09:30 AM – Menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-Guru KAFA Daerah Kuala Kangsar di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Kuala Kangsar.
12:00 PM – Menghadiri Sesi Taklimat dan Lawatan Bersama Pegawai Koperasi Negeri dan Daerah yang Disampaikan Oleh Koperasi Guru Melayu Kerian dan Selama di Pejabat Koperasi Kerian.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Perak Today
Fri, Aug 2nd, 2013
Ibu Bapa, Masyarakat Perlu Yakin Dengan Pendidikan SAR- Mohd Nizar
Menurut Exco Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria, ibu bapa juga perlu lebih jelas mengenai kepentingan menempatkan anak mereka belajar di sekolah itu, sama seperti belajar di sekolah harian yang sedia ada.
Katanya, gabungan pendidikan sekolah harian dan sekolah agama akan melahirkan golongan pelajar yang berupaya mencerap dan menjiwai pelbagai ilmu.
“Di peringkat kerajaan Persekutuan mahupun negeri, kita sentiasa memantau perkembangan SAR termasuklah daripada segi kebajikan tenaga pengajarnya yang menerima elaun RM1,000 sebulan.
“Guru KAFA juga diberi pengiktirafan khusus oleh kerajaan tetapi sokongan dan bantuan daripada semua pihak perlu ditingkatkan lagi supaya sasaran pelajar untuk khatam Al-Quran dan mendapat keputusan yang terbaik dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) terlaksana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru KAFA peringkat Daerah Kuala Kangsar, di Kuala Kangsar, hari ini.
Video























