Karnival Mahabbah Antara Pembaharuan Permukiman Siri 4

TAIPING: Permukiman Menteri Besar siri 4 di Bukit Gantang dan Taiping sejak Selasa lalu menyaksikan pelbagai penambahbaikan selepas tiga siri yang terdahulu.

Pembaharuan paling besar ialah segala aktiviti yang dianjurkan berdasarkan kepada tujuh teras utama bagi membolehkan Menteri Besar dan 10 exco memberi fokus kepada teras berkenaan.

Teras-teras itu ialah kesejahteraan rakyat; kelestarian alam sekitar dan sumber alam; keselamatan; pendidikan, modal insan dan ICT; ekonomi dan pelancongan & kebudayaan; agama dan intergrasi serta sukan dan belia.

Karnival Mahabbah yang dianjurkan di Masjid Kampung Sungai Tinggi, Trong pada Jumaat adalah antara pembaharuan di bawah teras agama yang menggabungkan pelbagai aktiviti.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara aktiviti yang pertama kali diperkenalkan di dalam program pemukiman ialah temuduga bertulis untuk jawatan guru KAFA, Tadika Islam dan Azhariah. 

“Kita juga buat pertama kalinya membuka kaunter untuk mendaftar sekolah-sekolah yang berkaitan dengan agama seperti sekolah agama rakyat, tadika Islam, pondok dan tahfiz,” katanya kepada Suara Perak.

Menurut beliau, pihaknya juga membuka kaunter pengisian borang permohonan sekolah-sekolah agama negeri dan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

“Kita juga menjemput Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi bersama-sama di dalam qiamullail, forum perdana di samping mengimamkan solat Jumaat,” ujar beliau.

Katanya, kemuncak karnival itu ialah sewang kenduri rakyat yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri.

“Mereka beratur mengambil makanan dan duduk makan bersama-sama komuniti setempat tanpa protokol, tanpa tempat duduk khas dan mereka makan apa yang rakyat makan,” tambahnya.   

Drs Nizar berkata, walaupun beberapa pembaharuan dibuat, aktiviti yang telah dijalankan di dalam siri-siri terdahulu, diteruskan bagi merapatkan ukhwah antara pemimpin dan komuniti setempat.

Antara aktiviti itu ialah CSR hammam, ziarah mahabbah terhadap saudara baru, membersihkan masjid, khidmat masyarakat, forum oleh Mahkamah Syariah, sumbangan kotak makanan.

“Program kemasyarakatan seperti membersihkan masjid turut melibatkan pegawai serta kakitangan JAIPk (Jabatan Agama Islam Perak) kerana tugas mereka bukan hanya duduk di pejabat tetapi juga boleh berada di lapangan,” tambahnya.

Beliau berkata, seperti siri-siri lalu, pihaknya akan membuat penilaian semula untuk mengenalpasti kekurangan yang berlaku, supaya dapat diperbaiki pada siri permukiman akan datang.

The problem is, there is currently try this web-site no android version and fans of the little green robot are getting tires of waiting

Program Nikah Jamai’e Syari’e Tidak Termasuk Poligami

IPOH:Kerajaan negeri komited untuk meneruskan Program Nikah Jamai’e Syar’ie pada setiap 16 September setiap tahun.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria bagaimanapun ia tidak bermaksud kepada tujuan perkahwinan poligami seperti cadangan yang dilontarkan oleh ADUN Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong).

Terdahulu ADUN,Titi- Serong bertanyakan mengenai langkah kerajaan negeri memudahkan proses poligami di negeri ini dengan menggunapakai Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai).

Jelas Nizar,setakat ini kerajaan negeri tidak merancang untuk melaksanakan porgram nikah Jamai’e khusus untuk perkahwinan poligami sebaliknya menilai sama ada ia wajar atau tidak untuk dijalankan.

“Kita belum lagi mempertimbangkang tetapi bertindak memikirkan sama ada wajar atau tidak ia dijalankan untuk poligami,”katanya.

Terdahulu beliau menjelaskan seramai 150 pasangan telah mengikuti Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai ) telah dijadikan sebagai satu program tahunan kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)) pada setiap 16 September sempena Hari Kebangsaan.

Menurutnya lagi, ia bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2013 yang hanya disertai oleh 10 pasangan sahaja yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II.

“Jumlah ini bertambah pada tahun 2014 iaitu disertai seramai 38 pasangan manakala pada tahun 2015 seramai 60 pasangan telah diijabkabulkan serentak di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh,” katanya ketika menjawab soalan lisan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tambahnya lagi, objektif program tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan pasangan dan keluarga pengantin dalam mengendalikan urusan perkahwinan.

“Pihak kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang sewajarnya demi menjayakan program baik ini dan dalam tempoh empat tahun penganjurannya sebanyak RM159,155.00 telah diperuntukkan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, program ini turut mengalami penambahbaikan menerusi pelaksanaannya yang tidak hanya tertumpu di Bandaraya Ipoh semata.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan melaksanakan program ini di daerah yang tidak hanya tertumpu di Ipoh.

Beliau turut memberi saranan supaya Majlis Nikah Jamaie Syarie turut dilaksanakan di kawasan ahli dewan yang lain selain bekerjsama dengan agensi-agensi lain dalam usaha mempromosikan program tersebut.

My passion for learning amounts to naught, company web site not just for me but for my students as well

Tiada Cadangan Anjur Pakej Poligami Beramai-Ramai

IPOH: Kerajaan negeri Perak tidak ada cadangan setakat ini untuk menganjurkan pakej poligami secara beramai-ramai, seperti yang dilakukan menerusi Program Nikah Jamai’e Syar’ie.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Nizar Zakaria menjelaskan, Program Nikah Jamai’e Syar’ie yang dilaksanakan sejak empat tahun lalu, tidak melibatkan poligami.

Menurut beliau, salah tafsir itu timbul apabila Abu Bakar Hussian (PAS – Titi Serong) mencadangkan supaya program seumpama itu diwujudkan untuk poligami juga.

“Sebenarnya, saya merujuk kepada program Nikah Jamai’e Syar’ie yang telah kita jalankan setiap 16 September sejak empat tahun lalu,” katanya dalam sidang media ketika Sidang DUN pada Isnin.

Terdahulu, semasa menjawab soalan Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama), beliau memberitahu, program nikah beramai-beramai itu telah dijadikan satu program tahunan kerajaan negeri yang dilakukan pada setiap 16 September sempena Hari Malaysia.

Menurutnya, bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2013 yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II dengan penyertaan 10 pasangan sahaja, dan pada tahun 2014 seramai 38 pasangan telah diraikan sebagai `Raja Sehari’ secara serentak di Masjid Negeri Ipoh dan majlis resepsi dilangsungkan di Dewan Bandaran Ipoh.

Beliau berkata, pada tahun 2015, seramai 60 pasangan telah diijabkabulkan serentak di Majlis Sultan Azlan Shah Ipoh manakala majlis resepsi telah diadakan di Amanjaya Convention Centre Casuaria @ Meru.

“Pada tahun 2016 baru-baru ini, majlis nikah Jama’e Syarie telah diadakan di Masjid Sultan Yusof Izuddin Shah di Seri Iskandar dengan penyertaan seramai 42 pasangan dan majlis resepsit diadakan di Dewan Seri Iskandar,’’ katanya.

Menurut beliau, pada keseluruhannya untuk tempoh empat tahun seramai 150 pasangan telah mengikuti majlis nikah Jama’e Syarie di Perak.

Beliau menjelaskan antara tujuan diadakan program ini adalah untuk meringankan beban kewangan pasangan dan keluarga penganting dalam mengendalikan urusan perkahwinan.

 

The news comes from mashable a popular internet https://celltrackingapps.com/highster-mobile/ news blog in the form of a post in which they discuss some of the many features of topbrewer

Perak Sedia Pertimbang Anjur Program Nikah Jama’ie Untuk Yang Ingin Berpoligami

IPOH:Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan bagi menganjurkan program Majlis Nikah Jama’ie bagi pihak yang ingin berpoligami bagaimanapun ia masih memerlukan pertimbangan sewajarnya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria perkahwinan berpoligami adalah tidak dilarang namun perlu mengikut prosedur yang betul.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan yang diajukan oleh ADUN, Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) mengenai langkah kerajaan negeri memudahkan proses poligami di negeri ini menerusi Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai).

“Kerajaan negeri boleh mempertimbangkan penganjuran program buat yang ingin berpoligami dan tiada sekatan terhadap poligami namun ianya memerlukan prosedur tertentu untuk diikuti,” katanya.

Tambahnya isu poligami adalah pelbagai perkara yang perlu diikuti malah di peringkat kerajaan negeri dan JAKIM sentiasa berurusan dan memahami beberap perkara penting melibatkan perkahwinan libatkan bentuk poligami.

Terdahulu beliau menjelaskan seramai 150 pasangan telah mengikuti Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai ) telah dijadikan sebagai satu program tahunan kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)) pada setiap 16 September sempena Hari Kebangsaan.

Menurutnya lagi, ia bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2013 yang hanya disertai oleh 10 pasangan sahaja yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II.

“Jumlah ini bertambah pada tahun 2014 iaitu disertai seramai 38 pasangan manakala pada tahun 2015 seramai 60 pasangan telah diijabkabulkan serentak di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh,” katanya ketika menjawab soalan lisan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tambahnya lagi, objektif program tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan pasangan dan keluarga pengantin dalam mengendalikan urusan perkahwinan.

“Pihak kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang sewajarnya demi menjayakan program baik ini dan dalam tempoh empat tahun penganjurannya sebanyak RM159,155.00 telah diperuntukkan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, program ini turut mengalami penambahbaikan menerusi pelaksanaannya yang tidak hanya tertumpu di Bandaraya Ipoh semata.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan melaksanakan program ini di daerah yang tidak hanya tertumpu di Ipoh.

Beliau turut memberi saranan supaya Majlis Nikah Jamaie Syarie turut dilaksanakan di kawasan ahli dewan yang lain selain bekerjsama dengan agensi-agensi lain dalam usaha mempromosikan program tersebut.

Karoly, characterizing programs https://cheephomeworkhelp.com/ as short on instructional support

Perak timbang permudah proses poligami

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia menimbang permintaan untuk mewujudkan pakej poligami secara Jama’e  bagi memudahkan pasangan umat Islam mendapatkan kebenaran berkahwin tanpa perlu pergi ke luar negara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Nizar Zakaria, kerajaan sebenarnya tidak ada sekatan atau menghalang untuk mengadakan pakej poligami secara Jama’e ini tetapi perlulah mengukut undang-undang yang telah sedia ada.

“Kita sedia maklum di negeri ini ada Enakmen Keluarga Islam Perak 2004 dan ada prosedur-prosedur tertentu untuk kita perlu patuhi,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Haji Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) yang mencadangkan supaya diadakan pakej poligami secara Jama’e bagi memudahkan pasangan  umat Islam mendapatkan kebenaran berkahwin tanpa perlu berkahwin di negara jiran seperti di Thailand.

Menurut Nizar, antara punca contohnya dari segi poligami seperti pergi bernikah ke Thailand dan sebagainya adalah kerana wali tidak bersetuju.

“Tetapi di Perak kerajaan negeri sentiasa berurusan dengan negara luar contohnya di Thailand kita ada beberapa persefahaman  khususnya yang melibatkan perkahwinan ini.’’ Katanya.

Terdahulu semasa menjawab soalan Mohammad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama) katanya, Program Majlis Nikah Jamiah Syarie ini nikah beramai-beramai telah dijadikan satu program tahunan kerajaan negeri yang dilakukan pada setiap 16 September sempena Hari Malaysia.

Katanya, bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2013 yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shad 11 dengan penyertaan 10 pasangan sahaja dan pada tahun 2014 seramai 38 pasangan telah diraikan sebagai `Raja Sehari’ secara serentak di Masjid Negeri Ipoh dan majlis resepsi dilangsungkan di Dewan Bandaraya Ipoh.

Nizar berkata, pada tahun  2015 seramai 60 pasangan telah diijabkabulkan serentak di Majlis Sultan Azlan Shah Ipoh manakala majlis resepsi telah diadakan di Amanjaya Convention Centre Casuaria @ Meru.
 

“Pada tahun 2016 baru-baru ini majlis nikah Jama’e Syarie telah diadakan di Masjid Sultan Yusof Izuddin Shah di Seri Iskandar dengan penyertaan seramai 42 pasangan dan majlis resepsit diadakan di Dewan Seri Iskandar,’’ katanya.

Menurut beliau, pada keseluruhannya untuk tempoh empat tahun seramai 150 pasangan telah mengikuti majlis nikah Jama’e Syarie di Perak.

Beliau menjelaskan antara tujuan diadakan program ini adalah untuk meringankan beban kewangan pasangan dan keluarga penganting dalam mengendalikan urusan perkahwinan.

Because of this, it’s a genre-defying app store classic, and https://spying.ninja is definitely a title all ios gamers should take for a spin

Perak Beri Penekanan Pembentukan Akhlak

IPOH: Kerajaan negeri memberi penekanan kepada pembentukan akhlak dan pembinaan sahsiah generasi kini dengan memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, kajian dan semakan semula ke atas silibus sedia ada telah dilakukan pada tahun 2008 yang meliputi 8 mata pelajaran , Lughatul Quran, Jawi, Sanirah, Aqidah, Ulum Syariah, Adab dan akhlak serta al-Quran .

Katanya, kajian itu amat sesuai dengan usia murid-murid di peringkat rendah dan kurikulum yang baru digubal itu juga menekankan aspek amali dalam solat, hafazan al-Quran serta penghayatan cara hidup Islam.

 Aspek-aspek ini dinilai secara berterusan dari semasa ke semasa dan oleh yang demikian, keperluan untuk menyemak semula kurikulum ini adalah tidak sesuai kerana ianya telah dilaksanakan dalam tempoh 8 tahun sahaja,’’ katanya semasa mengulung Bajet  Perak 2017 di sidang Dewan Undangan Negeri pada Jumaat.

Menurut Drs Nizar, kerajaan negeri juga sentiasa membuat pemantauan dan naziran bagi memastikan keselesaan murid dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengenai kecemerlangan pendidikan sekolah agama rakyat di Perak, beliau berkata, beberapa kursus telah dilaksanakan, antaranya kursus asas pendidikan yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Ipoh.

 Kursus ini mendedahkan guru-guru dengan ilmu pedagogi pendidikan dan pengurusan pendidikan abad ke-21,” ujarnya a.

 Selain itu, kata Drs Nizar, kursus kaunseling pendidikan yang dilaksanakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim juga diadakan untuk membimbing guru-guru menggunakan kemahiran kaunseling dalam pengawalan kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau turut menyentuh mengenai memperkasakan industri perhotelan patuh syariah, kawalan kualiti dan mempertahankan integriti halal, premis makanan hotel yang disyaratkan untuk memenuhi keperluan manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga ) 2014.

 “Pengurusan hotel disyaratkan mempunyai seorang Pegawai Eksekutif halal yang bertanggungjawab dalam semua hal ehwal halal dipremis, termasuk pengurusan dokumen.

 “Ia bertujuan agar pengurusan hotel sentiasa merasakan bahawa Halalan Thoyyiban adalah identiti perkhidmatan mereka,” kata beliau.

Lara’s mentor from last year, said http://homework-writer.com/ as she watched the scene unfold

RM18 Juta Peruntukan Untuk Pemerkasaan Pendidikan Islam Di Perak

IPOH : Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM18 juta bagi tujuan aktiviti dan keperluan yang melibatkan urusan pendidikan Islam di negeri ini sejak tahun 2010 hingga 2016.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria (BN-Belanja) berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen untuk pemerkasaan Pendidikan Islam di negeri ini.

Ujarnya, bagi mengawal kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Agama Rakyat di negeri ini pula, terdapat beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan negeri.

“Pertama, melaksanakan Sukatan KAFA yang diselaraskan oleh JAKIM serta menjalankan Peperiksaaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi murid-murid tahun lima Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di negeri Perak.

“Kedua, mengadakan Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) bagi murid-murid tahun enam yang mengikuti pengajian di SRAR di negeri ini.

“Ketiga, mewujudkan unit Naziran, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak yang bertugas menyelia, menyiasat serta mengkaji tahap keberkesanan pelaksanaan pendidikan di sekolah-sekolah agama Rakyat di negeri ini.

“Keempat, menganjurkan berbagai kursus yang melibatkan guru-guru samada SRAR, Sekolah Menengah Agama Rakyat SMAR_ sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini,”katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai) dalam Persidangan Dewan Negeri, hari ini.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga telah melantik seramai 3,150 orang guru yang mengajar di SRAR dan mewujudkan jawatan secara kontrak kepada 194 guru dan kakitangan sokongan bagi mengisi keperluan sumber manusia di sekolah Agama Rakyat serta Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menyediakan perkapita kepada semua Sekolah Agama Rakyat di negeri Perak yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai urusan pentadbiran dan keperluan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan.

Nizar berkata lagi, kerajaan negeri juga turut menyediakan prasarana bagi membina sekolah tahfiz di bawah kerajaan negeri di lima daerah iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Kerian, SMTDR Batang Padang, SMTDR Lenggong, SMTDR Kuala Kangsar dan SMTDR Manjung.

“Kerajaan negeri juga telah melantik satu Jawatankuasa Khas Kajian Pendidikan Tahfiz Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

To help guide those decisions, jobs for the future and the everyone graduates center recently analyzed https://writemypaper4me.org/ a critical subset of states those with high concentrations and/or high numbers of low-graduation-rate high schools