Kejayaan Perak Tengah muncul sebagai daerah terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) 2015 adalah hasil kolaborasi yang erat di antara kesemua ahli akademik dan pemimpin setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, resepi kejayaan daerah tersebut adalah hasil nilai fokus dan cermin kecemerlangan yang telah dipasakpateri kukuhkan daripada pelbagai peringkat di bahagian pendidikan.

Menurut beliau, kejayaan daerah tersebut merangkumi tiga bahagian utama penilaian pencapaian UPSR iaitu dari segi kuantiti, kualiti dan Gred Purata Sekolah ( GPS).

“Seramai 162 daripada 1546 calon dari seluruh daerah Perak Tengah telah mendapat keputusan cemerlang iaitu gred A dalam semua mata pelajaran manakala peratusan lulus 100 peratus pada UPSR kali ini.

“Selain itu, daerah Perak Tengah juga mencatatkan peratusan gagal yang paling rendah iaitu sebanyak 38 calon sahaja berbanding dengan kesemua daerah yang lain sekitar negeri Perak,” katanya ketika ditemui Peraknews di pejabatnya pada Khamis.

Memegang wawasan “Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan”, Drs Nizar berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti seminar dan kursus motivasi kepada para pendidik di sekitar daerah manakala kelas tambahan dan pertemuan kerap bersama golongan ibubapa dalam PIBG.

Jelasnya, prestasi peratusan lulus dan cemerlang gred A di sekitar daerah tersebut telah meningkat sejak tahun 2012 dan perlahan-lahan melonjak ke tempat pertama di antara kesemua namun itu bukan penghalang bagi penambahbaikan kualiti pemeriksaan pendidikan strategik dari masa ke masa.

“Saya tidak berseorangan dalam hal ini, kami bersama pemimpin-pemimpin masyarakat, ibubapa dan murid-murid menjadi enjin penggerak memastikan kejayaan mereka dalam UPSR, kami fahami perkara asas iaitu dalam kebersamaan konsep pendidikan telus dan progresif,” katanya lagi.

Selain daripada telahan akademik secara teori, antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan muncul sebagai daerah terbaik adalah pembangunan sahsiah dan kendiri di kalangan murid, penerapan ilmu praktikal yang kritis serta sentiasa mengenalpasti mana-mana permasalahan pendidikan yang boleh diatasi.

Rating 9 out of 10 related posts oceanhorn is my game of the year kami meditative puzzles for ios terraria dig, fight, and build your world the ipad and professionals recharging your batteries popular encounter this here posts slingshot racing simply addictive fun ipad