09:00 AM – Mempengurusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Bilik Mesyuarat Utama SUK.
02:00 PM – Ramah Mesra Bersama PU Yeop di Pejabat SUK Ipoh.
09:00 AM – Mempengurusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Bilik Mesyuarat Utama SUK.
02:00 PM – Ramah Mesra Bersama PU Yeop di Pejabat SUK Ipoh.
08:45 AM – Menghadiri Program D’Mall Car Boot Sale Seri Iskandar di D’Mall Seri Iskandar.
09:45 AM – Menyambut Janamanjung Fellowship Ride 2016 di Dataran Parit.
11:00 AM – Menghadiri Kursus Penyembelihan Anjuran Kemas Parliman Parit dengan Kerjasama JKKK Kampung Tepus di Dewan Orang Ramai Kampung Tepus.
02:30 PM – Merasmikan Persidangan Agung Tahunan Cawangan Kampung Senin di Dewan Orang Ramai Kampung Senin.
03:30 PM – Memberi Ucapan Penangguhan Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Merua di Dewan Orang Ramai Kampung Merua.
05:30 PM – Ramah Mesra Selepas Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Kampung Tengah di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kampung Tengah.
08:45 PM – Merasmikan Pertandingan Bowling Anjuran JKKK dan UMNO Cawangan Selboh di Ampang Superbowl Seri Iskandar.
09:30 AM – Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Belanja Kali Ke 40 di Dewan Mesyuarat Bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Parit.
12:30 PM – Menghadiri Majlis Perjumpaan Keluarga Besar Na Jangki di Lereng Adventure Camp & Resort Chepor Chemor.
09:00 PM – Menghadiri Mesyuarat UMNO Bahagian di Pejabat UMNO Bahagian Parit.
11:30 PM – Melawat Persiapan dan Latihan Bagi Persiapan Ujian Pengakap DiRaja di Kem Pengakap Kampung Tanjung Medan.
IPOH: Sistem My-Solve yang dilancarkan pada hari ini mampu memudahkan urusan pasangan beragama Islam yang mengambil keputusan untuk bercerai.
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Asa’ari Mohd Yazid berkata, pihaknya telah melakukan tempoh percubaan pada Januari lalu dan ianya telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini.
“Dalam tempoh percubaan itu, sebanyak 34 pasangan yang sudah menggunakan sistem ini. Kita membantu dalam bentuk pendaftaran secara atas talian.
“Apabila pasangan mengambil keputusan untuk bercerai, mereka perlu hadir ke mahkamah untuk urusan seterusnya sekiranya semua dokumen yang diperlukan lengkap,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran tersebut di sini, hari ini.
Majlis pelancaran Sistem My-Solve dan E-Nilai tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.
Turut hadir ialah ialah Ketua Pegawai Eksekutif K-Perak Inc Corporation, Mohd Nazaruddin Mohd Yusof.
Ujarnya lagi, penggunaan sistem secara manual yang digunakan sebelum ini memerlukan pasangan hadir ke mahkamah beberapa kali sebelum kes perceraian disebut di mahkamah.
“Tetapi menerusi sistem ini, kes-kes permohonan perceraian boleh diselesaikan dalam tempoh satu hari dan ianya ternyata menjimatkan masa semua pihak.
“Ada kes yang menggunakan sistem ini dapat diselesaikan dalam tempoh satu jam lebih sahaja,”ujarnya.
Namun begitu, Asa’ari menegaskan bahawa pihaknya tidak menggalakkan perceraian kerana pasangan akan tetap bercerai walaupun menggunakan sistem yang biasa.
Sebaliknya, beliau berkata, pihaknya cuma memudahkan pasangan yang telah mengambil keputusan untuk bercerai.
Sementara itu, Nazaruddin berkata, pembangunan sistem di agensi-agensi kerajaan merupakan salah satu daripada Petunjuk Prestasi Pertama (KPI) K-Perak untuk mentransformasikan Jabatan Agama Islam menerusi teknologi.
“Selama ini, ada yang menanggap bahawa Mahkamah Syariah ini sebagai kelas kedua, jadi kita nak pastikan Mahkamah Syariah dan mana-mana agensi agama Islam dapat berdiri sama tinggi dalam teknologi untuk bersaing dengan mana-mana agensi lain.
“K-Perak menggunakan kepakaran dalaman untuk membangunkan sistem-sistem ini, manakala dari segi kandungan pula, ianya disediakan oleh pihak mahkamah sendiri. Kita cuma menyediakan platform dan transformasikan ke dalam sistem,”ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd Nizar berkata, urus tadbir sesuatu kes penceraian dapat dipermudahkan melalui sistem My-Solve apabila ianya dapat diselesaikan dalam tempoh satu hari.
“Manakala bagi sistem E-Nilai pula, sistem ini membolehkan kakitangan-kakitangan mahkamah syariah menilai diri mereka berteraskan amanah, jujur, ikhlas mengikut etika-etika sedia ada.
“Rakan-rakan sejawat mereka juga ada kebersamaan untuk menilai rakan-rakan mereka dan pihak atasan juga boleh membuat penilaian terhadap kakitangan mereka,”ujarnya.
Terdahulu, Mohd Nizar turut menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan juga sijil penghargaan kepada kakitangan.
IPOH: Kerajaan negeri sedia menerima kedatangan mana-mana tokoh agama dan penceramah bagi menyampaikan ilmu di negeri ini termasuklah penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik
Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Datuk Mohd Nizar Zakaria bagi menjawab pertanyaan ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) dalam sesi mengulung perbahasan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negeri Perak di Ipoh hari ini.
Tambahnya, Dr.Zakir Naik adalah seorang cendiakawan Islam yang mempromosikan persefahaman antara agama berdasarkan teks-teks agama yang asli.
Jelasnya lagi, dakwaan yang menyatakan kandungan ceramah beliau menyentuh sensitiviti agama lain dan mengandungi unsur celaan agama lain adalah tidak benar dan hanyalah sangkaan sahaja.
“Sebaliknya golongan bukan Islam diberi keutamaan untuk ruang berdialog untuk lebih memahami Islam bahkan dalam program beliau ramai orang bukan Islam telah mengambil peluang lebih mengenali Islam,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, bukti cara berdakwah beliau diterima oleh muslim dan bukan muslim ialah di Negara India sendiri sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Hindu tidak menghalang beliau dari terus berdakwah.
Sementara itu beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan kebajikan guru-guru KAFA dengan penyediaan elaun bulanan dan pelbagai skim bantuan.
“Guru-guru KAFA adalah lantikan JAKIM berstatus sambilan di seluruh Malaysia dengan pemberian elaun bulanan sebanyak RM800 dan kerajaan negeri telah menambah elaun bulanan guru KAFA sebanyak RM200,” katanya.
Malah jelasnya, pemberian elaun sebanyak RM200 tetap diteruskan kepada guru bersalin sebagai tanda penghargaan kerajaan Negeri.
IPOH – Kerajaan negeri Perak bersedia menerima mana-mana tokoh agama yang ingin menyampaikan ilmu mereka di negeri ini, termasuk penceramah dari Mumbai, India, Dr Zakir Naik.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, isu kononnya ceramah Dr. Zakir menyentuh sensitiviti agama lain dan terdapat unsur-unsur menghina agama lain adalah tidak benar dan hanyalah sangkaan sahaja.
Menurut beliau, Dr. Zakir adalah seorang cendiakawan Islam yang mempromosikan persefahaman antara agama berdasarkan teks-teks agama yang asli.
Tambahan pula, kata beliau, Dr Zakir telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan oleh kerajaan Malaysia tahun 1435H/2013M.
“Kerajaan negeri bersedia menerima tokoh agama yang ingin menyampaikan ilmu mereka di negeri ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul titah diraja pada Jumaat.
Mengenai cadangan supaya golongan hafiz ditempatkan sebagai imam di masjid-masjid seluruh negeri, Drs Nizar menjelaskan, calon imam adalah diutamakan dari ahli kariah.
Bagaimanapun, kata beliau, pelantikan imam adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Tahun 1998 di mana calon-calon akan dikemukakan oleh jawatankuasa kariah untuk ditemuduga oleh panel yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak.
“Kita akan Amat bersetuju keutamaan diberi kepada para Huffaz disamping memiliki ilmu feqah, tarranum dan sebagainya,” ujarnya.
Beliau memberitahu, para Huffaz yang ada di negeri ini terdiri daripada pelajar yang belajar di sekolah kerajaan negeri (8 buah) mempelajari akademik dan hafazan di samping 46 buah maahad tahfiz yang berdaftar.
10:00 AM – Perjumpaan Bersama Wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah Cenderong Balai di Pejabat SUK Ipoh.
10:30 AM – Taklimat Mesyuarat Agung Tahunan Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) di Pejabat SUK Ipoh.
11:00 AM – Perjumpaan Bersama Pengetua INTIM di Pejabat SUK Ipoh.
11:30 PM – Perjumpaan Bersama Wakil Persatuan India Muslim (PRIM) di Pejabat SUK Ipoh.
03:00 PM – Menghadiri Pertandingan Bowling Wanita UMNO Bahagian Parit di Ampang Bowl D’Mall Seri Iskandar.
08:30 PM – Menyampaikan Ceramah Motivasi Untuk Program Pemerkasaan Tok Batin, Ketua PDM, Ketua JR dan Ketua Kampung DUN Behrang di Hotel Rossa Pasadena Cameron Highlands.