Ramah mesra dan sembang santai Datuk Ustaz Mohd Nizar Zakaria sejak menjadi Ahli Parlimen bermula 2008 bersama masyarakat Parlimen Parit terus memberi keyakinan tinggi kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menyumbangkan kerusi Parlimen di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Komitmen yang tinggi dan keberadaan dalam masyarakat memberi banyak kelebihan kepada Ustaz Mohd Nizar yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memastikan kerusi Parlimen Parit terus di bawah lembayung biru.

Ustaz Mohd Nizar seorang figura yang terkenal sebagai salah seorang anak kapal MV Rachel Corrie yang ditahan oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) semasa tiba di perairan untuk menghantar misi bantuan kemanusian ke Gaza Palestin pada 2010.

UtamaPolitik  “Ustaz” Mohd Nizar, Penyandang Kerusi P.069 Parit Dipilih Semula Dalam Angkatan Gelombang…

“Ustaz” Mohd Nizar, Penyandang Kerusi P.069 Parit Dipilih Semula Dalam Angkatan Gelombang Biru BN Bagi Mendepani PRU-15

Oleh Editor Prebiu.com– November 2, 2022

Ramah mesra dan sembang santai Datuk Ustaz Mohd Nizar Zakaria sejak menjadi Ahli Parlimen bermula 2008 bersama masyarakat Parlimen Parit terus memberi keyakinan tinggi kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menyumbangkan kerusi Parlimen di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Komitmen yang tinggi dan keberadaan dalam masyarakat memberi banyak kelebihan kepada Ustaz Mohd Nizar yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memastikan kerusi Parlimen Parit terus di bawah lembayung biru.

Ustaz Mohd Nizar seorang figura yang terkenal sebagai salah seorang anak kapal MV Rachel Corrie yang ditahan oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) semasa tiba di perairan untuk menghantar misi bantuan kemanusian ke Gaza Palestin pada 2010.

Mohd Nizar (tengah)

Atas semangat perjuangan yang kental itulah menjadikan Ustaz Mohd Nizar terus membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan agama sehabis baik demi kestabilan dan kemakmuran di Parlimen Parit ini.

Sebelum ini, Datuk Ustaz Mohd Nizar yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)  pada 2018, selain pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ketika itu beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja pada 2013-2018.

Datuk Ustaz Mohd Nizar memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol, Padang Sumatera Barat, Indonesia.

Dalam PRU-14 lalu, Datuk Ustaz Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najiha Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

Malam tadi (1 November 2022), Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN turut menampilkan wajah-wajah segar dan berpengalaman, untuk menggalas amanah sebagai calon BN peringkat Parlimen.

BN juga menampilkan lebih 85 peratus calon-calon yang mempunyai kelayakan akademik, di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran.

“Di hadapan saya ini adalah calon-calon, yang akan menggalas amanah besar, bagi kita membawa aspirasi rakyat dan mengembalikan kegemilangan negara. Ini adalah amanah maha berat, yang bukan hanya akan dihakimi oleh rakyat, tetapi akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

“Saya amat sedar, sementara kepentingan politik dalaman BN menjadi perkiraan dalam soal penentuan calon namun tuntutan memulihkan kesuraman negara dan mengangkatkan kembali agenda mensejahteraan rakyat adalah lebih tinggi daripada kepentingan politik individu dan kepartian,” kata Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO.