BAGAN DATUK : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini turut serta dalam program Fit Masjid yang diadakan di Masjid Al-Khairiah, Selekoh, di sini bersama kira-kira 300 jemaah yang lain.

Program Fit Masjid merupakan salah satu program yang dirangka bersempena dengan Program Permukiman Menteri Besar ke daerah ini.

Program yang bermula pada jam 3 pagi itu dimulakan dengan Qiamulail, solat sunat, Fun Walk, senamrobik Muslimah dan aktiviti berkuda sambil memanah.

Zambry juga turut bersama-sama jemaah masjid melakukan ‘Fun Walk’ sejauh lima kilometer.

“Marilah kita mengambil ini sebagai satu peringatan kepada kita. Kita tidak sekadar berceramah, tetapi kita juga melaksanakannya.

“Program sebegini akan diadakan secara berterusan bagi membina mukmin yang sejati,”katanya.

Di program yang sama, beliau turut merasmikan kempen ‘Jom Solat Subuh Berjemaah’.