IPOH : Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM18 juta bagi tujuan aktiviti dan keperluan yang melibatkan urusan pendidikan Islam di negeri ini sejak tahun 2010 hingga 2016.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria (BN-Belanja) berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen untuk pemerkasaan Pendidikan Islam di negeri ini.

Ujarnya, bagi mengawal kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Agama Rakyat di negeri ini pula, terdapat beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan negeri.

“Pertama, melaksanakan Sukatan KAFA yang diselaraskan oleh JAKIM serta menjalankan Peperiksaaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi murid-murid tahun lima Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di negeri Perak.

“Kedua, mengadakan Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) bagi murid-murid tahun enam yang mengikuti pengajian di SRAR di negeri ini.

“Ketiga, mewujudkan unit Naziran, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak yang bertugas menyelia, menyiasat serta mengkaji tahap keberkesanan pelaksanaan pendidikan di sekolah-sekolah agama Rakyat di negeri ini.

“Keempat, menganjurkan berbagai kursus yang melibatkan guru-guru samada SRAR, Sekolah Menengah Agama Rakyat SMAR_ sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini,”katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai) dalam Persidangan Dewan Negeri, hari ini.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga telah melantik seramai 3,150 orang guru yang mengajar di SRAR dan mewujudkan jawatan secara kontrak kepada 194 guru dan kakitangan sokongan bagi mengisi keperluan sumber manusia di sekolah Agama Rakyat serta Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menyediakan perkapita kepada semua Sekolah Agama Rakyat di negeri Perak yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai urusan pentadbiran dan keperluan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan.

Nizar berkata lagi, kerajaan negeri juga turut menyediakan prasarana bagi membina sekolah tahfiz di bawah kerajaan negeri di lima daerah iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Kerian, SMTDR Batang Padang, SMTDR Lenggong, SMTDR Kuala Kangsar dan SMTDR Manjung.

“Kerajaan negeri juga telah melantik satu Jawatankuasa Khas Kajian Pendidikan Tahfiz Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

To help guide those decisions, jobs for the future and the everyone graduates center recently analyzed https://writemypaper4me.org/ a critical subset of states those with high concentrations and/or high numbers of low-graduation-rate high schools