Geran Khas Prihatin bagi PKS
Geran khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM 3000 kepada perusahaan kecil dan sederhana. Syarat utama ialah :
1) Jumlah jualan tahunan atau perolehan tidak melebihi RM 300,000
2) Jumlah pekerja kurang dari 5 orang
3) Berdaftar dengan Lembaga hasil dalam negeri Malaysia(LHDNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan( Majlis daerah @ majlis perbandaran) pada 31 Disember 2019. atau berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Pihak berkuasa tempatan SAHAJA pada 31 Disember 2019.

Permohonan Geran Khas ini boleh dimohon mulai 1 Mei 2020 hingga 15 mei 2020 dengan melayari https://gkp.hasil.gov.my

Soalan Lazim GKP – Update 280420 (Terkini) (3)