BATU KURAU: Perak akan meneruskan program-program kerohanian yang telah dimulakan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, program seumpama itu mendapat sambutan baik di kalangan rakyat, sekaligus merapatkan silaturrahim sesama mereka

Menurut beliau, antara program yang dijalankan dari semasa ke semasa ialah qiamullail, termasuk di adakan ketika Program Permukiman Menteri Besar.

 “Inilah gerakan-gerakan kita, di samping aktiviti mengenalpasti dan menyelesaikan masalah rakyat, kita akan teruskan program kerohanian,” katanya ketika berucap selepas qiamullail dan solat subuh di Masjid Kg Perak, Batu Kurau pada Jumaat.

 Qiamullail diketuai oleh pendakwah bebas, Maulana Wan Helmi Wan Mohamed.

 Hadir sama beberapa exco kerajaan negeri – Datuk Saarani Mohamed, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad.

 Terdahulu di sebelah malamnya, Dr Zambry menyaksikan program Kembara Dakwah bersama Maulana Wan Helmi dan beberapa artis jemputan.

 Antara artis yang mengambil bahagian ialah Ali (XPDC) Ijam (Medicine) dan Mel (Wings).