Menu

BacalahMalaysia

MEMILIH PRU15: Bergerak Sederap Perangi Serangan Fitnah, Infomasi Yang Benar & Sahih Perlu Disebarluaskan Utama/MalaysiaMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Bergerak Sederap Perangi Serangan Fitnah, Infomasi Yang Benar & Sahih Perlu Disebarluaskan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Rakyat terutama pengundi seluruh Parlimen Parit dipohon memerangi serangan fitnah oleh pihak tertentu, sekaligus bergerak sederap menyalurkan infomasi yang benar dan sahih untuk disebarluaskan kepada masyarakat sekeliling.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berharap masyarakat bergerak sederap bagi memerangi sebarang tohmahan, fitnah dan berita yang tidak betul pada saat-saat akhir berkempen.

“Masyarakat perlu memberi informasi yang betul selain jentera parti dalam menerangkan dan memperjelaskan sebanyak mungkin.

“Saya yakin dan percaya masyarakat dan rakyat telah pun tahu bagaimana peranan YB Wakil Rakyat BN bekerja, membantu, mencari ruang dan peluang untuk kita membawa pembangunan infrastruktur termasuk soal membina modal insan di kawasan ini.

“Jadi saya minta masyarakat di Parlimen Parit ini, tekadkan diri, yakin dan percaya bahawa kerajaan BN bukan hanya sekadar bercakap-cakap tetapi paling penting ialah bentuk pelaksanaan yang perlu kita lakukan dari dulu, kini dan selama-lamanya,” katanya ketika ditemui selepas program konvoi kereta dan motosikal dari Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri sehingga Bandar Universiti, Seri Iskandar di Parit.

Mohd Nizar berkata, bagi mereka yang pulang ke kampung, jalankan tugas tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk pulang mengundi serta  berhati-hati di jalan raya termasuk jaga diri dan keselamatan.

Di samping itu, beliau juga menasihatkan jentera parti menjadikan semangat azimat untuk terus bekerja dan tekad diri kita bahawa ingin membawa kelangsungan pembangunan, kejayaan dan  kemakmuran.

“Sistem demokrasi kita di pilihan raya ini sudah semestinya menjurus terarah mandat yang diberikan kepada rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang kuat, stabil dan mampu untuk mengolah bentuk-bentuk kemakmuran, keamanan dan kedamaian, katanya.

Mengenai pengundi baharu, Mohd Nizar melahirkan penghargaan kepada anak-anak muda kerana mereka adalah aset penting di mana usia 18 tahun apabila  berada di gelanggang landskap politik mestilah mempunyai pemikiran untuk memaju demi pembangunan dan memberi sumbangan di kawasan sendiri, negeri dan negara.

Sementara itu, calon kerusi BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed juga menigingatkan seluruh pengundi di Bota supaya menolak perkara yang tidak betul dari segi persepsi dan fitnah.

“Jangan sesekali percaya kerana ia suatu pendekatan yang tidak baik dalam politik yang matang. Insya allah Parit, Bota dan Belanja menjadi milik Barisan Nasional,” katanya.

Bagi calon kerusi BN DUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah menegaskan supaya semua pengundi memberi fokus perkara yang disebarluaskan oleh pihak tertentu.

“Periksa kesahihan dan kebenaran itu (setiap berita) itu yang perlu diperhalusi supaya kita tidak termakan dan tohmahan yang dilemparkan.

“Banyak dakyah-dakyah yang cuba dikelirukan terutama berkaitan dasar kerajaan. Perlu diingatkan kebanyakan dasar dan proses pembangunan oleh kerajaan sudah dilaksanakan, tetapi cuma ada beberapa peringkat perlu melalui proses penambahbaikan dan sebagainya.

Saya menyeru pengundi supaya berhati-hati ketika menerima sebarang infomasi dan selidiki dahulu kesahihan daripada pihak berkenaan.

“Jangan pula kita termakan atau terpujuk dengan tohmahan itu di mana adanya usaha-usaha membantutkan proses pengundian esok pagi.