Sukma XVIII 2016: Perak Sasar 40 Pingat Emas

PERAK-TODAY-2-9

IPOH: Perak mensasarkan untuk memperolehi 40 pingat emas selain berada pada kedudukan ketiga terbaik dalam Sukan Malaysia Ke-18 (Sukma XVIII) 2016 di Sarawak yang bakal berlangsung mulai 17 hingga 31 Julai ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ketua Kontinjen Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, sasaran tersebut diharapkan dapat dicapai melalui beberapa acara yang dipertandingkan pada sukan berkenaan.

“Kalau pada Sukma yang lepas kita cuma dapat 24 emas, dan pada kali ini kita menetapkan sasaran kita sekurang-kurangnya 40 emas dan meletakkan kita ditempat ketiga di antara negeri-negeri yang bertanding.

PERAK-TODAY-1-9“40 pingat emas itu kita sasarkan daripada olahraga, menembak, tinju, badminton, tenpin bowling, petanque dan juga seni mempertahankan diri yang mana pecahan pingat tersebut daripada pelbagai pertandingan. Kita juga tidak mahu menamakan nama satu persatu, nanti akan menimbulkan tekanan kepada mereka, jadi kita letakan harapan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Perak ke Sukma XVIII, Sarawak 2016 di sini, hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PERAK-TODAY-3-9

Ujarnya lagi, ia merupakan platform untuk menghasilkan atlet yang lebih baik untuk menghadapi Sukma pada 2018 nanti yang mana Perak akan menjadi tuan rumah bagi sukan berkenaan.

“Seperti yang disebut Menteri Besar tadi, pada tahun 2018, sasaran kita adalah untuk menjadi johan keseluruhan.

“40 pingat emas ini sebagai sandaran awal kita untuk menjadi johan pada tahun 2018,” katanya lagi.

Sementara itu, Zambry dalam ucapannya telah mengumumkan pemberian insentif kepada para atlet yang berjaya memperolehi pingat dalam Sukma kali ini.

“Saya ingin memaklumkan insentif yang kita berikan bagi atlet yang memperolehi pingat emas untuk acara individu adalah RM5,000, manakala pingat perak RM3,000 dan gangsa RM1,000. Kalau pecah rekod kebangsaan, kita tambah RM2,000.

“Manakala, untuk acara berpasukan, atlet yang memperolehi pingat emas akan diberikan RM2,500, perak RM1,500 dan gangsa RM500 untuk setiap seorang,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar semua atlet yang mewakili Perak dapat mengharumkan nama negeri itu ke peringkat yang lebih tinggi dan membuktikan bahawa mereka mampu bersaing sama hebat dengan atlet dari negeri lain.

 

Kommt es jedoch durch atmosphärische störungen hausarbeithilfe.com zu überreichweiten, dann kann auch das beste gerät keine sendertrennung mehr herbeiführen

19 JULAI 2016, SELASA

10:00 AM – Menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 2016 Bersama Agensi-agensi Pentadbiran Daerah Kecil Kampong Gajah di Perkarangan Letak Kereta Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah.

02:00 PMPerbincangan Mengenai Program Pangkor Dialogue 2016 di Pejabat SUK Ipoh.

09:00 PMMenghadiri Perasmian Kedai Makan Restoran  Pakcu Tomyam di Seri Iskandar.

Those moving across from the fifth developer preview will notice that certain parts of the ui have been amended along with a noteworthy source number of icons within system preferences

18 JULAI 2016, ISNIN

09:15 AM – Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa XPDC Mencari Sakinah Kuala Mu Program Santai Bersama Masyarakat Orang Asli di Bilik Mesyuarat G1.

01:00 PMMenghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak di Dewan Makan Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

February 2013 the education department continues to flag the management proessaywriting.org/ of georgia’s teacher and leader-evaluation system as an area of concern in the second annual report on the state’s progress

17 JULAI 2016, AHAD

10:00 AMRamah Mesra dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.

05:00 PMMenghadiri Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya Anjuran JKKK Kampung Changkat Banjar di Dewan Orang Ramai Changkat Banjar.

Anlässlich der geplanten überführung der sterblichen überreste von wien nach eisenstadt hatte man haydns sarg zur kontrolle https://best-ghostwriter.com noch einmal geöffnet

16 JULAI 2016, SABTU

09:00 AM – Merasmikan Program Kospen Klinik Kesihatan Parit Di Dewan Orang Ramai Kampung Sadang Tengah.

10:30 AMMenghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Parit di Dewan MDPT Parit.

12:30 PMMenghadiri Majlis Perkahwinan Anak Kepada SI Karim Di Dewan IPD PerakTengah, Seri Iskandar.

3:00 PMMenghadiri Majlis Perkahwinan Anak Kepada Supt. Som Sak OCPD Tapah Di Dewan Anggerik IPD Tapah.

05:00 PM – Melawat Dan Ziarah Sekitar Kawasan DUN Belanja.

08:00 PMRamah Mesra dan Jamuan Bersama Qariah Surau Al-Munawwarah Puncak Iskandar.

11:00 PMMenziarahi Kematian Ibu Kepada Rubiatun di kampung Padang Tenggala.

Me and my stepdad had a lot of problems, so I just moved out when I extraordinary info was 16, she said

15 JULAI 2016, JUMAAT

10:00 AMRamah Mesra dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.

03:25 PMBersama Anggota Bomba Menangkap Ular Sawa di Reban Ayam Kepunyaan Li di Tanjung Medan.

05:00 PM – Ramah Mesra Bersama Ketua Kampung Selat, Layang Kiri.

08:00 PM – Meraikan Majlis Akad Nikah Di Taman  Iskandar Bistari, Seri Iskandar.

11:00 PM    Menghadiri Majlis Gotong-royong Kenduri Di Seberang Perak, Kampung Gajah.

State standards you can find out more for judging student proficiency on tests vary greatly