14-nov-1

IPOH:Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) menunjukkan peningkatan gred purata keseluruhan ialah 1.75 mata iaitu peningkatan sebanyak 1.67 peratus dibandingkan pada tahun 2015 iaitu sebanyak 1.88 mata.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria ia merupakan peningkatan yang cukup baik bagi peperiksaan tahun ini.

14-nov-2

“Jumlah pelajar yang mencapai keputusan tertinggi iaitu memperolehi A dalam semua mata pelajaran, Loghotul Quran, Akhlak dan Sirah, Al-Quran dan Tajwid, Tulisan Jawi dan Khat, Tauhid dan Feqah serta Al-quran dan Hafazan ialah 1,701 orang pelajar dengan jumlah sebanyak 15.2 peratus.

“Jumlah itu meningkat sebanyak empat peratus berbanding tahun 2015 iaitu seramai 1,185 calon,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Katanya lagi, manakala bagi pelajar yang mendapat 5A adalah seramai 1,193 orang dengan jumlah peratusan sebanyak 10.6 peratus dan 4A pula seramai 1,593 orang dengan jumlah peratusan sebanyak 14.5 peratus.

“Manakala bagi calon yang tidak memperolehi sebarang A dalam peperiksaan SRAI pada tahun ini seramai 1,335 orang dengan jumlah peratusannya sebanyak 11.9 peratus,” katanya.

Sementara itu, Madrasatul Hidayah Kampung Selarong dari Daerah Pengkalan Hulu diumumkan sebagai sekolah yang terbaik pencapaiannya dalam peperiksaan SRAI 2016.

“Nasreen Sobirah Shariffuddin dari sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Siddiq Seri Iskandar dengan memperolehi markah tertinggi keseluruhannya,”katanya.

Ujar Nizar lagi, berdasarkan perbandingan gred purata pencapaian mengikut Daerah pula, Daerah Batu Gajah memperolehi pencapaian terbaik dengan gred purata keseluruhan 1.4 mata.

Terdahulu, seramai 11,237 calon telah menduduki Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) bagi tahun 2016 di 247 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini.

In most states, the requirements for teaching about the civil rights movement are grossly inadequate to nonexistent, the civil rights group determined https://silveressay.com/ in its report