IPOH:Kerajaan negeri komited untuk meneruskan Program Nikah Jamai’e Syar’ie pada setiap 16 September setiap tahun.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria bagaimanapun ia tidak bermaksud kepada tujuan perkahwinan poligami seperti cadangan yang dilontarkan oleh ADUN Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong).

Terdahulu ADUN,Titi- Serong bertanyakan mengenai langkah kerajaan negeri memudahkan proses poligami di negeri ini dengan menggunapakai Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai).

Jelas Nizar,setakat ini kerajaan negeri tidak merancang untuk melaksanakan porgram nikah Jamai’e khusus untuk perkahwinan poligami sebaliknya menilai sama ada ia wajar atau tidak untuk dijalankan.

“Kita belum lagi mempertimbangkang tetapi bertindak memikirkan sama ada wajar atau tidak ia dijalankan untuk poligami,”katanya.

Terdahulu beliau menjelaskan seramai 150 pasangan telah mengikuti Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai ) telah dijadikan sebagai satu program tahunan kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)) pada setiap 16 September sempena Hari Kebangsaan.

Menurutnya lagi, ia bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2013 yang hanya disertai oleh 10 pasangan sahaja yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II.

“Jumlah ini bertambah pada tahun 2014 iaitu disertai seramai 38 pasangan manakala pada tahun 2015 seramai 60 pasangan telah diijabkabulkan serentak di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh,” katanya ketika menjawab soalan lisan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tambahnya lagi, objektif program tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan pasangan dan keluarga pengantin dalam mengendalikan urusan perkahwinan.

“Pihak kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang sewajarnya demi menjayakan program baik ini dan dalam tempoh empat tahun penganjurannya sebanyak RM159,155.00 telah diperuntukkan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, program ini turut mengalami penambahbaikan menerusi pelaksanaannya yang tidak hanya tertumpu di Bandaraya Ipoh semata.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan melaksanakan program ini di daerah yang tidak hanya tertumpu di Ipoh.

Beliau turut memberi saranan supaya Majlis Nikah Jamaie Syarie turut dilaksanakan di kawasan ahli dewan yang lain selain bekerjsama dengan agensi-agensi lain dalam usaha mempromosikan program tersebut.

My passion for learning amounts to naught, company web site not just for me but for my students as well