IPOH:Perak menjadi lokasi pertama lawatan oleh ketua-ketua duta asing di Malaysia yang mewakili 15 buah negara anjuran Kementerian Luar Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata lawatan dua hari  bermula 6 Febuari lalu merupakan satu peluang baik bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017 yang berlangsung kini.

10 Feb 1

“Kita menerima lawatan daripada duta asing 15 buah negara anjuran Kementerian Luar Negeri dan ia merupakan rombongan terbesar seumpamanya.

“Perak juga merupakan negeri pertama di pilih oleh pihak kementerian bersempena Tahun Melawat Perak 2017,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya lagi, biarpun lawatan hanya dalam tempoh yang singkat namun ia adalah langkah untuk memperkenalkan keunikan negeri ini kepada setiap duta asing tersebut.

10 Feb 2

“Mereka melahirkan ketakjuban mereka mengenai negeri ini alam yang indah, rakyatnya..malah sikap senyum yang ditunjukkan oleh pemandu bas juga bagi mereka menjadi satu tarikan,” katanya ringkas.

Tambah Zambry lagi, ia bukan sekadar mengenai pelancongan tetapi juga peluang untuk melihat potensi negeri ini selain menggalakkan pelancong di negara masing-masing untuk berkunjung ke negeri ini kelak.

“Mereka mungkin lebih banyak masa tertumpu di Kuala Lumpur dan peluang ini jelas memberi mereka kesempatan melihat keindahan negeri Perak,” katanya.

10 Feb 3

Katanya aspek peluang pelaburan turut diperbincangan terutamanya dalam bidang yang boleh diceburi bersama.

Terdahulu ketua-ketua asing daripada 15 negara telah dibawa melawat ke Kuala Kangsar dan didedahkan dengan pelbagai keunikan serta produk pelancongan selama dua hari lawatan itu berlangsung.

Antara wakil negara yang terlibat seperti Fiji, Cambodia, Ecuador dan Nigeria.