IPOH: Masih terdapat sebilangan masyarakat awam yang tidak mengetahui mengenai kewujudan fatwa-fatwa mengenai kesihatan, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan mereka sendiri.
13-okt-1

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, lebih membimbangkan apabila wujudkan kumpulan yang menolak vaksin sehingga menyebabkan penyakit berjangkit yang boleh dicegah kini muncul kembali.

Menurut beliau, senario ibu bapa yang enggan membenatkan anak-anak mereka diberi suntikan vaksin kebelakangan ini amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja membahayakan kanak-kanak itu sendiri, bahkan turut menjejaskan generasi masa depan.

“Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi tujuan ini adalah diharuskan oleh syarak, selaras dengan kaedah Fiqhiyyah menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup program Bicara Kesihatan Dari Perspektif Syariah peringkat negeri Perak di INTIM di sini pada Khamis.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Drs Nizar berkata, imunisasi atau pemberian vaksin adalah satu bentuk pencegahan penyakit yang paling berkesan dan `cost effective’.

Menurut beliau, Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia dan sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akan, keturunan dan harta benda.

Sehubungan itu, kata beliau, program-program penerangan perlu diperbanyakkan bagi menyebarkan keputusan-keputusan fatwa yang telah dibincangkan bagi pengetahuan masyarakat awam.

Sementara itu, Dr Juita memberitahu, bilangan mereka yang menolak imunisasi semakin bertambah, berbanding tahun-tahun lalu dan kebanyakan daripada mereka ialah orang Melayu.

One lucky winner will receive a 64gb fourth-generation apple tv, complete with the siri remote for searching your apps and scrolling through itunes, netflix, hulu, and hbo with https://cellspyapps.org/how-to-tell-if-tracking-software-is-on-your-phone/ the new smooth touch surface