24 MEI 2020 (AHAD)

PERUTUSAN YB DATO’ MOHD NIZAR BIN HJ ZAKARIA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2020    

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’

Bulan Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat Islam setelah mana mereka berjaya berpuasa selama sebulan di samping melakukan ibadah untuk mendapatkan rahmat daripada Allah di bulan yang berkah iaitu Bulan Ramadan.

Maka berkumandanglah takbir dan tahmid dan sebagai tanda memuji keagungan Allah daripada umat Islam seluruh dunia untuk meraikan kedatangan bulan Syawal.
Islam menganjurkan kita bersederhana dalam menzahirkan kegembiraan ketika menyambut Aidilfitri semata-mata untuk mendapatkan keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT pada lebaran.

Dikala Normal Baharu, bukanlah satu halangan bagi kita semua untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga, saudara-mara dan kenalan seperti kebiasaan kita lakukan sebelum ini dengan ziarah kunjung mengunjung. Dunia teknologi dihujung jari menjadi jambatan penghubung silaturahim.

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Umat Islam Di Malaysia Khususnya DiDalam Kawasan P069 Parlimen Parit. Maaf Zahir dan Batin.

YB Dato Mohd Nizar Bin Hj Zakaria.
Ahli Parlimen Parit
Ketua UMNO Bhg Parit.

18 JUN 2015 (KHAMIS)

PERUTUSAN YB DATO’ DRS. MOHD NIZAR BIN HJ ZAKARIA SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

4fec7247f401c10b5268342cbf3070fa ” Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan  oleh orang-orang sebelum kamu, supaya kamu tergolong dikalangan orang yang bertaqwa “. –                            (Al-Baqarah :183)

Menemui seluruh rakyat Negeri Perak agar sentiasa berada dalam keadaan sihat  dan dipenuhi petunjuk  Allah Taala bagi menempuhi bulan Ramadan yang mulia ini.

Alhamdulillah, kesempatan yang cukup berharga apabila sekali lagi kita berkesempatan menemui bulan  Ramadan, bulan yang cukup bertuah, bulan ibadah, bulan Al-Quran dan bulan lailatul-Qadar.

Sesungguhnya, bagi kita sebagai hamba perlu berusaha sebaik mungkin meningkatkan ketakwaan kita  kepada Allah, membersihkan jiwa dan diri kita, daripada hambatan nafsu yang sering menodai kehidupan  manusia. Bulan Ramadhan ini merupakan satu projek bagi kita benar-benar memukul hawa nafsu kita  setelah syaitan itu dirantai, agar kita berjaya mengenderai nafsu kita dan bukannya kita menjadi binatang  yang sering kali tumpas dengan godaan nafsu.

Saya menyeru seluruh rakyat Negeri Perak untuk kita mengamati sepenuhnya matlamat hadirnya Ramadhan  adalah untuk kita menjadi hamba Allah yang benar-benar bertakwa.

Hadirnya bulan yang mulia dan rahmat ini seharusnya membuatkan kita sebagai hamba juga mensyukuri dan menikmati madrasah Ramadhan agar manusia itu mulia pada sifatnya, dan memberikan rahmat dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan, sesuai dengan penciptaan manusia.

Marilah kita berlumba-lumba meningkatkan amalan baik yang fardhu mahupun sunat, semoga segala perhatian dan penumpuan kita terhadap bulan berkat ini dilihat oleh Allah dan dipermudahkanNya mencapai cinta sejati bertemu Tuhan sekalian Alam.

 

SEMPURNAKAN RAMADHANMU,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H

 

31 Ogos 2014 (Ahad)

UCAPAN RINGKAS HARI KEBANGSAAN KE 57

“DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA”

10610806_849550868403064_46399887006029574_nAlhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana esok genaplah 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Sekali lagi kita sebagai rakyat Malaysia dapat merayakannya dalam keadaan aman, meriah dan bersatu padu.

“Disini Lahirnya sebuah Cinta”

tema Hari Kebangsaan Kita yang ke 57 ini mempunyai maksud yang cukup mendalam untuk kita kupaskan agar talian diantara kita dan Negara ini bertaut rapat dengan segala aspek perbuatan dan pandangan yang menjurus kepada kecintaan kita pada Negara.

Semua rakyat Malaysia sudah tentu berasa bertuah dan bersyukur kerana di dalam masa yang singkat, negara kita telah berjaya mencapai tahap kemajuan yang amat membanggakan. Negara kita juga aman dan mampu menangkis bermacam-macam serangan ke atas ekonomi dan politiknya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dgn Rahmatnya.

Malaysia adalah negara demokratik. Rakyat Malaysia sahaja yang berhak menentukan siapa yang akan memerintah negara bertuah ini. Walaupun agama Islam boleh disalahtafsir untuk menipu rakyat supaya menyokong pihak tertentu, tetapi rakyat semakin sedar akan penyalahgunaan agama.

Sehingga ke hari ini cabaran supaya dijelaskan secara terperinci akan negara Islam yang kononnya hendak didirikan tidak terjawab. Mendakwa bahawa negara Islam yang akan didirikan ialah yang mematuhi ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis tidak dapat diterima kerana Al-Quran dan Hadis tidak menyuruh orang Islam tolak persaudaraan sehingga tidak pun sanggup berjumpa dan berbincang tentang masalah pertahanan umat Islam di Malaysia

Disamping cabaran yang berbentuk keagamaan , Malaysia pada tahun 2014 ini telah di uji ketahanan mental dan fizikal pemerintah menghadapi dugaan yang melanda Negara ini.

Kesedihan kita menghadapi kehilangan Rakyat didalam tragedy MH370 dan MH17 yang cukup memberikan kesan yang mendalam kepada keseluruhan rakyat didalam Negara ini.

Atas kebijaksanaan pemerintah dibawah Barisan Nasional dan dasar diplomatic yang kita amalkan telah memudahkan banyak perkara berhubung penyelesaian , rundingan pihak kerajaan didalam isu ini.

Tragedi Lahat Datu telah meyedarkan kita bahawa keselamatan Negara perlu dipertingkatkan dengan lebih efsien lagi. Pertahanan Negara telah dicerobohi dan menguji sitem pertahana kita , Tetapi jiwa pertiwi yang memperjuangkan kedaulatan Negara ini telah Berjaya mempertahankannya walaupun kita telah kehilangan beberapa orang anggota keselamatan . Mereka ini lah perwira yang sanggp mengadaikan nyawa demi tanah ini.

Syukur Alhamdullilah, kini segalanya telah diuruskan dengan begitu baik sekali, Bukan mudah bagi kita untuk mentafsirkan erti perjuangan untuk Negara ini dengan sebenar perjuangan bukan hanya laungan perjuangan tetapi ditafsirkan dengan rasa kasih sayang kepimpinan terhadap rakyatnya kerana setiap perjuangan meliputi sega yang ada di rohani dan jasmai untuk mendaulatkan Negara ini memerlukan pengorbanan yang jitu.

Walaupun di Malaysia terdapat banyak parti politik tetapi parti pemerintah berjaya dicantumkan 13 buah parti dalam sebuah parti campuran. Kerajaan Malaysia memang berwibawa tetapi kawalan yang rapi perlu diadakan supaya pihak yang menyalahgunakan hak dan kebebasan untuk mencetuskan huru-hara dapat dibendung awal.

Apalah erti sebuah kemerdekaan jika kita lihat sekarang jiwa jiwa tidak merdeka secara jelas dipapar kan di media social dengan sewenangnya. Penghinaan terhadap Negara seakan bukan menjadi kesalahan lagi. Hukuman yang ringan telah membuah hasil sikap tidak sayangkan kepada Negara ini.

Disamping itu negara terpaksa berhadapan dengan globalisasi. Kita tidak nafikan bahawa kemajuan teknologi komunikasi dan kemudahan penerbangan telah menjadikan dunia semakin kecil dan pemisahan antara negara-negara tidak lagi dapat dipertahankan. Janganlah kerana perkembangan teknologi dan kebebasan itu kita gunakan sebagai satu ruang untuk kita menunjukkan bahawa tiada lagi sekatan dan halangan untuk bersuara dan juga menhilangkan perasaan sebenar kita kepada negara ini.

Namun , kemerdekaan Negara ini perlu diertikan sebagai satu penghormatan kepada Negara kita. Tentang perjuangan, pengorbanan, serta mendaulatkan tanah dan pusaka ini agar ianya terus menghasilkan insan insan yang berkualiti serta berjasa kepada Nusa.


“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 57”
 
 
Sekian , Terima Kasih
 
 
YB Dato’ Drs Mohd Nizar Bin Hj Zakaria
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Merangkap ADUN Kawasan Belanja

 

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia!

 

“Selamat Datang” ke blog ini, yang akan menjadi wadah perjuangan untuk kita saling berhubung didalam perbincangan dengan semua pembaca di alam maya berkaitan dengan isu politik tanah air serta sosial. Tujuan blog ini dilahirkan adalah untuk meneruskan perjuangan politik ketuanan melayu dibawah satu panji yang berpayungkan lambang keramat UMNO. Perjuangan kita semakin jauh jika kesetabilan politik tidak di olah dengan baik oleh kepimpinan yang sedia ada sekarang, Perjuangan untuk meneruskan ketuanan melayu perlu di sambung oleh satu generasi yang mementingkan Aliff, Ba dan Ta iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air bukan oleh mereka yang hanya mementingkan pingat, anugerah dan laba untuk di kecapi didalam arena politik dengan meninggalkan agenda yang telah termaktub. Semuga dengan adanya blog ini kita akan dapat mendegar pandangan demi pandangan yang melibatkan kelemahan yang seharusnya di tegur untuk menjamin kesinambungan ketuanan Melayu serta keutuhan UMNO itu sendiri. Kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi membaca serta memberikan pandangan didalam sudut yang disediakan untuk dijadikan panduan. Saya amat menghargai semua pandangan yang bernas dan berfakta serta ikhlas daripada semua pembaca.

 

– PERJUANGAN BELUM SELESAI –

DEMI MENDAULATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

 

White’s plan, saying that he had buy an essay thoughtfully addressed the transition to new standards, assessments, and accountability