04 Jun 2021, Perak Tengah – Seramai 30 Orang Asli warga emas yang telah berjaya menerima Suntikan Vaksin bagi dos yang pertama bagi masyarakat Orang Asli dari Daerah Perak Tengah dalam Parlimen Parit.

Antara kampung yang terlibat dengan penerimaan Vaksin ini adalah seperti Kampung Suak Padi, Tunbuh Hangat, Gedung Batu dan Sungai Perah.

Terima kasih kami ucapkan kepada YB ahli Parlimen Parit, Dato Mohd Nizar bin Haji Zakaria kerana sudi membantu pihak JAKOA Negeri Perak dan Kedah bagi menyediakan pengangkutan untuk membawa masyarakat Orang Asli yang menerima Suntikan Vaksin.