Assalamualaikum semua pengundi,

Bismillahirohmanirohim,

Pertama-tama sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi BARISAN NASIONAL yang telah memberikan kepercayaan kepada calun calun Barisan Nasional di Parit, Blanja dan Bota didalam pilihanraya 13 pada kali ini,

Mandat yang diberikan kepada kami amatlah dihargai dan kami akan terus berusaha untuk menyampaikan , melaksanakan dan apa juga yang termampu untuk diberikan kepada kemajuan di Blanja, Bota dan juga Parlimen Parit agar kita akan dapat menikmati kemajuan seiring dengan agenda kerajaan didalam Transfomasi masakini.

Saya yakin dan percaya dengan kepercayaan dan mandat yang telah diberikan ini, dan dengan segala usaha yang bakal dilakukan mudahan dengan Izin Allah , marilah kita bersama sama berdoa akan dipermudahkan segalanya.

Para pengundi yang amat saya hormati,

Didalam usaha kita mengejar kemajuan yang kita inginkan, saya dengan rasa rendah hati dan diri memohon agar kita sentiasa memelihara ikatan ukhwah dan saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain untuk membina satu ikatan perpaduan yang kukuh dikalangan semua pihak seperti mana di ibaratkan ” Berat sama dipikul dan ringan sam dijinjing” didalam mencapai segala usaha yang kita impikan.

Kerjasama yang jitu diantara kita pastinya akan dipermudahkan segala usaha kita. Sebagaimana yang dituntut didalam agama kita bahawa Islam membentuk kita supaya menjadi umat yang yang bersatu dan bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj atau method yang satu dan menuju ke arah matlamat yang satu.

Dalam masa yang sama, sebarang bentuk perpecahan hendaklah kita tangani dengan sebaiknya, Perpecahan diantara kita merupakan langkah ke arah kelemahan dan kehancuran umat. “Dan janganlah kamu bersengketa, kerana dengan persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu.” (Surah Al-Anfal, ayat 46).

Sebarang persengketaan yang timbul di kalangan masyarakat kita , saya meyeru dengan seikhlasnya marilah kita bersama mencari jalan perdamaian, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan.”

Jesteru itu, bersama mandat yang telah diberikan, saya akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan segala impian kita akan tercapai dengan IzinNya,

Akhir sekali, sekali lagi dengan rasa rendah diri dan hati, Saya mengucapkan jutaan terima kasih saya bagi pihak UMNO/ Barisan Nasional kepada semua pengundi di Parit khasnya dan di Malaysia keseluruhannya kerana yakin bahawa Barisan Nasional adalah sebuah gabungan yang mampu memberikan keamanan, kehamonian serta menepati janji jani yang telah diberikan kepada rakyat.

Dengan demikian, yang lemah itu datangnya daripada saya sendiri dan yang Maha Terbaik itu dari Allah SWT dean sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah juga sebaik baik perlaksana dan perancang.

Marilah bersama saya dan juga bersama sama yang lain berganding bahu untuk memberikan satu gabungan yang mantap didalam usaha kita untuk memajukan kawasan kita bersama sama. Idea dan pandangan yang baik daripada para pengundi serta rakyat di Parit amatlah di alu-alukan demi kebaikan bersama.

Sekian, Terima Kasih.

Mohd Nizar bin Zakaria