PARIT – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria tidak perlu tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) untuk menyantuni penduduk di kawasannya.

Dikenali juga sebagai YB Sempoi, kelibat Mohd Nizar cukup disenangi masyarakat tidak mengira umur, pangkat dan kaum.

Sesiapa sahaja disapanya dengan mesra bagi bertanya khabar malah ramai juga penduduk di Parit tidak kira di kawasan Bota Kanan, Bota Kiri mahu pun Bandar Universiti Iskandar boleh mengadu setiap permasalahan dan melontarkan idea demi pembangunan setempat.

“Saya sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Bertemu masyarakat seboleh yang mungkin.“Kita kena menghargai rakyat termasuk pengundi yang menyokong saya selama ini.“Saya ini orang kampung dan dipilih sebagai wakil rakyat mereka (kawasan Parlimen Parit) dan dulu di Dewan Undangan Negeri DUN Belanja.

Kita perlu memahami kehendak rakyat,” katanya Mohd Nizar ketika ditemui selepas menghadiri beberapa program bersama masyarakat.

“Kerja bertemu rakyat ini tidak mengira masa. Sebab itu saya perlu berada dekat dengan rakyat. Waktu senang apatah lagi pada waktu susah ini,” kata Mohd Nizar ketika ditemui selepas menghadiri beberapa program bersama masyarakat di sini hari ini.

Antara program yang disinggahi dan dirasmikan ialah program santai bersama belia dan orang kampung di Bota Kiri, melawat keadaan bangunan Dewan Orang Ramai Kampung Kepala Pulau Mukim Layang-Layang Parit dan merasmkan majlis penutup Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bota Kanan di Stadium Bakri Rais.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najiha Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.- MalaysiaGazette