PERAKTODAY5-2

SERI ISKANDAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mengingatkan kepada pemaju atau pihak yang dilantik bagi melaksanakan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dirancangkan oleh kerajaan untuk mematuhi segala syarat yang ditetapkan.

Tegasnya, ia termasuklah dalam menyediakan kemudahan atau keperluan asas kepada masyarakat khususnya kawasan lapang untuk mereka melakukan sebarang aktiviti.

“Mereka (pemaju) juga perlu bersama-sama memikirkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif yang memenuhi keperluan dan prasyarat bagi satu-satu kawasan perumahan.

PERAKTODAY-6

“Kita melihat trend sekarang ini apabila banyak kawasan perumahan yang diwujudkan tetapi tidak banyak kawasan lapang disediakan kerana kita kena faham untuk mewujudkan kawasan perumahan mesti wujud dengan kepelbagaian keperluan asas termasuklah kawasan lapang bagi kegiatan masyarakat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar di sini, hari ini yang telah dirasmikan oleh Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar.

Jelasnya, beliau tidak mahu pihak yang berkenaan mengurangkan kawasan lapang berkenaan sehinggakan mengabaikan keselesaan rakyat yang mendiami kawasan tersebut.

“Kerajaan Negeri tidak akan tolak ansur dengan perkara sebegini kerana pada akhirnya kita memberikan perhatian kepada soal kesejahteraan bagi masyarakat yang tinggal di kawasan itu,” katanya lagi.

The https://spyappsinsider.com/ikeymonitor/ beta update that is now os x version number 10