Politik Khidmat Bakti UMNO/BN Berterusan Demi Rakyat – Mohd Nizar

IPOH, 25 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria memaklumkan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dalam menjalankan politik khidmat bakti kepada rakyat bagi memastikan agenda dokongan tersebut dilaksana berterusan.

Katanya, mengambil kira daripada itu pelbagai pembangunan juga telah dilaksana berdasarkan keadaan setempat dalam memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian.

“Kita menangani isu-isu yang berlaku itu sebaik mungkin, berada dalam suasana luar bandar keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh masyarakat dan rakyat yakni dalam bentuk pembangunan alhamdulillah setakat ini kita selesai.

“Cukup lama perjuangan kita untuk mendapatkan hospital. Alhamdulillah ianya sedang dilaksanakan, begitu juga dengan Jalan Parit-Siputeh ianya sedang dilaksanakan, Jambatan Lambor telah pun siap.

“Itu merupakan sebutan-sebutan ketika berlakunya pilihan raya, perkara yang dijanjikan dahulu dalam perancangan semuanya telah berjaya hasil kerjasama wakil-wakil rakyat dalam Parlimen Parit, kepimpinan parti dan juga sokongan padu daripada rakyat yang memilih kita,” katanya ketika ditemui secara eksklusif bersama UMNO Online baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit turut meluahkan keyakinan bahawa rakyat akan sekali lagi memberi kepercayaan kepada UMNO/BN untuk terus berkhidmat kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Jelas Mohd Nizar ini kerana pelbagai strategi yang dilakukan beliau untuk mendekati masyarakat termasuk menggunakan pendekatan menerusi aktiviti-aktiviti dan penggunaan media sosial bagi menjelaskan berkenaan perkembangan isu-isu semasa di peringkat nasional, negeri dan kawasan.

“Dengan usaha yang begitu keras strategi tersusun insya-Allah pada PRU-15 nanti kita akan mengekalkan kerusi kerana dari segi gerak kerja menerusi majlis, perjumpaan, media sosial termasuk juga UMNO Online sendiri, Penerangan UMNO Malaysia itu manfaat yang kita sebarkan.

“Maklumat-maklumat tersebut cukup terperinci dan isu-isu itu bagi masyarakat kampung ia tidak begitu agak berat tetapi apabila tempoh pilihan raya berlaku maka bila adanya sesi-sesi ceramah maka di situlah dimomokkan isu yang berlaku untuk meraih simpati dan sebagainya,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa UMNO/BN ternyata satu-satunya parti yang mempunyai pengaruhnya dan pengalaman tersendiri di dalam membina negara ini sehingga ke tahap membanggakan.

Jelas bekas ADUN Belanja itu lagi, parti mempunyai pemimpin yang berkredibiliti malah ianya memberi signifikan tersendiri dalam memastikan agenda memperkasa rakyat terus menjadi pendekatan utama buat parti keramat ini.

“Kita telah menempuhnya sebanyak 14 kali pilihan raya dan ianya telah melahirkan pemimpin dan menubuhkan sebuah kerajaan baik di peringkat Persekutaan dan Negeri sehingga kita mengolah membangun negara bangsa ini. Rakyat kena memahami negara kita ini membangun bukan hanya datang sebegitu sahaja tetapi melalui sistem dan pola pemikiran, acuan kita sendiri.

“Secara tidak langsung semua orang faham bahawa UMNO/BN merupakan sebuah parti yang mampu untuk mengurus mentadbir, memerintah, menjadi kerajaan dan ia tidak dapat dinafikan dalam bentuk perancangan-perancangan contohnya Rancangan Malaysia Ke-1 sehingga ke-12 secara teratur dan tersusun.

“Jadi saya harap pengundi khususnya di dalam Parlimen Parit, DUN Bota dan Belanja bahkan seluruh negara memberi sokongan yang padu kepada calon BN pada PRU-15 untuk kita terus melonjak ke persada yang lebih tinggi lagi,” ujar Nizar. – UMNO Online

IPCC 2020 Perkukuh SOSMA

26 JULAI : Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 disifatkan satu keperluan yang mampu memperkukuh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sekiranya berlaku sebarang salah laku terhadap suspek yang ditahan di bawah SOSMA, aduan boleh dibuat untuk siasatan lanjut.

“Saya menyokong IPCC ini kerana pada saya dengan adanya IPCC ini kita boleh memperkukuh SOSMA. Kita selalu dengar apabila suspek ditahan bawah SOSMA selalu dibangkitkan cerita berkenaan mereka diherdik atau ditekan.

“Dengan IPCC orang faham sekiranya berlaku penganiayaan sewaktu tahanan maka ada tempat untuk mengadu.

“Saya percaya jika yang ditahan itu dianiaya, peguamnya akan membuat aduan,” katanya ketika mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 di Dewan Rakyat, petang ini.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membentangkan RUU IPCC 2020 bacaan kali kedua itu berkata IPCC 2020 bertujuan untuk mempertingkat integriti, mengurangkan salah laku dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

Dalam pada itu, Nazri berkata tidak adil untuk menghukum keseluruhan pasukan polis bagi kesalahan segelintir kecil anggotanya.

“Saya tidak nafikan mungkin ada seorang dua anggota polis melakukan perkara yang boleh dianggap menyalahguna kuasa tapi sebab beberapa orang ini tidak bolehlah kita kata seluruh pasukan polis kaki buli atau kaki menyalahguna kuasa.

“Ia tidak adil kepada majoriti polis. Jadi dengan adanya saluran ini kita boleh buat aduan maka kita boleh menjaga nama baik polis yang menjalankan tugas dengan baik sekali,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menyifatkan RUU IPCC 2020 perlu disegerakan dan diluluskan sebulat suara bagi memartabatkan integriti polis.

“Perkara utama dan penting yang kementerian perlu pastikan adalah IPCC ini benar-benar bebas, telus dan berintegriti. Saya tidak mahu IPCC yang dibincangkan hari ini gagal seperti IPCMC yang terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Tambahnya kerajaan juga perlu mengambil berat soal kebajikan anggota polis .

“Kerajaan perlu turun berjumpa wakil-wakil PDRM secara berkala untuk mendengar keluhan dan pandangan mereka soal kebajikan, pembangunan serta perkara-perkara lain.

Datuk Mohd Nizar Zakaria

“Tidak ada maknanya jika IPCC ditubuhkan tapi perkara mengenai kebajikan anggota polis tidak dijaga dan disusun rapi.Kebajikan yang kukuh satu cara membanteras anggota terjebak kegiatan rasuah,” katanya.

RUU IPCC 2020 adalah bgi menggantikan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dibantah sebelum ini kerana memperuntukkan kuasa kepada suruhanjaya terbabit untuk menyiasat, menentukan dan mengambil tindakan terhadap individu dituduh.

RUU IPCC 2020 melakukan penambahbaikan dengan pengasingan kuasa di mana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan dan mengesyorkan tindakan tatatertib manakala tindakan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis. – Oleh NUR EISYA

MOTAC Bekerjasama Dengan TH, JAWHAR Atasi Penipuan Badal Haji

26 JULAI : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sentiasa bekerjasama dan telah pun mengemukakan pandangan kepada Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi merangka langkah-langkah yang boleh diambil bagi penguatkuasaan yang teratur dan berkesan untuk mengelakkan penipuan perkhidmatan badal haji.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukry berkata, pada masa ini, MOTAC tidak mempunya kuasa untuk mengawal selia terhadap harga untuk Badal Haji ini memandangkan urusan haji bagi jemaah dari Malaysia adalah di bawah bidang kuasa dan seliaan TH serta JAWHAR sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Untuk pakej umrah, MOTAC ada mengeluarkan harga rujukan berdasarkan ciri-ciri tertentu pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan seperti tempoh perjalanan, jarak hotel dengan masjid, taraf hotel, kelas penerbangan dan sebagainya.

“Ini kerana pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan ini adalah bagi perkhidmatan di bawah seliaan MOTAC.

“Tetapi, Badal Haji ini adalah berbeza. Oleh itu, saya rasa pertanyaan Yang Berhormat ini lebih sesuai diberi maklum balas oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerana syarat-syarat terperinci mengenai Badal Haji adalah diketahui oleh agensi di bawah seliaan beliau.

“Akan tetapi, peringatan dan kesedaran terhadap faktor-faktor ini sentiasa diwar-warkan oleh agensi-agensi Kerajaan, termasuk MOTAC,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Bagaimanapun menurut Nancy lagi, jika penipuan itu dilakukan oleh syarikat yang berlesen dengan MOTAC, kementerian boleh menggunakan kuasa yang ada

di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], untuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat terbabit.

“Tetapi sekiranya perkhidmatan itu ditawarkan oleh syarikat pengendalian

pelancongan yang tidak berlesen dengan MOTAC, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 5(2), Akta yang sama,” ujarnya lagi.

Nancy turut menjelaskan, sekiranya penipuan tersebut dilakukan oleh individu, pihak terkesan boleh membuat laporan polis agar siasatan boleh dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pada masa yang sama, bagi pemulangan wang, ia perlu dilaporkan kepada kepada pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan ‘award’ atau bayaran ganti rugi,” katanya.

SPNB optimis siapkan 3,000 Rumah Mesra Rakyat menjelang September

SEREMBAN: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) optimis untuk menyiapkan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara menjelang September ini sekali gus memastikan individu kurang berkemampuan mampu memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Bukan Eksekutif SPNB Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata sehingga Jun lepas, pihaknya telah mengeluarkan kesemua inden kepada kontraktor dan hanya menunggu kerja pembinaan yang perlu disiapkan dalam tempoh tiga bulan

“Mungkin juga ada (tempoh) yang terlebih dalam empat ke lima bulan, itu kita akan bantu dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

“Ketika ini kerja pembinaan sedang berjalan, kita akan pantau keadaan tersebut supaya RMR akan terus dilaksanakan.

“Jika mana-mana kontraktor ada masalah, mereka boleh jumpa pegawai kita untuk bincang bagi memastikan impian masyarakat memiliki rumah idaman mereka menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak rumah RMR di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata hampir 150 daripada keseluruhan 6,900 unit RMR di seluruh negara terbengkalai sejak tahun lepas disebabkan kesan pandemik COVID-19, kenaikan harga bahan binaan serta masalah kontraktor yang gagal meneruskan kerja pembinaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 60 unit rumah terbengkalai adalah di Negeri Sembilan yang sedang difokuskan SPNB untuk diselesaikan ketika ini.

Mohd Nizar berkata terdapat beberapa kontraktor terpaksa ditamatkan pelantikannya sehingga menjejaskan tempoh masa menyiapkan RMR terbabit kerana perlu mencari kontraktor baharu bagi memastikan pembinaan dapat diteruskan

Jelasnya kenaikan harga pembinaan yang dihadapi seluruh negara pada penghujung tahun lepas juga menyebabkan beberapa inden dikembalikan kontraktor kepada SPNB sekali gus memberi kesan kepada pemohon yang menandatangani perjanjian pada tempoh tersebut.

“Masalah kontraktor ini kadang-kadang sampai lima ke enam kali kita tukar, mereka tak nak buat kita ganti sehingga ada yang boleh buat.

“Kita juga berbincang dengan kementerian mengenai harga bahan binaan, bagaimana kaedah memulihkan dan buat penyelarasan.

“Alhamdulillah pihak kementerian bantu kita, contoh kalau dulu isu pembayaran kepada kontraktor kita buat sebanyak dua kali sehingga projek siap, tapi sekarang kita bayar tiga kali supaya dapat bantu kontraktor yang ada masalah kewangan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada peningkatan nilai bagi RMR berlaku memandangkan kos setiap unit rumah berkenaan yang berjumlah RM75,000 telah ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, jelas Mohd Nizar SPNB telah mendapat kelulusan untuk penyelarasan saiz keluasan rumah berkenaan yang akan dikecilkan sedikit berbanding sebelum ini bagi menyelesaikan isu kenaikan kos bahan binaan.

“Penyediaan pemilikan rumah mampu milik yang selesa untuk Keluarga Malaysia merupakan agenda utama SPNB menerusi gagasan ‘Malaysia Berdaya Huni’,” katanya.– BERNAMA

Ahli Parlimen Parit dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif SPNB Baharu

Kuala Lumpur, 20 Julai ( Bernama ) – Ahli Parlimen Parit Datuk Mohd Nizar Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) yang Baharu berkuatkuasa 15 Julai Lepas.

SPNB dalam kenyataaan Hari ini memaklumkan lantikan Mohd Nizar itu adalah menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha Yang telah memegang jawatan itu sejak 2 April, Tahun Lepas.

Menurut kenyataaan itu, Mohd Nizar memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam Dari Universiti Utara Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dari Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol di Sumatera Barat, Indonesia.

Selain Memegang portfolio sebagai Ahli Parlimen, Mohd Nizar juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam Dan Pembangunan Sahsiah Perak, Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, Serta Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Parit.

“Kami Mengalu-alukan Pelantikan Pengerusi baharu SPNB dalam Barisan Kepimpinan Syarikat dan berharap beliau Akan Dapat menyuntik semangat SPNB untuk terus mencapai Kecemerlangan Di masa hadapan”. Menurut kenyataaan itu.

Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Pengakap Raja 2022

IPOH, 16 Julai (Bernama) – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat Dan Sijil Pengakap Raja 2022 Hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Darul Seri Saarani Mohamad Dan Pemangku Ketua Pengakap Negara Merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohamad Zin Bidin Pada Majlis Yang diadakan Di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada Majlis itu seramai 93 orang Pemimpin Pengakap di semua peringkat menerima bintang Dan Pingat persekutuan Pengakap Malaysia atas komitmen Dan amanah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk memimpin organisasi masing – masing

Dalam ucapannya, Mohd Zin memaklumkan seramai 222 Ahli Pengakap Perak telah lulus dengan cemerlang Dan mendapat pengiktirafan sebagai Pengakap Raja bagi lulusan 2019 Dan 2020

“Pengurniaan Bintang Dan Pingat ini merupakan pengiktirafan Yang tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia atas komitmen Dan amanah Yang dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk memimpin organisasi serta melatih Ahli – Ahli Pengakap

“Khidmat sebegini selari dengan Apa terkandung Dalam Persetiaan pengakap iaitu taat kepada Tuhan , Raja Dan Negara, menolong orang pada setiap masa Dan menurut undang -undang Pengakap,” Katanya .

PAC panggil MB Johor jadi saksi kes tukaran tanah MINDEF

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hadir memberi keterangan sebagai saksi bagi prosiding tukaran tanah Kementerian Pertahanan (MINDEF), semalam.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata Onn Hafiz menjadi saksi keempat pada prosiding itu selepas pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengenai pembabitannya dalam projek pembinaan Kem Paloh di Kluang mulai 2016 dengan kaedah tukaran tanah (land swap).

Beliau berkata, pada prosiding diadakan di Pejabat Daerah Kluang, Johor itu, Onn Hafiz hadir atas kapasiti sebagai mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan dari 2013 hingga 2018, dan siasatan PAC menjurus kepada peranan dimainkan beliau dalam cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang mulai 2016.

“Hadir sama memberikan penjelasan dan keterangan di hadapan PAC adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Shahrazat Ahmad,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Prosiding berkenaan bermula jam 4 petang dan berakhir dua jam kemudian. Pada sebelah pagi sebelum prosiding bermula, PAC melawat Kem Paloh seluas kira-kira 26.31 hektar bagi meninjau perkembangan pembinaan kem berkenaan yang dibangunkan bagi menempatkan Markas 33 Rejimen Artileri Diraja (33 RAD) dan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Sebelum ini, saksi yang dipanggil PAC membabitkan prosiding tukaran tanah itu termasuk Pengerusi JKSTUPKK, Tan Sri Ambrin Buang pada 16 November 2020 ; Muez (30 November 2020) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Disember 2021.

Kah Woh berkata, projek tukaran tanah dan pembinaan baharu bermula pada 2012, membabitkan tukaran tanah kem asal di Kem Kinrara, Selangor seluas 38.04 hektar; pembinaan fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan, Negeri Sembilan dan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, katanya, pada 2016, cadangan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan ditukar menjadi cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang.

“PAC akan meneliti semua keterangan dan memuktamadkan laporan PAC bagi isu ini,” katanya.