Menu

BacalahMalaysia

Apple To Expand Live TV Advertising Around New Football Deal, Says Report Utama/MalaysiaMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Pertembungan 4 Penjuru di Parit, Perak

Rebutan kerusi di P.069 Parit, N.39 Belanja, N.40 Bota

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Nizar Zakaria bakal berdepan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Parit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

MohdNizar yang juga penyandang kerusi berkenaan untuk tempoh dua penggal (2008-2013) dan (2018-2022) selain pernah bertanding dan menang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja pada 2013-2018 akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN)-PAS Muhammad Ismi Mat Taib, Nurthaqaffah Nordin dari Pakatan Harapan-Amanah dan Faizol Fadzli Mohamed dari Pejuang.

Ada seramai 47,915 pengundi di Parit, tahun ini.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

Tidak terkecuali saingan empat penjuru turut mewarnai Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Parit iaitu Bota dan Belanja.

Bagi N39–Belanja yang mempunyai 17,767 pengundi menyaksikan calon BN, Khairudin Abu Hanipah bakal ditentang hebat Shaharuzzaman Bistamam (Pejuang), Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin (PN-Bersatu) serta Ahmad Hishamuddin Abdullah (PH-Amanah).

Penyandang kerusi ini, Khairudin menang dengan majoriti undi sebanyak 2,729 pada PRU-14 lalu.

Selaku kubu kuat BN di Perak ini, DUN N.40-Bota terus memperlihatkan penyandangnya, Khairul Shahril Mohamed berusaha untuk mengekalkan kerusi tradisi BN ini walaupun akan ditentang oleh Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-PAS), Usaili Alias (PH-PKR) dan Mohd Shahril Harahab Abdul Halil (Pejuang).

BacalahMalaysia

MENJELANG PRU15: BN Perak Umum Senarai Calon DUN Utama/MalaysiaMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Pertembungan 4 Penjuru di Parit, Perak

Rebutan kerusi di P.069 Parit, N.39 Belanja, N.40 Bota

BacalahMalaysia Team17 hours lepas0 17 satu minit pembacaan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Nizar Zakaria bakal berdepan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Parit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

MohdNizar yang juga penyandang kerusi berkenaan untuk tempoh dua penggal (2008-2013) dan (2018-2022) selain pernah bertanding dan menang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja pada 2013-2018 akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN)-PAS Muhammad Ismi Mat Taib, Nurthaqaffah Nordin dari Pakatan Harapan-Amanah dan Faizol Fadzli Mohamed dari Pejuang.

Ada seramai 47,915 pengundi di Parit, tahun ini.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

Tidak terkecuali saingan empat penjuru turut mewarnai Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Parit iaitu Bota dan Belanja.

Bagi N39–Belanja yang mempunyai 17,767 pengundi menyaksikan calon BN, Khairudin Abu Hanipah bakal ditentang hebat Shaharuzzaman Bistamam (Pejuang), Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin (PN-Bersatu) serta Ahmad Hishamuddin Abdullah (PH-Amanah).

Penyandang kerusi ini, Khairudin menang dengan majoriti undi sebanyak 2,729 pada PRU-14 lalu.

Selaku kubu kuat BN di Perak ini, DUN N.40-Bota terus memperlihatkan penyandangnya, Khairul Shahril Mohamed berusaha untuk mengekalkan kerusi tradisi BN ini walaupun akan ditentang oleh Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-PAS), Usaili Alias (PH-PKR) dan Mohd Shahril Harahab Abdul Halil (Pejuang).

Penganalisis politik tempatan turut berpandangan pertembungan empat penjuru di Parit, Perak, bagi kerusi Parlimen dan kedua-dua DUN sangat menarik walaupun tidaklah disifatkan kerusi panas seperti di Bagan Datuk, Tambun, Taiping, Gopeng dan Tapah.

Menariknya ialah kemungkinan kawasan Parlimen Parit termasuk DUN Bota dan Belanja ini mempunyai kira-kira 90 peratus pengundi Melayu bakal memperlihatkan sejauh manakah kekuatan BN dalam memenangi dan mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan pengundi Melayu.

Walaupun secara tradisinya, PAS dan PKR telah mencabar beberapa kali dalam PRU yang lalu terhadap BN, namun kehadiran calon Pejuang, Bersatu dan Amanah pastinya memecahkan monopoli demografik bagi persepsi geo-politik pengundi Melayu itu sendiri.

Kekuatan personaliti dan pengaruh calon itu sendiri adalah elemen yang dilihat boleh mempengaruhi persepsi pengundi di Parit, Belanja dan Bota, mahu pun kali ini, pengundi baharu pertama kali terutama dalam kalangan anak muda akan mencorakkan pola pemikiran baharu pengundi di sini. – BACALAHMALAYSIA.MY