Letak Calon Kalah 2 Kali, PAS Hanya Cuba Nasib – Niza

SERI ISKANDAR: PAS hanya mencuba nasib untuk meletakkan calon yang kalah dua kali di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, kata ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah sebelum ini menewaskan Dr Najihatussalehah Ahmad di kerusi Parlimen Parit pada PRU12 dengan undi 2,873.

Beliau sekali lagi menumpaskan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak itu yang kini dicalonkan sebagai calon PAS Kuala Kangsar di kerusi DUN Belanja dengan majoriti 2,963 undi pada PRU13.

Drs Nizar berkata, pencalonan bekas tandingannya itu adalah satu percaturan pucuk pimpinan PAS Perak yang meletakkan calon yang pernah kalah sebanyak 2 kali bertanding di kawasan baru.

“Bila dia dah kalah dua kali, maksudnya dia tidak diterima masyarakat di kawasan tersebut tapi PAS lihat bersesuaian, maka mereka letakkanlah dia mencuba di kawasan baru pula,” katanya kepada Suara Perak ketika ditemui di IKBN Seri Iskandar pada Sabtu.

Tambah beliau, kredibiliti Dr Najihatussalehah perlu dilihat dari segi komunikasi beliau di Kuala Kangsar yang sebelum ini tidak pernah mengenalinya sebagai seorang pemimpin.

“Untuk menjadi pemimpin, perkara paling penting adalah dia kena tahu selok-belok kampung dan apa masalah, apa yang perlu diperbaiki untuk orang kampung.

“Kena tahu apa jenis pembangunan yang diperlukan,sekarang ini dia adalah tetamu baru jadi dia kena selak ‘buku baru’,”ujarnya.

Semalam, Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad diumumkan sebagai calon PAS bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Pengumuman itu dibuat sendiri Timbalan Presiden PAS, Tuan Datuk Ibrahim Tuan Man dihadapan ahli PAS dan masyarakat yang hadir di Markas PAS Kuala Kangsar.

Hati-Hati Terima Maklumat Di Media Sosial

IPOH – Umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan maklumat yang diperolehi daripada media sosial, lebih-lebih lagi yang melibatkan akidah dan keselamatan.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, di dalam zaman ledakan maklumat sekarang, pelbagai isu berlegar di alam maya, termasuk yang bersifat fitnah.

Menurut beliau, kegagalan untuk menganalisa dan menerima tanpa usul periksa segala maklumat yang diterima, dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan merosakkan suasana harmoni di negeri dan negara.

“Jika ada keraguan, eloklah dapatkan penjelasan mengenai kesahihan maklumat daripada pihak berkenaan, khususnya jabatan dan agensi berkaitan, di samping tokoh-tokoh yang berwibawa dan berintergriti,” katanya kepada Suara Perak selepas menyampaikan Ucaptama dan Perasmian Seminar Perbandingan Pendidikan Badiuzzaman Said Nursi di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

 Drs Nizar berkata, soal akidah umat Islam dan keharmonian negeri serta negara tidak boleh dikompromi, sebaliknya perlu sentiasa disuburkan supaya ia terus kekal sampai bila-bila.

 Terdahulu, di dalam ucapannya, beliau menasihatkan umat Islam supaya terus menimba ilmu, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat untuk melahirkan modal Insan yang berilmu dan beramal.

 Beliau berkata, gerakan dakwah atas pelbagai nama berasaskan Kitab Risalah An-Nur nukilan Imam Badiuzzaman Said Nursi telah berkembang ke seluruh dunia dan semakin menjadi perhatian ramai, termasuk dari yang bukan beragam Islam.

 Menurut Drs Nizar, risalah An-Nur ini juga semakin banyak dikaji dan diwacanakan oleh para intelektual yang terdiri daripada yang Islam dan bukan Islam.

 Badiuzzaman Said Nursi adalah antara tokoh Islam yang paling berpengaruh di dunia untuk abad ke – 20 dan semakin berpengaruh memasuki abad ke – 21 ini.

 Drs Nizar berharap dengan penganjuran seminar buat kali ke – 2 di Perak itu, akan memberi impak kepada penghayatan iman dan komitmen kepada penghayatan Islam di negeri ini.

The sprout fund goldessayclub.com/ provided $15,000 in seed money to get the project off the ground

Warga Emas Jaga OKU, Cucu Yatim Piatu Dapat Rumah Baharu

PARIT:“13 tahun kami menunggu sebuah rumah tempat kami berteduh, akhirnya doa kami dikabulkan,” kata Jamaluddin Ali Mat Piah.

 Jamaluddin, 72 yang merupakan seorang warga emas di Kg Bukit Padang, Changkat Banjar adalah penerima pertama rumah Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2016.

629c40_2ce0f982acaa4418a9713dc55baff36f

Katanya, sebelum ini sudah berbelas tahun mereka memohon untuk mendapatkan sebuah rumah baharu, namun hanya baru-baru ini pihak TNB mengambil inisiatif untuk membantu keluarganya.

 “Sebelum ini, kami tidur berbumbungkan atap rumbia dan berlampukan bulan sahaja, kerana rumah sudah cukup usang untuk kami empat beranak.

 “Apa yang diberikan oleh TNB ini merupakan satu hadiah dan rahmat buat keluarga kami, kami amat bersyukur dan berharap agar ini akan menjadi kediaman kami meniti detik terakhir selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada pemberita.

 Beliau berkata demikian selepas Majlis Kesyukuran Projek Baiti Janati TNB 2016 di kediamannya di Changkat Banjar, Parit pada petang Isnin.

 Di sebalik perit menanggung kepayahan atas kemudahan asas yang serba kekurangan, kisah hidup Jamaluddin juga meruntun hati sesiapa yang mendengarnya.

 Masakan tidak, lelaki berhati mulia ini bukan sahaja memerah tenaga menjaga anak bongsu, Norhafizah, 27 yang merupakan salah seorang OKU, malah juga tidak pernah merungut untuk menjaga cucunya yang kehilangan kedua ibubapa yang meninggal dunia akibat AIDS beberapa tahun lepas.

 Jamaluddin berkata, pemberian rumah itu adalah hasil kesabaran dirinya serta isteri yang yakin masih ada insan berhati baik yang sanggup membantu meringankan penderitaan mereka.

Sementara itu, Pengurus Besar Negeri Perak, Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Mohd Zahir Md Nagor berkata, pemilihan keluarga Jamaluddin adalah berdasarkan situasi kehidupan mereka yang serba kekurangan dan tergolong dalam kelompok ASNAF.

 “ Ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat TNB untuk membaiki kediaman golongan yang memerlukan, antaranya OKU, warga emas dan golongan miskin luar bandar.

 “ Selain membina sebuah rumah baharu bagi Jamaluddin, kami juga melengkapkannya rumah bernilai RM50,000 dengan kemudahan asas seperti sistem perpaipan, elektrik dan kelengkapan perabot rumah dan mereka merupakan rumah pertama daripada 9 buah rumah yang dikenal pasti di sekitar negeri ini.

 Sehingga tahun 2015, pihak TNB telah membelanjakan sebanyak RM 1,132,254.35 untuk memperbaiki dan membina rumah baharu di sekitar negeri Perak dan lebih daripada RM 7 juta untuk peringkat kebangsaan.

 Antara beberapa lokasi bagi projek Kediaman Baiti Janati di Perak yang telah dikenalpasti adalah sekitar Bota, Teluk Intan, Selama dan Lenggong.

 Turut hadir, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam , Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah merangkap ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Samsung android devices only the above mentioned methods will likely work for android-powered samsung devices as well, but if they fails for whatever reason then there is another way available look through this company on samsung android devices

Urus Wakaf Secara Profesional, Jujur – Sultan Nazrin

IPOH – Pengurusan dana wakaf tidak wajar dikendalikan oleh tenaga insan yang sekadar memiliki pengetahuan dan pengalaman pengurusan umum semata-mata.

 Sebaliknya, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pengurusan organisasi wakaf perlu dikendalikan oleh mereka yang mahir dalam pengurusan kewangan, pelaburan dan pembangunan hartanah.

Titah baginda, ia perlu supaya dana serta harta wakaf berdaya produktif untuk terus berkembang maju.

dabdaf_ae0cc33eb7cc4fa589dbf89ca03fc57a

“Tenaga insan yang diamanahkan untuk mengurus dana wakaf wajiblah dipilih daripada kalangan profesional yang berwawasan, berpengetahuan, dinamik dan kompeten, memiliki sifat-sifat amanah, jujur, telus dan ikhlas,” titah baginda ketika melancarkan Waqaf Perak Ar-Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

 Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin serta barisan Exco kerajaan negeri.

 Sultan Nazrin bertitah, wakaf merupakan instrumen kewangan tidak asing di negara ini kerana ia merupakan sumber yang membiayai pembangunan institusi-institusi pendidikan tradisi seperti pondok, madrasah, sekolah agama, surau dan masjid.

Titah baginda, wakaf yang awalnya menunjukkan kejayaan bukan sahaja gagal berkembang, malah menguncup disebabkan pengurusan yang lemah dan kurang profesional untuk menghadapi senario ekonomi serta perniagaan yang lebih dinamik dan mencabar.

Titah Sultan Nazrin, menurut pandangan sesetengah ulama, adalah menjadi kewajipan kerajaan menyediakan institusi berserta kakitangan yang amanah dan berdedikasi serta menjiwai tanggungjawab syarak dalam pengurusan wakaf.

“Sesungguhnya wakaf ialah instrumen yang berperanan menggabungkan elemen rohaniah dan kebendaan serta dapat berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan ummah,” titah baginda.

Baginda bertitah, konsep wakaf telah diadaptasi masyarakat Barat dengan menjenamakannya dalam bentuk yayasan, amanah dan wakaf, malah menjadi instrumen kewangan yang membiayai program kebanyakan universiti ternama dunia.

“Universiti-universiti Oxford, Cambridge, Harvard, Stanford, Princeton, adalah antara universiti yang dibangunkan dan berkembang melalui sumber wakaf dan mempunyai dana yang kukuh,” titah Sultan Nazrin.

Mengenai Waqaf Perak Ar-Ridzuan, Sultan Nazrin bertitah, Enakmen Wakaf (Perak) berkuat kuasa pada 15 Feb lepas setelah diluluskan Dewan Ndabdaf_255ef715994f4c5db60cf90b126c0360egeri pada 23 Nov 2015.

Titah baginda, Enakmen Wakaf itu digubal merangkumi kesemua aspek pengurusan wakaf berlandaskan syariat dan turut merangkumkan ijtihad ulama berkaitan pentadbiran dan pembangunan harta wakaf.

“Justeru itu, amanah ini menuntut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menguruskan wakaf dengan pendekatan urus tadbir bersandarkan roh Islam, amanah, jujur, ikhlas dan telus,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah, berdasarkan laporan ‘Oxford Committee for Famine Relief’ (Oxfam) semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos, awal tahun ini, sikap tamak segelintir pihak dalam mengaut keuntungan adalah antara penyebab jurang agihan kekayaan semakin melebar.

“Para peniaga dan syarikat multi-nasional yang memperoleh keuntungan besar, dilaporkan memerah tenaga pekerja bergaji rendah, melakukan pelbagai helah untuk mengelak daripada membayar cukai dengan menyorok keuntungan sebenar syarikat di luar negara.

“Oxfam menganggarkan sejumlah 7.6 trilion Dolar disimpan dalam akaun luar negara semata-mata atas niat mahu melarikan diri daripada membayar cukai,” titah Sultan Perak.

Baginda bertitah, trend ketidakseimbangan agihan kekayaan itu bukan sahaja melebarkan jarak antara yang kaya dengan miskin tetapi menjadi antara faktor mempengaruhi tercetusnya pelbagai konflik dan krisis di serata dunia.

 Titah Sultan Nazrin, usaha mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama wajib dirintis untuk memastikan nasib insan miskin terbela, salah satu mekanismenya adalah melalui wakaf.

Nor have many districts undertaken a broad alteration in the way teachers are https://pro-homework-help.com/ paid

Usahawan Tempatan Perlu Miliki Sijil Halal Untuk Terus Maju – Nizar

IPOH: Setiap usahawan bumiputera perlu memiliki sijil halal dalam penghasilan produk mereka lantas berupaya membantu mereka bersaing dengan usahawan-usahawan yang lain sama ada di dalam negara atau di luar negara.

Dalam memastikan setiap usahawan Muslim memperoleh peluang dan pengiktirafan dari segi perniagaan yang dijalankan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Wilayah Perak telah menganjurkan Program Transformasi Halal PKS Perak 2015 di sini pagi tadi bertujuan memberi pendedahan kepentingan industri halal kepada para usahawan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria menyatakan program yang dianjurkan ini adalah salah satu dimensi untuk mengajak dan menarik usahawan di negeri ini bagi memastikan produk mereka mengikut standard dan piawaian halal.

“Negara kita merupakan pelopor dalam industri halal dan banyak negara-negara jiran suka apabila kita mengadakan seminar atau program seperti ini, contohnya Thailand. Terdapat 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia yang mempunyai kesedaran tentang status halal dan dengan memiliki status ini, ianya akan memberi keyakinan kepada masyarakat dunia,” ujarnya dalam sidang media setelah selesai merasmikan majlis ini.

PERAKTODAY32PERAKTODAY25PERAKTODAY24

Menurutnya, program yang dianjurkan ini juga adalah bagi membantu usahawan-usahawan Muslim di kampung dalam menambah baik dan memasarkan produk mereka mengikut standard yang telah ditetapkan.

“Di negara kita, 67 peratus industri halal dikuasai oleh usahawan bukan Islam, dan hanya 33 peratus usahawan Islam berjaya dalam industri ini. Oleh itu saya mencadangkan agar Kerajaan mewujudkan pasukan petugas dari setiap agensi berkenaan bagi membantu usahawan-usahawn Muslim ini agar mereka terus maju ke hadapan dan tidak berhenti separuh jalan,” ujarnya.

Jelas Nizar, kewujudan pasukan petugas khas ini adalah bagi menjadi mentor, memberi nasihat dan membantu para usahawan dalam mendapatkan sijil halal mengikut standard dan piawaian.

Beliau berkata, transformasi bukan sahaja perlu berlaku pada produk, tetapi juga kepada diri usahawan.

“Kebanyakan usahawan Islam berasa yakin dengan produk mereka dan tidak mementingkan pengiktirafan sijil halal tetapi ia sebenarnya merugikan diri mereka sendiri.

“Banyak usahawan bukan Islam mahu status halal bagi meyakinkan pengguna, jadi orang Islam perlu mengambil langkah yang sama,” katanya.

Nizar menyatakan sebanyak 511 orang pemilik sijil halal di Negeri Perak pada tahun 2014. Pada tahun 2015, keseluruhan pemilik sijil halal di negara ini adalah sebanyak 2704 orang. Dalam pada itu, program yang dianjurkan di sini hari ini turut memperlihatkan upacara penyampaian sijil tamat latihan kursus di bawah Program Mudahcara Halal 2015 yang melibatkan 26 peserta.

In 2015, the town of croydon sent several http://homework-writer.com/ students to a montessori school

Tunggakan Elaun Bilal dan Siak Telah Selesai- Nizar Zakaria

IPOH: Isu tunggakan elaun imam dan bilal di masjid-masjid sekitar kawasan Perak telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria pada sidang media di bilik sidang media Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

“Proses pembayaran telah dibuat pada minggu lepas dan kita faham peranan imam dan bilal ini cukup penting.

“Kerajaan Negeri juga telah naikkan elaun yang diberi daripada RM200 kepada RM300,” ujarnya ketika mengulas isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sesi perbahasannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Menurut Nizar, tidak akan ada lagi perkara berbangkit mengenai isu ini kerana kelewatan bayaran sebelum ini adalah bersifat penyelarasan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak ada campur tangan politik dalam urusan pelantikan jawatankuasa masjid.

“Kita tidak pernah halang mana-mana individu yang mahu mencadangkan atau memohon untuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.

“Pelantikan ahli jawatankuasa masjid adalah berasaskan peruntukan yang dipengerusikan Orang Besar Jajahan,” ujarnya lagi.

But, relax as reveal more info long as you have some stuff out there, the folks at hunie will get in touch soon, so this seems more like an anti-spam feature than an evaluation process

Instrumen Wakaf Akan Dipelbagaikan

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai agensi yang mengurus dan mentadbir wakaf di negeri Perak mempunyai perancangan ke arah mempelbagaikan instrumen wakaf seperti wakaf tunai, wakaf saham, wakaf harta intelek dan wakaf korporat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria berkata sebagai langkah awal MAIPk telah memulakan skim wakaf tunai pada tahun 2014 yang memberi peluang kepada umat Islam memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

“Bagi instrumen wakaf seperti wakaf korporat, saham dan intelek, MAIPk akan laksanakannya selaras dengan perkembangan semasa terutama pemantapan dari segi perundangan dan tenaga kerja profesional untuk uruskan perkara itu.

“Satu kertas kerja kajian berkaitan penubuhan Bank Wakaf telah dibentang di seminar Wakaf Antarabangsa anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri,” kata Drs Mohd Nizar semasa menjawab soalan tambahan ADUN (BN-Changkat Jong ) YB Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin di Sidang DUN pada Selasa.

Menurutnya lagi, satu Enakmen Wakaf negeri Perak akan dibawa bagi mewujudkan prasarana perundangan yang selari dengan tuntutan semasa bagi menjamin perkembangan dan pembangunan wakaf di negeri ini.

Dalam pada itu, jelas Nizar harta wakaf yang diperoleh melalui perwakafan individu atau pihak Kerajaan oleh MAIPk turut dikategorikan kepada dua jenis iaitu Wakaf Khas dan Wakaf Am.

“Untuk Wakaf Khas jumlah keseluruhan lot tanah yang diwakafkan bagi wakaf khas bernilai 2,364 lot tanah dengan keluasan 70,378.42 hektar dan Wakaf Am sebanyak 1,010 lot dengan keluasan 4,533.31 hektar,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN (PAS-Gunung Semanggol) YB Mohd Zawawi Abu Hassan.

To withdraw their son during https://writemyessay4me.org his junior year from the forest grove district