Universiti Perlu Diberi Peranan Soal Urusan Wakaf

IPOH: Universiti perlu diberi kelonggaran dalam soal pengurusan wakaf tanpa tertakluk kepada peraturan di bawah Majlis Agama Islam negeri.

Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi dari WaqfWorld berpendapat, pihak universiti tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskan soal wakaf memandangkan banyak modul yang boleh digunapakai bagi melaksanakannya.

Beliau berkata, kekangan yang dihadapi ketika ini adalah semua urusan berkaitan wakaf tertakluk kepada Majlis Agama Islam manakala tempoh status kebenaran untuk melaksanakannya singkat.

 “Sebagai contoh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tertakluk kepada Majlis Agama Islam Selangor dan pihak yang dibenarkan untuk uruskan wakaf iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

 “Sekiranya pihak UKM mengumpulkan dana wakaf, ia perlu mendapat kelulusan daripada PWS, selain itu tempoh kebenarannya juga tak panjang, macam UKM hanya diberi tempoh dua tahun kemudian akan ditarik balik dan perlu berjumpa dan berbincang dengan pihak berkenaan,” katanya.

 Beliau berkata, demikian ketika ditemui di forum “Increasing Awareness on WAQF for Education” bersempena Pangkor Dialog di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada Selasa.

 Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Awqaf Holding, Tan Sri Ali Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed.

 Dr Shahida berkata, semua pihak perlu bergabung tenaga bagi mendalami lagi potensi wakaf bagi tujuan pembangunan pendidikan di Malaysia.

 Sementara itu, Dr Amiruddin berkata, konsep wakaf banyak memberi manfaat kepada umat Islam di negeri Perak.

 Menurut beliau, hebahan tentang wakaf perlu diperluas bukan sahaja kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam.

 “Kalau kita lihat manfaat daripada wakaf ini amat luas, baik dari segi bangunan mahupun mesin banyak yang guna konsep wakaf.

 “Pendedahan berterusan perlu bagi maklumkan kepada orang ramai tentang ke mana duit yang mereka sumbangkan akan disalurkan, oleh itu, kaedah pemasaran itu amat penting untuk maklumkan pada semua,” katannya.

Certainly ruined my day since I was not connected to the internet, and motionx just showed my location as one dot https://trackingapps.org/keylogger-software/ on an endless, grey grid

Pengupayaan Wakaf Jana Ekonomi Umat Islam

PERAK-TODAY-8-2

IPOH : Pengupayaan instrumen wakaf dilihat mampu menjana ekonomi umat Islam, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ujarnya, ia merupakan salah satu instrumen penciptaan kekayaan yang sangat penting dalam Islam bagi membangunkan sosio-ekonomi umat Islam.

“Instrumen wakaf dapat mengupayakan ekonomi ummah menerusi penciptaan peluang pekerjaan kepada mereka melalui perniagaan atau keusahawanan.

“Di mana kegiatan ekonomi tersebut dapat menjana pendapatan dan kekayaan kepada mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum ‘ Increasing Awareness on Waqf For The Benefit of Ummah’ yang diadakan bersempena Pangkor International Development Dialogue 2016, hari ini.

Forum tersebut menampilkan empat orang panel iaitu, Ketua Pegawai Eksekutif Awqaf Holding, Tan Sri Ali Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr Amirruddin Muhamed, Waqfworld, Prof Dr Shahida Shahimi dan Institut Darul Ridzuan, Zulkifli Mohd.

Ujarnya lagi, sejarah turut membuktikan bahawa wakaf memainkan peranan yang sangat penting dalam membina kejayaan sesebuah tamadun.

“Sebagai contoh, zaman Bani Abbasiyah dan Umaiyyah telah menunjukkan perkembangan wakaf yang luar biasa di mana pengagihan dan penyaluran wakaf bukan sekadae kepada bantuan untuk fakir miskin dan berbentuk kebajikan, tetapi turut diperluaskan kepada pembinaan rumah ibadah dan prasarana kesiharab.

“Malah pada zaman ini, tertubuhnya beberapa badan atau lembaga untuk memantau wakaf secara khusus bagi memastikan kelangsungan wakaf berjalan dengan lancar,”katanya.

Sementara itu, Amiruddin berkata pendedahan mengenai konsep wakaf perlu giat diadakan bagi menjelaskan kepada orang ramai bahawa wakaf tidak terhad kepada umat Islam sahaja.

“Apa yang diwakafkan ini boleh digunakan oleh semua orang termasuk bukan Islam dan penjelasan mengenai perkara ini perlu dibuat secara berterusan.

“Kita kena mewar-warkan perkara ini dan paling penting, kita kena tunjuk ke mana wang ini disalurkan,”katanya ketika ditemui hari ini.

Amirruddin turut berkata, MAIPk telah melancarkan WAQAF Perak Ar Ridzuan (WPAR) pada April lalu oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Menerusi WPAR ini, ianya meliputi empat sektor utama kehidupan manusia dan projek-projeknya. memberi manfaat kepada ummah,”katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, dalam kelembapan ekonomi yang melanda dunia ketika ini, ianya tidak memberi kesan kepada sumbangan wakaf.

“Dalam masa lima bulan kita lancarkan, kita sudah menerima RM1.5 juta termasuk RM500,000 daripada GLC kerajaan negeri.

“Walaupun masih baru dilancarkan, ianya menerima sumbangan daripada orang awam kerana mereka nampak kita telus dalam menguruskan sumbangan yang diterima dan membuatkan mereka berminat untuk terus menyumbang.

Boysen for delays in implementation of the order essays online cheap in https://order-essay-online.net/ law’s technology program and his enforcement of the measure’s governance mandates

Kenduri Komuniti 1 Malaysia Agen Penyatuan Negara Bangsa

629c40_256fc058e6b24641876d832e72e92327-mv2

PARIT: Aktiviti kenduri Komuniti 1 Malaysia (K1M) merupakan antara agen penyatuan masyarakat terbaik, khususnya dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, masyarakat harus menyedari bahawa perkembangan teknologi hari ini telah menyebabkan aktiviti berkonsepkan musyawarah itu semakin berkurangan.

629c40_69be96ec748546ab8aace4fd9d14dc5d-mv2

Katanya, kenduri, meskipun ringkas pada dasarnya, namun ia merupakan salah satu  platform capaian maklumat melalui info satu komuniti secara lebih luas.

 “Kenduri, gotong-royong dan mana-mana aktiviti melibatkan penduduk dalam satu kumpulan berkomuniti, bertindak sebagai pengerat hubungan antara setiap lapisan masyarakat, baik dari kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa.

629c40_2ab0259651174de6889fa06072e2295b-mv2

“Selain itu, ianya juga dapat menyuntik pelbagai sifat kendiri dan nilai moral seperti semangat bermuafakat, saling membantu dan hormat menghormati malah hidup secara harmoni,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada Suara Perak selepas merasmikan Kenduri Komuniti 1 Malaysia yang melibatkan enam buah kampung di Parit termasuk Kg Layang Tiga, Bota Kiri, Padang Changkat, Mukim Lambor, Tanjung Belanja dan Tumbuh Hangat pada Sabtu yang dihadiri  lebih 500 orang.

 Drs Nizar berkata, ramai juga tidak menyedari, di sebalik kemeriahan sesuatu program kenduri itu, tersirat pelbagai manfaat terutamanya dalam membina negara bangsa yang berpendirian tetap.

629c40_d09dea2723714d82966f5bac28281746-mv2

“Contohnya hari ini, kita kembali ke zaman permainan tradisi seperti musang berjanggut, bowling kelapa, sepak raga selain pertandingan mewarna kanak-kanak.

 “Ungkapan emas kita, “bersatu teguh, bercerai roboh” harus menjadi landasan dalam institusi berkomuniti agar kita masih menghargai tradisi namun bersepakat dalam keputusan di peringkat kampung masing-masing,”katanya lagi.

 Selain itu, Drs Nizar berpendapat, kenduri K1M merupakan platform kepada aspek penekanan budaya setempat yang diterapkan dalam aktiviti-aktiviti sempena program tersebut.

 “Antara lain adalah pembabitan agensi keselamatan seperti demonstrasi memadam kebakaran oleh PAM yang merupakan pendidikan untuk mengelakkan sebarang kes kecemasan dan bersedia untuk tindakan awal,” ujarnya.

Thus, the creators of inspect over here hue menu have brought us something for when picking up an iphone is not as practical, and with a decent array of features, will allow you to tweak your hue bulbs to your precise tastes

Noh Ingatkan Ngeh Jangan Cuba Jadi Hero

SERI ISKANDAR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar mengingatkan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya jangan cuba menjadi hero dan menghentikan tindakkan mempolitikkan isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Perak.

Menurut beliau, tindakan Penasihat DAP Perak itu boleh mengelirukan rakyat dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

 Noh berkata, adalah lebih baik jika Ngeh tidak bercakap mengenai perkara itu, sekiranya beliau sendiri tidak jelas dan tidak faham apa yang dicakapkannya.

 “Inilah masalah pembangkang, dia tidak faham tapi cuba jadi hero, kalau tidak faham tanya di Parlimen,” katanya kepda pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah PPR di Bandar Universiti Seri Iskandar pada Isnin. (more…)

Rumah Rakyat – Had Pendapatan Dinaikkan Kepada RM3,000

SERI ISKANDAR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan  dan Kerajaan  Tempatan akan mencadangkan kepada Kabinet supaya syarat maksimum pendapatan pemohon bagi Skim Sewa Beli Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara sebanyak RM2,500 dinaikkan kepada RM3,000.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Kabinet minggu depan.

Beliau berkata, langkah menaikkan syarat pendapatan pemohon bagi skim sewa beli PPR ini dibuat supaya ia selaras dengan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

 “‎Apabila ia selaras dengan BR1M maka mudah bagi pihak Kementerian untuk membuat semakan bagi memastikan pemohon-pemohonan yang benar-benar layak dapat memiliki rumah PPR,’’ katanya kepada pemberita.

 Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar Universiti Seri Iskandar pada Isnin. Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut Noh, menerusi skim sewa beli ini  kerajaan membina sebanyak 99 unit rumah PPR yang berharga RM157,000  setiap unit dan kemudiannya menjualnya kepada pemohon yang benar-benar layak pada harga RM35,000.
 
“Menerusi skim ini, pemohon yang berjaya dan terpilih tidak perlu membayar apa-apa deposit dan mereka hanya perlu membayar sewa bulanan  dalam tempoh tertentu sehingga tamat pembayaran dan rumah itu menjadi hak milik mereka,’’ katanya.

Katanya, pihak Kementerian akan membuat perjanjian dengan kerajaan negeri Perak bagi mengenakan syarat supaya pemilik rumah PPR tidak boleh menjual rumah mereka kepada pihak ketiga.

 Katanya pemilik hanya boleh menjual rumah PPR itu kepada kementerian.

 Terdahulu dalam ucapannya, Noh berkata, selain PPR di Seri Iskandar, Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan tujuh projek PPR di negeri Perak yang meliputi  915 unit rumah.

 Projek rumah PPR itu adalah 29 unit di Kampar, 64 di Sungkai, 9 unit di Batu Gajah, 112 unit di B untong Permai, 45 unit di Tanjung Malim, 416 unit di PPR Buntong Harmoni, 240 unit di Batu 2 1/2 Taiping dan 260 unit di Kamunting.

Destroying other cars on the road eliminating opponent cars another great spy apps feature is the multiplayer game mode

Rumah PPR: Pemaju Perlu Patuhi Syarat Yang Ditetapkan

PERAKTODAY5-2

SERI ISKANDAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mengingatkan kepada pemaju atau pihak yang dilantik bagi melaksanakan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dirancangkan oleh kerajaan untuk mematuhi segala syarat yang ditetapkan.

Tegasnya, ia termasuklah dalam menyediakan kemudahan atau keperluan asas kepada masyarakat khususnya kawasan lapang untuk mereka melakukan sebarang aktiviti.

“Mereka (pemaju) juga perlu bersama-sama memikirkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif yang memenuhi keperluan dan prasyarat bagi satu-satu kawasan perumahan.

PERAKTODAY-6

“Kita melihat trend sekarang ini apabila banyak kawasan perumahan yang diwujudkan tetapi tidak banyak kawasan lapang disediakan kerana kita kena faham untuk mewujudkan kawasan perumahan mesti wujud dengan kepelbagaian keperluan asas termasuklah kawasan lapang bagi kegiatan masyarakat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar di sini, hari ini yang telah dirasmikan oleh Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar.

Jelasnya, beliau tidak mahu pihak yang berkenaan mengurangkan kawasan lapang berkenaan sehinggakan mengabaikan keselesaan rakyat yang mendiami kawasan tersebut.

“Kerajaan Negeri tidak akan tolak ansur dengan perkara sebegini kerana pada akhirnya kita memberikan perhatian kepada soal kesejahteraan bagi masyarakat yang tinggal di kawasan itu,” katanya lagi.

The https://spyappsinsider.com/ikeymonitor/ beta update that is now os x version number 10

Rumah PPR: Cadangan Tetapkan Syarat Pendapatan Kepada RM3,000

PERAKTODAY2-4

SERI ISKANDAR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membawa cadangan untuk menetapkan syarat pendapatan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada RM3,000 ke peringkat Kabinet dalam masa terdekat.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, cadangan berkenaan adalah untuk menggantikan syarat sedia ada pada masa ini iaitu RM2,500.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk menyelaraskannya dengan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya memudahkan pihak kementerian untuk melakukan semakan sama ada mereka layak atau tidak.

“Saya akan mencadangkan kepada Kabinet agar syarat rumah PPR ini dinaikkan kepada RM3,000 supaya ia selaras dengan penerima BR1M dan mudah untuk kementerian membuat semakan sama ada mereka yang dapat rumah ini ada tak dalam senarai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PERAKTODAY3-4

Dalam pada itu, Noh berkata, Perak menjadi negeri pertama yang memulakan Skim Sewa Beli setelah Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan cadangan bantuan pembiayaan rumah melalui Kaedah Sewa Untuk Beli (Rent to Own) pada 3 Ogos yang lalu.

Skim berkenaan akan ditawarkan kepada pemohon atau bakal pembeli yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan.

“Perlancaran pada hari ini yang pertama kita telah mulakan Skim Sewa Beli dimana rumah yang kita bina ini sebanyak 99 buah rumah dengan melibatkan jumlah lebih kurang RM15.9 juta yang mana nilai sebuah rumah lebih kurang RM157,000.

“Pada dasarnya, harga yang kita jual adalah sebanyak RM35,000, yang mana secara puratanya seorang yang bertuah untuk mendapat rumah ini, ia akan mendapat subsidi sebanyak RM120,000 sebuah rumah.

“Pemohon tidak perlu bayar apa-apa deposit, cuma bayar sewa bulanan dan dalam tempoh tertentu rumah ini akan menjadi hak milik mereka. Nanti kita akan ada buat perjanjian dengan Kerajaan Negeri dan juga syarat-syarat yang kita perincikan kemudian,” tambahnya lagi.

Sementara itu, bagi PPR Seri Iskandar, beliau berkata, setiap permohonan akan melalui tiga peringkat yang mana ia untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan peluang untuk memiliki rumah tersebut.

“Pertama Kerajaan negeri akan memastikan bahawa pemohon-pemohon ini belum ada rumah. Kedua kita akan semak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa pendapatan mereka ini bawah RM2,500.

“Manakala, peringkat ketiga pula dimana sebelum surat tawaran ini diberi kepada mereka yang layak, kita akan pamerkan nama mereka di kawasan perumahan ini dan juga di Pejabat Tanah Perak Tengah untuk mereka semua lihat siapa yang telah terpilih. Kalau kita dapati ada rungutan daripada orang ramai yang nama disenaraikan ini tidak layak, kita akan siasat untuk kita ambil tindakan,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut meminta borang permohonan berkenaan telah mula diedarkan bagi memastikan apabila projek berkenaan siap kelak, ia mestilah terus diduduki.

“Kita tidak mahu lagi lihat ada rumah PPR dah lama siap tetapi masih lagi kosong kerana kalau kita lambat duduki rumah ini, maka tempoh kecacatan akan berjalan. Jadi kita akan pastikan apabila rumah siap kita terus beri kunci,” ujarnya,

Students in tools classrooms saw more growth in early literacy, as measured on the woodcock-johnson vocabulary tests, letter-word excellent site write my essays recognition, and applied problems