Perak Perketat Syarat Pendaftaran Sekolah Agama

IPOH: Perak mengambil langkah memperketatkan syarat kelulusan pendaftaran sekolah agama dengan mengambil kira pandangan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis, bomba dan Jabatan Kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mengikut Enakmen Kawalan Sekolah Agama 1996, Kaedah 97, mana-mana pihak yang ingin menubuhkan sekolah agama, termasuk maahad tahfiz yang mempunyai lebih 20 pelajar, mesti mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menurut beliau, antara syarat itu, bangunan sekolah mesti mendapat kelulusan pihak PBT dan bomba di samping penapisan keselamatan oleh pihak polis di kalangan anggota Lembaga Pengurusan dan guru-guru sekolah berkenaan.

“Kawalan yang kita lakukan bukanlah untuk menyekat tetapi bagi memastikan sekolah agama di negeri ini lebih baik dari segi pengurusan dan pendidikan,” katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan penutup Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak di Sekolah Izzuddin Shah di sini pada Sabtu petang.

Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

Di dalam ucapannya, Drs Mohd Nizar memberitahu, setakat ini terdapat 686 buah sekolah agama di Perak dengan bilangan murid hampir 90,000 orang.

Beliau berpendapat, penubuhan sekolah agama di negeri ini telah banyak meringankan beban ibu bapa untuk mendidik sendiri anak-anak mereka dengan ilmu agama.

Bagaimanapun, kata beliau, ibu bapa juga perlu bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan ilmu yang diperolehi anak-anak mereka dijadikan rutin atau budaya dalam kehidupan seharian.

Sementara itu, Mohd Yusop pula berkata, kawalan yang dibuat terhadap sekolah agama juga untuk memastikan ia tidak tersasar daripada aspirasi dan hasrat ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah berkenaan.

Menurut beliau, dengan perkembangan teknologi sekarang yang mewujudkan dunia tanpa sempadan, cabaran menjadi semakin hebat seperti ancaman Daesh dan fahaman Syiah.

Two years ago, for instance, the school board of the writing a white paper template bishop’s school in la jolla, calif

Masih Ramai Tidak Mengetahui Fatwa Kesihatan

IPOH: Masih terdapat sebilangan masyarakat awam yang tidak mengetahui mengenai kewujudan fatwa-fatwa mengenai kesihatan, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan mereka sendiri.
13-okt-1

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, lebih membimbangkan apabila wujudkan kumpulan yang menolak vaksin sehingga menyebabkan penyakit berjangkit yang boleh dicegah kini muncul kembali.

Menurut beliau, senario ibu bapa yang enggan membenatkan anak-anak mereka diberi suntikan vaksin kebelakangan ini amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja membahayakan kanak-kanak itu sendiri, bahkan turut menjejaskan generasi masa depan.

“Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi tujuan ini adalah diharuskan oleh syarak, selaras dengan kaedah Fiqhiyyah menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup program Bicara Kesihatan Dari Perspektif Syariah peringkat negeri Perak di INTIM di sini pada Khamis.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Drs Nizar berkata, imunisasi atau pemberian vaksin adalah satu bentuk pencegahan penyakit yang paling berkesan dan `cost effective’.

Menurut beliau, Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia dan sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akan, keturunan dan harta benda.

Sehubungan itu, kata beliau, program-program penerangan perlu diperbanyakkan bagi menyebarkan keputusan-keputusan fatwa yang telah dibincangkan bagi pengetahuan masyarakat awam.

Sementara itu, Dr Juita memberitahu, bilangan mereka yang menolak imunisasi semakin bertambah, berbanding tahun-tahun lalu dan kebanyakan daripada mereka ialah orang Melayu.

One lucky winner will receive a 64gb fourth-generation apple tv, complete with the siri remote for searching your apps and scrolling through itunes, netflix, hulu, and hbo with https://cellspyapps.org/how-to-tell-if-tracking-software-is-on-your-phone/ the new smooth touch surface

51 Kejadian Keracunan Makanan Sehingga Oktober

IPOH: Sebanyak 51 kejadian keracunan makanan yang melibatkan 1,411 mangsa dilaporkan di negeri Perak bagi tempoh 1 Januari hingga 12 Oktober lalu.

13-okt-3

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, daripada jumlah itu, 39 kejadian berlaku di kantin dan asrama sekolah yang melibatkan 1,015 pelajar.

 Menurut beliau, kejadian keracunan meningkat secara mendadak pada bulan Ogos lalu sehingga mencatatkan 15 kes.

 Berikutan daripada itu, kata beliau, pihaknya menjalankan operasi pemeriksaan mengejut di kantin dan dapur asrama sekolah pada 10 hingga 12 Oktober, yang melibatkan 137 pegawai berkuasa kesihatan.

“Selalunya kita membuat pemeriksaan secara berjadual dengan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada guru besar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Bicara Kesihatan Dari Perspektif Syariah Peringkat Negeri Perak 2016 di INTIM di sini pada Khamis.

Perasmian penutup disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Dr Juita memberitahu, sepanjang operasi pemeriksaan mengejut itu, pihaknya telah memeriksa 195 premis iaitu 89 dapur asrama sekolah dan 106 lagi kantin sekolah.

Menurutnya, daripada pemeriksaan itu, empat buah dapur asrama sekolah telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 18 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, masing-masing satu di Hulu Perak serta Kerian dan dua di Manjung.

‘Di samping itu, sejumlah 34 notis Seksyen 32b dikeluarkan kepada pengusaha dapur kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan Tahun 2009 di mana tujuh adalah dapur berasrama dan 27 adalah kantin sekolah,” ujarnya.

Katanya, setiap mereka yang menerima notis itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Dalam hubungan ini, Dr Juita berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan pemeriksaan mengejut setiap bulan bagi memastikan pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah sentiasa bersih dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu, beliau memberitahu, Taman Teman Bukit Merah Laketown Resort dijangka boleh dibuka semula 26 Oktober ini selepas pihak berkenaan melaksanakan kerja-kerja pembersihan ekoran kes Rotavirus baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata Dr Juita, pihaknya juga di peringkat akhir menyediakan garis panduan pengurusan kolam renang yang akan digunapakai oleh pihak yang menguruskan kolam renang di negeri ini.

Sultan Nazrin Sampai Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Agama

10-okt-1

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak 2016M/1438H di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Jumaat.

10-okt-2

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

 Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

10-okt-3

Sempena majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan melancarkan empat buah buku Siri Mumtaz Tadika Islam Perak yang akan diguna pakai oleh semua 75 buah Tadika Islam di seluruh negeri ini.

 Empat buah buku itu ialah Tunjang Pendidikan Islam 4 & 5 Tahun; Tunjang Pendidikan Islam 6 Tahun; Tunjang Bahasa Arab 4 & 5 Tahun dan Tunjang Bahasa Arab 6 tahun.

 Buku-buku itu digubal dan dikarang daripada cantuman idea serta buah fikiran tenaga pakar pendidikan awal kanak-kanak, selaras dengan Kurikulum Standard Pra Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dokumen Standard Kurikulum Tadika Islam Perak.

10-okt

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan anugerah kepada 19 penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, 38 Hafiz Muda dan enam anugerah khas.

 Sementara itu, Drs Mohd Nizar ketika ditemui berkata, majlis anugerah berkenaan, adalah tanda pengiktirafan kerajaan negeri terhadap seluruh institusi pendidikan sekolah agama di Perak.

 “Ia juga sebagai bukti bahawa kerajaan negeri sentiasa mengutamakan pendidikan di sekolah agama, sama seperti di sekolah-sekolah aliran biasa, kerana kita mahu melahirkan umat yang berilmu dan beramal,” katanya.

Huawei is currently trying to position itself somewhere in the middle, and the mate 8 could be just the ticket for https://spyappsinsider.com/keylogger those on the lookout for a new device

42 Pasangan Dinikahkan Serentak Dalam Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie

629c40_3a752cdbdd8649d88dccbe90982d84b7-mv2

SERI ISKANDAR: Seramai 42 pasangan Islam selamat dinikahkan serentak dalam Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah di sini pada Jumaat.

Lebih bermakna apabila mereka diijabkabulkan ketika negara merayakan sambutan Hari Malaysia.

 Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) adalah kali keempat, yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pasangan di samping untuk mengimarahkan masjid.

 Setiap pasangan hanya dikenakan bayaram RM1,500, termasuk jamuan, penginapan di hotel dan majlis resepsi yang diadakan di sebelah malam di Dewan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dijangka dihadiri lebih 1,000 ahli keluarga pengantin.

 Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, jika tahun-tahun lalu majlis itu diadakan di Ipoh, mulai tahun ini ia akan diadakan di daerah-daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria menasihatkan pasangan pengantin supaya menjalani kehidupan rumahtangga dengan baik dan sabar sehingga ke akhir hayat.

 “Kehidupan berkeluarga sudah tentu menghadapi pelbagai cabaran, namun sebagai suami dan isteri perlu ada nilai toleransi untuk mendapat keberkatan Allah,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

 Beberapa pasangan pengantin baru yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana mereka diijabkabulkan pada Hari Malaysia dalam majlis yang penuh bermakna.

 Pasangan termuda, Muhamad Aidil Amin Hasbullah, 19, dan isterinya, Wan Hanid Syafiqah Wan Yahya, 21, berkata, mereka telah bersedia untuk hidup berkeluarga walaupun pada usia muda.

 “Hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga dan kami tambah gembira apabila dinikahkah hari ini, ketika semua orang menyambut Hari Malaysia, ” kata Muhamad Aidil Amin sambil diakui isterinya yang sama-sama berasal dari Kuala Kangsar.

 Bagi Hairul Azizul Haris dan isteri, Nurbalkish Rusli, program seumpama itu sangat baik kerana ia sangat menjimatkan kos di samping dapat menjalinkan silaturrahim antara pasangan yang mengambil bahagian.

 “Program sebegini perlu diadakan lebih banyak bagi memberi peluang lebih ramai lagi pasangan mendapat peluang merasai saat-saat bahagia yang penuh makna seperti ini,” katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang yang bertemu jodoh dengan warga Seri Iskandar.

 Aminudin Satikin, 26, dari Selekoh, Bagan Datoh menyifatkan hari ini penuh bersejarah kerana diijabkabulkan dengan isterinya, Elfinahlis Mabang, 25, seorang saudara baru dari Kudat, Sabah selepas berkenalan melalui aplikasi Weechat.

 “Saban tahun, kami akan meraikan hari penuh bersejarah ini ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia, syukur alhamdulillah,” katanya yang bertugas di Cyberjaya manakala isterinya di Hospital Taiping.

We are having to make www.justdomyhomework.com lots of adjustments

Pesta Perpaduan Tanglung Tarik Pelbagai Lapisan Masyarakat

12

IPOH : Hampir 500 masyarakat pelbagai kaum hadir memeriahkan Pesta Perpaduan Tanglung yang diadakan di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Tasek, di sini, malam tadi.

Orang ramai yang hadir turut dihadiahkan tanglung pelbagai warna sebelum berarak beramai-ramai mengelilingi kawasan perumahan di kawasan berkenaan.

10

Pesta Perpaduan Tanglung itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ipoh, Persatuan Wanita Cina Perak, Persatuan Soka Gakkai Malaysia Perak dan 25 badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco kerajaan negerix Datuk Drs Mohammad Nizar Zakaria dan turut dihadiri oleh Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Presiden MACMA Malaysia, Profesor Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Nizar dalam ucapan perasmiannya berkata, majlis dan pesta seperti ini memberikan nilai-nilai kebersamaan antara masyarakat.

“Dalam kehidupan kita ini, sudah pasti kita inginkan perkara-perkara yang baik dan elok bagi mendatangkan kebahagiaan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kita.

3-3

“Walaupun kita tinggal di negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan etnik, namun saya yakin kita semua inginkan perkara-perkara yang indah dalam kehidupan kita ini,”katanya.

Oleh itu, katanya, sifat kasih sayang perlu ditunjukkan sesama masyarakat tanpa mengira kaum dan latarbelakang.

“Tetapi dalam masa yang sama, kita dituntut untuk menjaga nilai sensitiviti kerana kita diberikan ruang dan kesempatan tinggal di negara bertuah ini.

“Melalui persatuan-persatuan yang ada, diharapkan ianya dapat memupuk semangat perpaduan selain daripada dapat menyemarakkan teras dan mencapai kehidupan yang harmoni untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”katanya.

Pesta tanglung diadakan bersempena dengan perayaan kuih bulan yang jatuh pada hari ke-15 bulan ke lapan dalam kalendar Cina.

 

The operators of the schools in question were granted charters https://essaysreasy.online by the state education board, rather than local school boards

Perak Lancar Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

629c40_5ea2f8700c2e4cabad26c0284ab0ea18-mv2

IPOH: Selepas berjaya melaksanakan pelbagai program keagamaan sejak tujuh tahun lalu, kerajaan negeri Perak mengorak langkah memperkenalkan kempen mengajak umat Islam solat subuh berjemaah di masjid.

629c40_48f1943a8a214cd8b9539174f8f4f91f-mv2

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap, pendekatan itu dapat mewujudkan dimensi baru dalam kehidupan masyarakat Islam di negeri Perak kerana mahu menjadikan masjid sebagai teras dalam pembinaan ummah.

 Sehubungan itu, beliau mahu ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai daerah dan wakil-wakil rakyat menjadi contoh di dalam menjayakan kempen tersebut.

 Menurut beliau, walaupun ia bukan suatu paksaan tetapi dengan contoh yang ditunjukkan oleh ketua jabatan dan wakil rakyat, sudah tentu ia akan menjadi ikutan masyarakat.

 Beliau yakin kempen itu akan dapat dilaksanakan kerana rakyat ingin melihat penglibatan wakil rakyat di semua tempat, termasuk di masjid, khususnya jika wakil rakyat yang beragama Islam.

629c40_0673d0c10c6044abb4755107d8ed9c94-mv2

“Demikian juga penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan, rakyat mengharapkan mereka berada di masjid, mengimarahkan masjid.

 “Bukan saya kata mereka tak buat, tetapi itulah harapan rakyat, mereka nak melihat sama-sama kehidupan masyarakat dalam kawasan kampung dan taman, kalau adanya aktiviti begini, ia akan dapat menyatukan umat kita dan masjid tidak dijadikan sebagai tempat perselisihan ataupun bertikaian,” katanya.

 Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Peringkat Negeri Perak di kediaman rasmi beliau di sini pada Khamis malam.

629c40_a6657d4807f241ae8b08cfb64471e7d2-mv2

Hadir sama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal; Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Drs Mohd Nizar Zakaria; Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad; Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man; beberapa wakil rakyat dan pegawai daerah.

629c40_bac17e4f798d4c86b285a2096aa04d5a-mv2

Dr Zambry berkata, antara pengisian kempen itu ialah meuar-uarkannya melalui khutbah jumaat, pemasangan kain rentang di masjid-masjid dan pengedaran pelekat kereta.

 Sementara itu, di dalam ucapannya, beliau memberitahu, solat Subuh berjemaah mengandungi banyak rahsia, khususnya dalam penyatuan ummah sejak dari zaman dahulu lagi.

 Katanya, contoh terbaharu ialah kejayaan jemaah solat Subuh berjemaah di masjid-masjid di Turki, termasuk anak-anak muda, berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa di negara tersebut.

629c40_a10131443339442a9a11e48385f7a2e0-mv2

Dalam pada itu, Dr Zambry melahirkan rasa kagum kerana program solat Subuh berjemaah di masjid telah dimulakan di TLDM Lumut sejak lebih setahun lalu yang digerakkan sendiri oleh Panglima Armadanya, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

 “Saya sendiri terpegun melihat ribuan jemaah memenuhi masjid untuk solat Subuh yang digerakkan sendiri oleh ketua mereka,” ujar beliau.

Pada majlis pelancaran itu, Syaikh Ismail muhammad turut menyampaikan tausiyah di hadapan lebih 2,000 umat Islam dari sekitar Ipoh.

629c40_2935ee8b21a84788a0ef75598a27e748-mv2

 

About 57 click site percent said they would support a local parcel tax to fund their schools