KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri menyalurkan RM6.65 juta bantuan perkapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Perak, termasuk RM178,659 untuk SAR di Kuala Kangsar.

Bantuan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-Guru KAFA Daerah Kuala Kangsar di sini pada Isnin.

629c40_6428592e9fe44d6fbb13f6fc8e813604-mv2

Drs Nizar berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kebajikan guru-guru KAFA, sebaliknya menyediakan pelbagai insentif kepada mereka, termasuk perlindungan insuran, kemudahan pinjaman koperasi dan melanjutkan pelajaran di Asia e University.

Sehubungan itu, beliau berharap agar guru-guru agama dapat memberi komitmen dan sentiasa istiqamah di dalam mendidik anak-anak menjadi modal insan yang berilmu dan beramal.

629c40_0bb11fe7591f40f991f7f19e7209da11-mv2

“Sebenarnya, guru sekolah agama rakyat paling hebat kerana mereka melakukan jihad ilmu untuk menentukan survival umat Islam, khususnya di kalangan anak-anak kita,” katanya ketika berucap di majlis itu.

 Dalam pada itu, beliau berharap guru-guru agama juga dapat menjadi agen perpaduan dan mengelakkan perbalahan sesama umat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh cabaran sekarang.

“Janganlah hendaknya kita umat Islam berbalah dan bersengketa semasa sendiri, sedangkan kita tengok orang lain berusaha gigih menguatkan lagi kesatuan mereka,” ujarnya.

At the bottom https://trymobilespy.com/android-keylogger of the window, there’s a search bar that allows you to quickly filter the results