Sejumlah RM42.1 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam usaha menyemarakkan syariat Islam di Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jumlah itu diperuntukkan bagi memastikan perlaksanaan pelbagai program untuk melahirkan insan yang syumul dan menggalakkan aktiviti sesuai dengan syariat Islam terus dapat diberikan tumpuan.

“Pecahannya, RM10 juta untuk membaik pulih dan menambah baik infrastruktur masjid dan surau, RM7.5 juta bagi elaun kepada 3,120 guru-guru KAFA dan RM9.5 juta bagi elaun 2,644 bilal dan siak melibatkan 661 buah masjid.

“Selain itu, RM6.1 juta untuk Jabatan Agama Islam, RM6 juta bagi Jabatan Kehakiman Syariah dan RM3 juta untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat,” katanya ketika membentangkan bajet 2016 Perak di Sidang DUN ke-13 pada Selasa.

Tambah beliau, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) turut akan melaksanakan pelbagai program penghayatan di pelbagai peringkat.

“Ini termasuklah usaha memberikan kefahaman kepada kumpulan pembuat dasar, pelaksana dasar dan mansyarakat tentang Indeks Syariah Malaysia.

“Indeks ini penting bagi memastikan amalan patuh syariah dapat dipertingkatkan,” ujarnya.

Selain itu, Dr Zambry turut memberitahu Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Perak akan menjadi sebuah jabatan baru yang dikenali sebagai Jabatan Pendakwaan Syariah Perak bermula 2016 dalam usaha memantapkan tugas berkaitan syariah.

Katanya lagi, Majlis Nikah Jama’ie yang dikendalikan JAIPk juga akan dijadikan program tahunan yang diharap mendapat penyertaan lebih ramai dari orang yang baru memeluk Islam dan mereka yang kurang berkemampuan.

Dalam pada itu, katanya lagi kerajaan negeri juga akan meneruskan penajaan mengerjakan haji pada tahun hadapan yang melibatkan lima Kadi, 10 Naib Kadi, 10 Imam, 6 Bilal dan 4 Siak yang dipilih melalui Jawatankuasa Pemilihan Permohnan Hadiah Haji.

“Sayugia diingatkan hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu terletak sepenuhnya di bawah kuasa DYMM Paduk Seri Sultan Perak.

“Sebagai iltizam dalam mendukung hal ehwal Islan, Insyaallah kerajaa negeri akan sentiasa menumpahkan taat setia Ke Bawah Duli Tuanku bagi memastikan kesyumulan Islam di negeri ini dapat disemarakkan.

Vg1 performs well in a variety of genres, but a few limitations can get switched here be heard at its very highest volume level