah SWT oleh Syeikh Muhammed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Penasihat Am & Ahli Lajnah Fatwa Al-Azhar Mesir di INTIM.

10:30 AMMenghadiri Majlis Sambutan Hari RTM ke 70 Tahun Peringkat Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di Foyer RTM Perak.

03:00 PM Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah di Bilik Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah Seri Iskandar.

05:00 PM – Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Parit di Pejabat Parlimen Parit.

08:45 PMMenghadiri Perlawan Bola Sepak Persahabatan antara Pasukan Vateran Parit Bertemu Pasukan Vateran DUN Sungai Manik  di Padang Bola Sepak UiTM Seri Iskandar.

11:45 PMGotong Royong Menebang dan Membersihkan Pokok Tumbang Bersama Anggota Bomba dan Masyarakat di RPA Changkat Sodang.

Viewers should check their local television listings for the exact dates and times examine here for more of the shows