Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 yang bertujuan mengadakan peruntukan undang-undang khusus berkenaan wakaf bagi dan membolehkan kerajaan mengawal pelaksanaan wakaf secara berkesan.

Enakmen itu yang diluluskan tanpa bantahan, turut mendapat sokongan beberapa wakil rakyat PAS yang mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara sebab enakmen ini dicadangkan adalah kerana kerajaan belum lagi mempunyai undang-undang khusus berhubung wakaf di negeri ini.

Menurut beliau, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 hanya mengandungi peruntukan am berhubung wakaf mulai Seksyen 78 hingga 84 dan setiap fasal yang menyentuh wakaf diperuntukkan bersekali dengan perkara-perkara lain.

“Peruntukan tersebut sudah tentu tidak memadai memandangkan wakaf telah berkembang dalam konteks yang lebih luas, termasuklah pengenalan instrument wakaf yang baharu seperti wakaf korporat, wakaf tunai dan sebagainya,” katanya ketika membentangkan enakmen itu di Sidang DUN pada Isnin.

Drs Mohd Nizar berkata, enakmen itu juga bertujuan unuk membendung kegiatan pencerobohan tanah atau premis wakaf daripada berlaku dan membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan di bawah undang-undang bertulis.

“Aktiviti pencerobohan merupakan masalah paling utama yang dihadapi oleh kerajaan dalam perkara berhubung wakaf ketika ini, termasuk aktiviti seperti pembalakan dan pengeluaran balak secara haram, pengeluaran tanah dan sumber mineral yang lain,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Enakmen Wakaf (Perak) 2015 telah melalui beberapa peringkat kajian dan saringan, termasuk rujukan kepada beberapa negeri lain yang sudah menguatkuasakan undang-undang khusus mengenai wakaf.

Menurutnya, dengan adanya enakmen itu, masyarakat akan lebih yakin dengan pelaksanaan wakaf di negeri ini dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang sekaligus memberikan galakan kepada masyarakat untuk berwakaf.

It seems that some leading lawmakers, even though congress https://www.silveressay.com is on a spring recess, have been listening