Pemberian vaksin Covid-19 untuk masyarakat OA daerah Perak Tengah telah dimulakan pada 4 Jun 2021.

Ia melibatkan penduduk dari empat buah Kampung OA iaitu Kg Suak Padi, Tumbuh Hangat, Gedung Batu dan Sg Perah.

Seramai 30 orang telah dibawa menggunakan sebuah bas dan van ke PPV Dewan Serbaguna Seri Iskandar.

Kesemua mereka merupakan OA yang layak menerima vaksin covid Fasa 2.

Program ini adalah kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah, Pejabat Ahli Parlimen Parit dan
JKOA Daerah Perak Tengah.

JKN Perak merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Parit yang telah menyediakan pengangkutan OA ini ke PPV Seri Iskandar.