IPOH: Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM3 juta, khusus untuk program pembangunan dan baik pulih Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Perak.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut berganding bahu menyediakan peruntukkan bantuan pembangunan bagi tahun 2016.

Menurut beliau, bagi tahun 2016 sebanyak RM241,000 diperuntukkan untuk pembangunan kepada SAR dan Tahfiz di seluruh negeri.

 “Kelangsungan pendidikan Islam sering dititikberatkan seiring dengan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Perak,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Zainun Mat Noor (BN-Chenderoh) semasa Sidang Dewan Negeri di sini pada Selasa.

 Drs Nizar menjelaskan kerajaan negeri telah memperuntukkan bantuan perkapita sebanyak RM2,510,757 yang dibahagikan kepada kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) KAFA Integrasi dan SRAR KAFA sepenuh masa.

 Beliau memberitahu, RM2,345,409 dibahagikan kepada SRAR KAFA Integrasi dan RM165,348 kepada SRAR KAFA sepenuh masa.

 “MAIPk juga memperuntukkan RM1,348,604 yang dibahagi-bahagikan kepada kedua-dua SRAR tersebut,” ujarnya.

He https://www.pro-essay-writer.com also studied the strengths and shortcomings of performance-pay proposals in other states and school districts