5 OKT : Program Rintis Sahabat KafeTEEN Prihatin #HygieneKit akan dapat membantu golongan remaja perempuan yang memerlukan bantuan asas kebersihan diri akibat desakan pandemik COVID-19. 

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, ia juga mampu membantu golongan wanita terutamanya remaja perempuan kembali pulih dan sihat tubuh badan, fizikal dan mental, membantu setiap individu wanita mendapatkan maklumat  kebersihan diri yang tepat. 

Menurut beliau, pelaksanaan projek rintis ini juga sebagai keprihatinan dan sokongan moral kepada remaja dan wanita yang memerlukan. 

“Selain itu, setiap penerima akan ditawarkan mengikuti kelas berkaitan kesihatan wanita dan reproduktif secara dalam talian dikendalikan oleh pasukan KafeTEEN LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). 

“Pihak Kao (Malaysia) Sdn. Bhd. selaku penyumbang tuala wanita dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 

“Setiap penerima remaja juga akan didaftarkan sebagai ahli baru Sahabat KafeTEEN bagi mendapat pengetahuan dan bimbingan mengenai amalan gaya hidup sihat,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan progeam tersebut di Lobi bangunan LPPKN, Kuala Lumpur, hari ini

Turut hadir sama, Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur bin Abdullah, Pengarah Negeri LPPKN WPKL, Dr. Zuhrah Musa, wakil JAWI, Kao (Malaysia) Sdn. Bhd, Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia dan Family of Charity.