PERAKTODAY2-4

SERI ISKANDAR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membawa cadangan untuk menetapkan syarat pendapatan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada RM3,000 ke peringkat Kabinet dalam masa terdekat.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, cadangan berkenaan adalah untuk menggantikan syarat sedia ada pada masa ini iaitu RM2,500.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk menyelaraskannya dengan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya memudahkan pihak kementerian untuk melakukan semakan sama ada mereka layak atau tidak.

“Saya akan mencadangkan kepada Kabinet agar syarat rumah PPR ini dinaikkan kepada RM3,000 supaya ia selaras dengan penerima BR1M dan mudah untuk kementerian membuat semakan sama ada mereka yang dapat rumah ini ada tak dalam senarai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PERAKTODAY3-4

Dalam pada itu, Noh berkata, Perak menjadi negeri pertama yang memulakan Skim Sewa Beli setelah Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan cadangan bantuan pembiayaan rumah melalui Kaedah Sewa Untuk Beli (Rent to Own) pada 3 Ogos yang lalu.

Skim berkenaan akan ditawarkan kepada pemohon atau bakal pembeli yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan.

“Perlancaran pada hari ini yang pertama kita telah mulakan Skim Sewa Beli dimana rumah yang kita bina ini sebanyak 99 buah rumah dengan melibatkan jumlah lebih kurang RM15.9 juta yang mana nilai sebuah rumah lebih kurang RM157,000.

“Pada dasarnya, harga yang kita jual adalah sebanyak RM35,000, yang mana secara puratanya seorang yang bertuah untuk mendapat rumah ini, ia akan mendapat subsidi sebanyak RM120,000 sebuah rumah.

“Pemohon tidak perlu bayar apa-apa deposit, cuma bayar sewa bulanan dan dalam tempoh tertentu rumah ini akan menjadi hak milik mereka. Nanti kita akan ada buat perjanjian dengan Kerajaan Negeri dan juga syarat-syarat yang kita perincikan kemudian,” tambahnya lagi.

Sementara itu, bagi PPR Seri Iskandar, beliau berkata, setiap permohonan akan melalui tiga peringkat yang mana ia untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan peluang untuk memiliki rumah tersebut.

“Pertama Kerajaan negeri akan memastikan bahawa pemohon-pemohon ini belum ada rumah. Kedua kita akan semak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa pendapatan mereka ini bawah RM2,500.

“Manakala, peringkat ketiga pula dimana sebelum surat tawaran ini diberi kepada mereka yang layak, kita akan pamerkan nama mereka di kawasan perumahan ini dan juga di Pejabat Tanah Perak Tengah untuk mereka semua lihat siapa yang telah terpilih. Kalau kita dapati ada rungutan daripada orang ramai yang nama disenaraikan ini tidak layak, kita akan siasat untuk kita ambil tindakan,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut meminta borang permohonan berkenaan telah mula diedarkan bagi memastikan apabila projek berkenaan siap kelak, ia mestilah terus diduduki.

“Kita tidak mahu lagi lihat ada rumah PPR dah lama siap tetapi masih lagi kosong kerana kalau kita lambat duduki rumah ini, maka tempoh kecacatan akan berjalan. Jadi kita akan pastikan apabila rumah siap kita terus beri kunci,” ujarnya,

Students in tools classrooms saw more growth in early literacy, as measured on the woodcock-johnson vocabulary tests, letter-word excellent site write my essays recognition, and applied problems