BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

• Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

• Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022. Sila Klik  untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM.

• Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

  • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

• Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

• Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

 

Log Masuk MyBKM

• Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

• Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

• Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) PENGGALAK (BOOSTER)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-B bermula pada 13 Oktober 2021 susulan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 (JKJAV) Bil. 18/2021 pada 30 September 2021 dalam pemberian dos penggalak kepada penerima yang telah vaksin lengkap. Program ini dijangka melibatkan seramai 23 juta orang di Malaysia.

Anda tidak perlu untuk berdaftar untuk mendapat dos penggalak. Aplikasi MySejahtera akan memaklumkan tarikh janji temu. Anda juga boleh menghubungi fasiliti kesihatan untuk mendapatkan tarikh janji temu untuk mendapatkan dos penggalak.

Senarai fasiliti kesihatan awam boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia di https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 dan senarai fasiliti kesihatan swasta yang terlibat adalah seperti di laman sesawang ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Aplikasi tempahan janji temu bagi dos penggalak akan dilancarkan dalam masa yang terdekat bagi memudahkan masyarakat membuat tempahan dengan lebih efisen. Ikuti laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai PICK Booster.