KPDNHEP Perlu Tegas Elak Manipulasi Harga Barang

23 JUN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu tegas menjalankan penguatkuasaan bagi mengelakkan mana-mana pihak memanipulasi harga barangan keperluan susulan pemansuhan subsidi minyak masak botol dan harga siling ayam serta telur bermula 1 Julai ini.

Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata perkara ini penting bagi memastikan rakyat tidak panik dan diambil kesempatan oleh pihak tertentu susulan pengumuman kerajaan itu.

“KPDNHEP perlu tegas supaya peniaga tidak sesuka hati meletakkan harga hingga menekan pengguna. Jika ada pihak yang memanipulasi harga, KPDHEP perlu segera bertindak dengan tegas,” katanya kepada BBC Portal.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambahan bayaran kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), mengekalkan subsidi minyak masak kampit serta penamatan subsidi minyak masak botol bermula 1 Julai ini.

Menyentuh soal pengumuman bayaran tambahan kepada penerima BKM, Mohd Nizar menyifatkan perkara tersebut sesuatu yang melegakan ketika rakyat sedang berdepan cabaran kos sara hidup.

KPDNHEP Perlu Tegas Elak Manipulasi Harga Barang

SANA SINIDikemaskini pada 23, Jun 2022

Kongsikan

23 JUN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu tegas menjalankan penguatkuasaan bagi mengelakkan mana-mana pihak memanipulasi harga barangan keperluan susulan pemansuhan subsidi minyak masak botol dan harga siling ayam serta telur bermula 1 Julai ini.

Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata perkara ini penting bagi memastikan rakyat tidak panik dan diambil kesempatan oleh pihak tertentu susulan pengumuman kerajaan itu.

“KPDNHEP perlu tegas supaya peniaga tidak sesuka hati meletakkan harga hingga menekan pengguna. Jika ada pihak yang memanipulasi harga, KPDHEP perlu segera bertindak dengan tegas,” katanya kepada BBC Portal.

Datuk Nizar Zakaria

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambahan bayaran kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), mengekalkan subsidi minyak masak kampit serta penamatan subsidi minyak masak botol bermula 1 Julai ini.

Menyentuh soal pengumuman bayaran tambahan kepada penerima BKM, Mohd Nizar menyifatkan perkara tersebut sesuatu yang melegakan ketika rakyat sedang berdepan cabaran kos sara hidup.BERITA YANG BERKAITAN

Keputusan STAM diumum 30 Jun23, Jun 2022

48,800 pelatih ikuti pengajian TVET KPLB23, Jun 2022

Agong selesai jalani prosedur intervensi sendi buku…23, Jun 2022

“Pengumuman perdana menteri itu bukti beliau prihatin terhadap kemaslahatan rakyat sekaligus memadamkan isu-isu yang tidak tepat diviralkan sebelum ini. Ini melegakan rakyat.

“Saya yakin perdana menteri sebagai seorang bekas menteri KPDNHEP sudah tentu sangat arif dengan isu harga barang keperluan,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata kerajaan wajar mempertimbangkan untuk mengembalikan program bakul makanan untuk diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan.

“Saya harap kerajaan pertimbangkan ini untuk diberi kepada semua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk diagih kepada rakyat di Parlimen kita secara bersasar.

“Keadaan ekonomi semasa sangat meruncing hari ini membuatkan ramai yang terjejas tidak terkecuali rakyat di Parlimen saya di Kedah ini,” katanya.Tambahnya, “saya mengalu-alukan bantuan tambahan yang diumumkan perdana menteri kepada penerima BKM. Semoga ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan.” – Oleh NUR EISYA

Pengeluaran durian Perak menurun 50 peratus

PARIT – Pengeluaran buah durian di Perak menurun 50 peratus musim ini berikutan faktor cuaca yang tidak menentu sejak awal tahun selain kekangan tenaga kerja ladang.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Norsiyenti Othman berkata, daerah Larut Matang dan Selama menjadi penyumbang utama pengeluaran raja buah itu di negeri ini selain Hulu Perak, Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Manjung.

“Penyusutan pengeluaran dikesan apabila Januari hingga Mac yang sepatutnya musim panas, tetapi tahun ini kerap hujan, berangin dan ribut menyebabkan bunga dan putik buah banyak gugur.

“Selain itu, pemilik dusun durian mengalami kekurangan pekerja selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kerja penyelenggaraan pokok terganggu selain berhadapan gangguan musuh tanaman seperti kera,” katanya.

Beliau ditemui pada Kempen Amalan Kawalan Perosak Tanaman Bersepadu (IPM) yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria di Parit 2 di sini pada Selasa.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan berlakunya kenaikan harga buah berkenaan, namun masih dalam keadaan terkawal mengikut jenis durian.

“Pokok mengeluarkan hasil pada Mei hingga penghujung Ogos dengan akhir bulan ini adalah waktu puncak pengeluaran hasil.

“Bekalan kurang akan berlaku sedikit kenaikan harga namun setakat ini, durian kampung dilihat dijual pada harga antara RM6 hingga RM15 sekilogram,” katanya.

Norsiyenti berkata, Perak adalah negeri keempat pengeluar durian dalam negara membabitkan kawasan seluas 5,498.5 hektar dengan pengeluaran sebanyak 36,223.9 tan metrik yang dicatatkan tahun lalu.

Sementara itu, Mohd Nizar ketika ditemui berharap agar kelompok pesawah di Parlimen itu melibatkan kawasan seluas 7,400 hektar segera diletakkan di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

“Menempatkan kelompok ini di kawasan jelapang padi memudahkan mendapat peruntukan disediakan di bawah agensi itu.

“Difahamkan proses itu sudah berada di fasa terakhir sebelum dibawa di peringkat kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan kita berharap ia dapat berlaku dengan cepat,” katanya

BN Perak dijangka ketengah calon muda

SERI ISKANDAR: Barisan Nasional (BN) Perak dijangka mengenengahkan muka baharu, khususnya golongan muda sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pemilihan golongan muda sebagai calon parti berikutan melihat kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor lalu yang mengenengahkan golongan itu.

Katanya, tidak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikekalkan kerana ada yang berkemungkinan perlu diganti dengan calon lain.

“Perkara itu bergantung kepada keadaan (mengekalkan ADUN ketika ini) sebab kita tiada jaminan sama ada yang sedang menjadi ADUN akan terus kekal kerana kemungkinan ada yang terpaksa digantikan.

“Kita perlu mengambil contoh seperti yang berlaku di Melaka dan Johor iaitu perlu menonjolkan muka baharu, khususnya orang muda,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Jentera BN PRU-15 Bahagian Parit di Dewan Serbaguna Seri Iskandar, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Saarani yang juga Menteri Besar berkata, BN negeri juga sudah mula mendapatkan senarai cadangan nama calon daripada setiap bahagian yang akan mewakili parti itu pada PRU-15.

“Dalam tempoh sama, kita perlu membuat kajian dan juga saringan daripada pihak berkaitan supaya calon yang kita pilih nanti adalah mereka yang boleh memenangkan BN,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nizar yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit berkata, mereka sudah bersedia dan melakukan persiapan dengan komitmen ahli serta jentera parti bersama komponen UMNO, MCA dan MIC untuk menghadapi PRU-15.

“BN Parit juga giat mendekati anak muda, khususnya mereka berusia 18 tahun ke atas yang juga pengundi baharu kali ini.

“Mereka sudah layak mengundi dan kita sentiasa mengingati serta bersama dengan mereka. Saya harap khususnya kepada anak muda supaya dapat memahami senario dan landskap politik.

“Ini bukan perkara biasa, tetapi adalah hak bagi menentukan kuasa kerajaan yang memerintah mempunyai satu dimensi dan hala tuju jelas untuk membangunkan negeri dan negara,” katanya.

BN Parit pergiat persiapan menang mandat rakyat

PARIT – Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit mempergiat segala persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk strategi memenangi mandat rakyat.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, pihaknya akan memberi tumpuan lebih kepada pengundi muda 18 tahun yang telah diberikan kelayakan mengundi pada PRU depan.

Menurutnya, pendekatan politik yang tepat diperlukan bagi menarik sokongan anak muda agar mereka lebih memahami aspek demokrasi serta pilihan raya

“Saya harap anak muda dapat memahami senario landskap politik.

“Ini bukan perkara yang biasa, tetapi berkaitan hak bagi menentukan kuasa kerajaan yang memerintah mempunyai satu dimensi dan hala tuju yang jelas untuk membangunkan negeri dan negara.

“Kerana itu mereka berusia 18 tahun yang sudah layak mengundi ini perlu disantuni, sentiasa diperingatkan dan kita ada bersama dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran Jentera BN Parlimen Parit yang disempurnakan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Serbaguna Seri Iskandar di sini pada Selasa.

Ahli Parlimen Parit itu yakin, BN dapat mengekalkan episod kemenangan di kerusi Parlimen Parit dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bota dan Belanja seperti PRU14.


沙拉尼:霹国阵支持今年大选

巴力22日讯)霹州国阵同意第15届全国大选应当即刻在今年举行。

国阵霹州主席拿督斯里沙拉尼指出,霹州国阵为第15届全国大选展开的准备工作已达到最高水平,包括备好参选的候选人名单。

他表示,霹州国阵已在每一个国会选区启动竞选机制,确保每一个阶段包括基层都做好准备应对来届全国大选。

“(第15届全国大选)应该在今年举行,再加上我们也希望在今年举行。我们目前已从各选区区部获得提名的候选人名单。”

他也是霹雳州务大臣,于周二(21日)晚上在斯里依斯甘达多元用途礼堂,出席巴力区部启动竞选机制推介后,在记者会上,如是指出。

沙拉尼也指,在决定候选人名单过程中,领导层会展开探讨及“过滤”工作,以便能确保该名候选人能为国阵带来胜利。

他也透露,参考国阵在过去马六甲及柔佛州补选中派出年轻新脸孔后报捷结果得出,霹雳国阵正斟酌派出更多年轻候选人在来届大选代表上阵。

“没有任何保证目前正担任州议员的人士,会永远持续在这个位置,他们也有可能会被代替。”

与此同时,他也指,巴力国阵国会选区的竞选机制是国阵在州内24个国会选区中,第6个启动机制的选区。

“我们会在每周末晚上推介启动机制,直至国会解散,这就是象征著我们已经做好准备。”

在第14届全国大选,霹州国阵在上阵的24国会选区中,赢取11。当中10席由巫统上阵,剩馀1席为国大党席位;另外,在上阵的59个州席中,国阵在27个州选区报捷,全由巫统上阵

Mamogram, Saringan Kanser Serviks Percuma Untuk Wanita Sarawak

MIRI- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak meneruskan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WcaRe) bagi mengesan awal kanser reproduktif sempena program Jelajah KASIH Keluarga Malaysia di sini.

Pengerusi LPPKN, Dato’Mohd Nizar berkata kempen tersebut merupakan inisiatif di bawah Program Subsidi Ujian Mamogram dan Program Subsidi Ujian Mamogram dan Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) Yang ditawarkan kepada wanita seluruh negara untuk menggalakkan mereka menjalani ujian pengesahan awal kanser payudara dan kanser serviks.

“Kita mensasarkan seramai 5,500 orang wanita di sarawak yang akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Mamogram manakala bagi 5,000 orang wanita bagi Program Saringan Kanser Serviks secara percuma.

“Kempen WCaRe menunjukkan komitmen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui LPPKN sebagai usaha untuk menambah pengetahuan dan meningkat kesedaran mengenai kanser reproduktif kaum wanita.” katanya semasa berucap dalam kempen WCaRE Sempena Program Jelajah KASIH Malaysia di Balai Raya Kampung Masjid Kuala Baram, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukor dan Pengarah LPPKN Negeri Sarawak, Shahriah Saharom.

Menurut beliau, LPPKN turut menyediakan kemudahan pengangkutan kepada peserta wanita dari Kampung Masjid Kuala Baram Ke Columbia Asia Hospital Miri untuk menjalani ujian HPV DNA dan Mamogram bagi menggalakkan wanita hadir semasa kempen tersebut.

Sebanyak 50 baucer saringan percuma HPV DNA dan Mamogram telah diserahkan kepada Jawatankuasa Wanita Kampun Masjid Kuala Baram dan Persatuan Sokongan Kanser Payudara Miri (PERSOPAM) untuk dimanfaatkan golongan wanita setempat.

Beliau turut menyeru golongan wanita untuk merebut peluang bagi menjalani Saringan HPV DNA dan Mamogram supaya penyakit tersebut dapat dicegah lebih awal.

Selain menerusi perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak, wanita yang ingin menjalani pemeriksaan boleh berkunjung ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN Negeri Sarawak di Kuching, Sibu dan Miri.

Ismail Sabri calon PM bukti kesepakatan UMNO

IPOH – Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan tidak berlaku sebarang pertelingkahan antara pimpinan tertinggi parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, keputusan itu juga menjadi bukti kepimpinan UMNO masih teguh bersatu.

Menurutnya, kesepakatan itu menunjukkan komitmen pimpinan utama parti dalam memastikan agenda membantu dan membela rakyat diteruskan.

“Sokongan yang diberikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan desas-desus kononnya berlaku dominasi antara mereka.

“Perkara ini merupakan keputusan terbaik UMNO daripada setiap dimensi sekali gus membantu parti merancang hala tuju termasuk kesiapsiagaan berhadapan PRU nanti,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Mohd Nizar berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang mempunyai kelebihan dalam konteks semangat berasaskan Perlembagaan demi kestabilan parti dan negara.

“Kita bermula dari akar umbi sampai ke pucuk pimpinan memahami bahawa UMNO lebih mengutamakan kestabilan parti dan negara. Inilah formula sebenar UMNO.

“Disiplin tinggi bermula dari peringkat cawangan, bahagian, Perhimpunan Agung UMNO dan MKT ini yang membentuk satu keputusan selari dengan mengambil kira segala bentuk kepentingan parti dan pandangan ahli,”