13 OKT: Tindakan bekas penyandang kerusi Ahli Parlimen PH Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya cubaan memainkan sentimen untuk mengelirukan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata rakyat sepatutnya mematuhi keputusan yang telah dibuat lebih-lebih lagi ia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sepatutnya tidak ada pertikaian-pertikaian, isu-isu dan sebagainya termasuk saman pemula yang telah dibuat seorang bekas ahli Parlimen (Charles), tapi  pada saya itu (saman) untuk menimbulkan persepsi sahaja.

“Keputusan sudah pun dibuat, sebagai rakyat sepatutnya kita terimalah dengan nada dan hati yang tenang apatah lagi perkara ini sudah disembah maklum kepada Agong dan diperkenankan.

“Janganlah semua perkara nak bawa ke mahkamah. Mahu atau tidak mahu, kita ikut sajalah sistem yang ada ini,” katanya kepada BBC Portal ketika dihubungi hari ini.

Charles memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa dengan menamakan Ismail Sabri, kerajaan dan SPR sebagai responden bagi menghalang pilihan raya umum diadakan susulan pembubaran Parlimen yang dibuat kelmarin.

Charles Santiago memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa dengan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan dan SPR sebagai responden bagi menghalang pilihan raya umum ke15 diadakan.

Berdasarkan salinan saman pemula yang difailkan, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Dalam pada itu Nizar berharap rakyat di negara ini terutama golongan muda lebih matang dalam mentafsir landskap politik hari ini yang jelas jauh berbeza berbanding dulu.

“Saya yakin dan percaya apa yang mereka lakukan ini untuk menimbulkan sentimen dan mainkan isu-isu tertentu jadi saya harap rakyat akan lebih matang dan memahami landskap politik negara yang tidak sama seperti dulu lagi.

“Saya seru rakyat khususnya generasi-generasi muda supaya peka dan matang dengan suasana politik di negara kita,” kata bekas Ahli Parlimen Parit itu.

Saman Sebab Bubar Parlimen Hanya Sentimen Kelirukan Rakyat

UTAMADikemaskini pada 12, Oct 2022

Kongsikan

13 OKT: Tindakan bekas penyandang kerusi Ahli Parlimen PH Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya cubaan memainkan sentimen untuk mengelirukan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata rakyat sepatutnya mematuhi keputusan yang telah dibuat lebih-lebih lagi ia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sepatutnya tidak ada pertikaian-pertikaian, isu-isu dan sebagainya termasuk saman pemula yang telah dibuat seorang bekas ahli Parlimen (Charles), tapi  pada saya itu (saman) untuk menimbulkan persepsi sahaja.

“Keputusan sudah pun dibuat, sebagai rakyat sepatutnya kita terimalah dengan nada dan hati yang tenang apatah lagi perkara ini sudah disembah maklum kepada Agong dan diperkenankan.

“Janganlah semua perkara nak bawa ke mahkamah. Mahu atau tidak mahu, kita ikut sajalah sistem yang ada ini,” katanya kepada BBC Portal ketika dihubungi hari ini.

Charles memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa dengan menamakan Ismail Sabri, kerajaan dan SPR sebagai responden bagi menghalang pilihan raya umum diadakan susulan pembubaran Parlimen yang dibuat kelmarin.

Charles Santiago memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa dengan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan dan SPR sebagai responden bagi menghalang pilihan raya umum ke15 diadakan.

Berdasarkan salinan saman pemula yang difailkan, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Dalam pada itu Nizar berharap rakyat di negara ini terutama golongan muda lebih matang dalam mentafsir landskap politik hari ini yang jelas jauh berbeza berbanding dulu.

“Saya yakin dan percaya apa yang mereka lakukan ini untuk menimbulkan sentimen dan mainkan isu-isu tertentu jadi saya harap rakyat akan lebih matang dan memahami landskap politik negara yang tidak sama seperti dulu lagi.

“Saya seru rakyat khususnya generasi-generasi muda supaya peka dan matang dengan suasana politik di negara kita,” kata bekas Ahli Parlimen Parit itu

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tindakan Charles itu tidak memberi kesan kepada perancangan pelaksanaan pilihan raya umum.

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

“Tak apalah dia (Charles) nak terus mainkan sentimen supaya rakyat terus marah kepada kerajaan. Sebab dia tahu memang ada rakyat marah dan di sosial media pun kita lihat ramai tak setuju buat pilihan raya pada musim tengkujuh. Kalau dia tak mainkan isu ini rugilah…boleh raih undi.

“Saya rasa saman ini tidak ada kesan (terhadap perjalanan pilihan raya) sebab ia hanya saman dan bukannya boleh automatik dibawa naik ke mahkamah.

Entah-entah selepas pilihan raya baru dapat dibawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau turut tidak jelas saman dibuat Charles atas dasar apa susulan keputusan pembubaran Parlimen merupakan kuasa perdana menteri.

“Memang kuasa prerogatif perdana menteri dan Agong pun dah beri perkenan jadi kalau nak saman pun saya tak tahulah nak saman atas dasar apa. Tapi itu hak dia sebagai rakyat Malaysia, kalau saman ada publisiti di situ. ‘

“Perkara ini biasa digunakan untuk mainkan sentimen rakyat malah mereka boleh undi protes kepada kerajaan dan beri sokongan lebih kepada pembangkang dan sebagainya,” katanya.

Semalam Ismail Sabri mendedahkan keputusan membubarkan Parlimen dibuat susulan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutus warkah kepada Yang di Pertuan Agong.

Katanya, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Pendedahan itu dibuat susulan kenyataan media Istana Negara di mana Agong menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air.- Oleh NUR EISYA