Jadikan amalan tauhid sebagai dasar, prinsip negara

Amalan tauhid perlu dijadikan dasar dan prinsip sesebuah negara bagi membolehkan nilai keadilan dan persaudaraan dihayati sepenuhnya.  2-okt-3

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah amalan tauhid akan menjadikan manusia insaf serta meletakkan diri mereka sebagai hamba Allah sekaligus mengelak daripada bersifat ketuanan, angkuh, riak dan takbur.

“Apabila tauhid menjadi dasar dan prinsip sesebuah negara, nilai-nilai keadilan, nilai-nilai persaudaraan akan dihayati sepenuhnya. Manusia akan insaf bahawa mereka semua adalah hamba di sisi Allah.

“Tidak harus ada sifat ketuanan, sifat riak, sifat angkuh, sifat takbur di antara mereka.  Dengan meletakkan diri sebagai hamba Allah, rasa persamaan ini akan menanamkan semangat persaudaraan yang penuh dengan kasih sayang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M peringkat negeri Perak di Bagan Serai pada Ahad.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Zalim.

2-okt-1

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, exco kerajaan negeri dan pengarah-pengarah jabatan.

Baginda turut memberi contoh bagaimana Rasulullah S.A.W melaksanakan sistem pentadbiran yang berjaya sehingga dapat membina sebuah negara islam yang rukun dan makmur meskipun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.

Titah baginda lagi, perasaan ukhuwah yang padu di kalangan rakyat adalah elemen terpenting untuk membina kekuatan sesebuah negara.

“Akhlak yang baik dan sifat amanah adalah ciri yang sangat dipentingkan. Hak-hak asasi manusia dihormati seperti yang terkandung dalam perjanjian dan piagam yang dimeterai bersama, selaras dengan larangan ALLAH S.W.T.

“Agar hamba Nya, tidak mencela, mencaci, menghina, menuduh, berprasangka, serta mencari dan membuka keaiban terhadap saudaranya yang lain, baik yang seagama atau yang berlainan agama,” titah baginda.

Den glanz des metalls nutzt man hausarbeit beispiele für die herstellung von spiegeln und thermogefäßen und zur herstellung von zahlungsmitteln

Mohamed Tokoh Maal Hijrah

Bagan Serai : Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pelajar Islam (PPI) Mohamed Abdullah,78, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini.629c40_0b107fb58c0448cf94c8bd0b9a43a347-mv2

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan anugerah berkenaan.
Beliau yang juga penasihat Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pakej umrah, medal, plak dan hadiah iringan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Pemilihannya sebagai Tokoh Maal Hijrah berikutan sumbangan besarnya dalam menyampaikan dakwah di negeri ini.

“Syukur kepada Allah S.W.T atas rahmat dan kurniaannya kepada saya.

“Saya rasa berbesar hati, mudah-mudahan dengan anugerah saya terima ini ia memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk trus berkhidmat kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah itu pada Sabtu.

 Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri berlangsung di De‎Wan Dato Zainal Abidin Zin, di sini.

629c40_cb98400bbffc4115bafe36126d43b45b-mv2

Sementera itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang berkhidmat dari tahun 2005 hingga 2013 Datuk Wan Zahidi Wan Teh,74 pula dipilih sebagai Tokoh Ar-Ridzuan 1438.

Wan Zahidi yang kini merupakan Felo Kerhormat Kanan Universiti Islam Malaysia (UIM) dipilih menerima anugerah berkenaan berikutan sumbangan besar beliau dalam pelbagai bidang.

Beliau juga merupakan pemenang anugerah Tokoh Maal Hijrah 1437/2015 peringkat Wilayah Persekutuan.

“Sudah tentu anugerah ini akan membakar lagi semangat saya untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.

“Saya amat ingin melihat umat Isam di negara ini dan Perak khususnya bersatu, saya akan teruskan dakwah untuk ianya berjaya dicapai, insyaallah,” ujarnya.

Manakala bagi kategori pengurusan Masjid Terbaik, Masjid Al-Islah Kampung Tersusun Kledang Utama,  Sungai Siput dipilih bagi tahun ini dan Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Kg Boyan Taiping pula dipilih menerima anugerah pengurusan Tanah Perkuburan terbaik.

Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah merupakan tema sambutan Maal Hijrah 1438.

 

Mit klicken um zu lesen dem nötigen abstand zu derartigen persönlchkeiten , wird es deutlich einfacher diesen lichtgestalten der grundschulpädagogik entgegen zu treten

11 OKTOBER 2016, SELASA

09:00 AMMenghadiri Jemputan ke Majlis Penyampaian Watikah dan Penubuhan Kumpulan Pengguna Air (KPA) Peringkat Daerah Perak Tengah di D’Hotel Seri Iskandar.

9:30 AM Ramah Mesra Bersama JKKK Kampung Teluk Perang, Amanah Ikhtiar, PIBG dan Masyarakat Setempat Sempena Gotong-royong Memasak Bubur Asyura di Kampung Teluk Perang

11:00 AM Menghadiri Program CSR Hamam bersama Jabatan Agama Islam Perak di Masjid Kampung Selat Layang-layang Kiri.

08:45 PMMenghadiri Majlis Ramah Mesra dan Bermain Bolasepak  Persahabatan  di anatara Pasukan  Vateran Parlimen Parit vs Pasukan UiTM  Seri Iskandar di Padang UiTM Seri Iskandar.

Euklid war auch auf https://www.hausarbeithilfe.com/ anderen gebieten wirksam

10 OKTOBER 2016, ISNIN

09:30 AMMenghadiri Istiadat Meletak Kerja Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2016 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

04:00 PMRamah Mesra dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.

The battery tab with that selected, important company you can specify just what information you get as you’re working with your mac