27 JULAI: Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital awam seluruh negara yang melebihi 100 peratus ketika ini mencetuskan kebimbangan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)  pengunaan katil bagi pesakit COVID-19 di ICU di hospital awam seluruh negara adalah 104 peratus pada Jun 2021.

“Kita bimbang penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus ini, tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal akan dapat ditempatkan.

“Melihat kepada kes jangkitan COVID-19 melebihi 10,000 kes sehari, adakah kerajaan bersedia untuk menambah kapasiti katil di hospital di seluruh negara seiring pertambahan kes-kes baharu.