MEMILIH PRU15: Penyandang dan Calon BN Parlimen Parit Membidas Calon Pembangkang Bawa Isu Yang Tidak Relevan Lagi

Calon Barisan Nasional (BN) Kerusi Parlimen (P.069) Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria membidas calon pembangkang yang berceramah telah membawa isu rakyat yang tidak relevan lagi didengari.

Sebagai contohnya, calon pembangkang menjaja isu pembinaan Hospital Seri Iskandar yang dikatakan tidak boleh menampung dengan keperluan rawatan dan kesihatan rakyat di bandar Seri Iskandar dan sekitarnya.

Kononnya pembinaan hospital bernilai RM145 juta itu sekadar mempunyai kemudahan 76 katil dan empat wad sahaja dan tidak mampu menampung kira-kira 100,000 penduduk di situ.

Menjawab persoalan itu, Mohd Nizar menegaskan bahawa dulu (deme) ini menjaja kisah kelewatan pembinaan hospital ini serta mempertikaikan kerajaan sudah tidak ada duit bagi projek kesihatan rakyat berkenaan.

“Sekarang ini pula diceramahkan katanya hospital ini kecil pula.

“Berpusing-pusing isu yang hendak dijaja kepada rakyat. Udah (sudah) dilihat pembangkang sekarang ini membawa isu-isu yang tidak relevan lagi.

“Bukan main berceramah sejak dua tiga hari ini. Sebenarnya status projek ini sudah dibuatnya…udah udah dibuatnya.

“Ada kemudahan 76 katil dengan kos RM145 juta dan telah capai 5.57 peratus dalam proses pembinaan mengikut penjadualan, tetapi sekarang ini, projek ini telah mencapai 10 peratus perkembangan pembinaan.

“Maknanya kerja pembinaan hospital Seri Iskandar di tapak seluas kira-kira 18.9 ekar telah pun melebihi 15 hari bekerja lebih awal. Ini menunjukkan satu perkembangan yang sangat baik,” kata Mohd Nizar ketika ditemui di sini.

Beliau mengulas berhubung beberapa siri ceramah pihak lawannya bagi kerusi Parlimen Parit yang telah membangkitkan isu pembinaan Hospital Seri Iskandar serta projek menaiktaraf Jalan Seputeh-Parit yang kononnya gagal disediakan kepada rakyat Parit selama ini.

Mohd Nizar berkata, rakyat di bandar Seri Iskandar dan sekitarnya sebenarnya sudah maklum berhubung pembinaan hospital ini yang bakal memberi manfaat apabila dijangka siap pada penghujung tahun 2024 dengan kerja-kerja pembinaan hospital tersebut telah bermula pada November 2021 lalu.

Kemudahan kesihatan tersebut dibina di atas tanah seluas 18.9 ekar dengan nilai kira-kira RM145 juta itu dijangka akan menyediakan kemudahan perubatan dan kesihatan kepada 100,000 penduduk di Seri Iskandar dan sekitarnya

Pembinaan Hospital Seri Iskandar bertujuan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan rawatan yang semakin meningkat dan akan memberi manfaat kepada penduduk di daerah Perak Tengah serta daerah berdekatan.

Mohd Nizar berkata pencapaian dan kelulusan projek rakyat seperti pembinaan hospital Seri Iskandar adalah hasil perjuangan rakyat melalui parti UMNO BN demi kesejahteraan rakyat.

“Yang penting ialah projek sudah diluluskan, tidak kiralah mengambil masa yang panjang. Apapun ia cukup memberi manfaat yang besar kerana rakyat mendapat kemudahan kesihatan yang lebih baik dan moden bagi menggantikan Hospital Changkat Melintang.

“Kita kena bersyukur dan berterima kasih. Inilah yang dinamakan perjuangan, ‘katanya.

Jadi Mohd Nizar yang juga penyandang kerusi Parlimen Parit menyeru kepada rakyat supaya bijak menilai apa yang diperkatakan pihak-pihak yang cuba menjaja sesuatu isu termasuk memanipulasikan satu perkara demi kepentingan atau agenda tertentu.

“Rakyat (di Parit) ini yang melihat dan mengetahui perkara yang sebenar perlu bercerita kepada orang lain akan perkara yang diperjuangkan demi kesejahteraan rakyat selama ini,” menurut beliau.

Satu lagi isu yang cuba dimanipulasikan ialah projek naik taraf Jalan Seputeh-Parit yang mana Mohd Nizar sendiri telah memohon maklumat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa projek jalan berkenaan sudah diluluskan.

“Tidak ada isu pun kerana sudah diluluskan malahan papan tanda projek pun sudah dipacakkan.

“Cuma saya hendak memaklumkan, sesuatu projek itu yang hendak dilaksanakan perlu melalui proses atau tatacara yang betul dan teliti.

“Bagi Jalan Seputeh-Parit ini, ada lagi proses-proses pengambilalihan yang difahamkan melibatkan enam lot tanah.

“Masih belum selesai dan kerajaan masih meneliti nama atau pewaris pemilik lot tanah ini. Perkara ini perlu diteliti dahulu. Pedulikan apa yang mereka (calon lawan) katakan kerana mereka tidak tahu atau sengaja nampak tidak tahu,’ kata Mohd Nizar.

Calon BN, Mohd Nizar bakal berdepan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Parit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohd Nizar yang juga penyandang kerusi berkenaan untuk tempoh dua penggal (2008-2013) dan (2018-2022) selain pernah bertanding dan menang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja pada 2013-2018 akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN)-PAS Muhammad Ismi Mat Taib, Nurthaqaffah Nordin dari Pakatan Harapan-Amanah dan Faizol Fadzli Mohamed dari Pejuang.

Ada seramai 47,915 pengundi di Parit, tahun ini.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi. – BACALAHMALAYSIA.MY

PRU-15: Suasana Sekitar Pusat Penamaan Di Parlimen Parit – Meriah, Hangat Gelagat Penyokong

Proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini menyaksikan seolah-olah berpesta dengan pelbagai ragam penyokong parti dan calon yang datang memberi sokongan kepada calon mereka ke pusat penamaan calon, pagi ini.Selain jumlah penyokong yang ramai kerana fasa peralihan ke era endemik akibat COVID-19 kembali membenarkan penyokong hadir ke pusat penamaan seperti sediakala, pelbagai gelagat penyokong menarik perhatian termasuk memakai pakaian unik selain pakaian mengikuti tema warna parti.Suasana meriah juga berlaku di Parlimen Parit (P.069) yang juga merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.39 – Belanja dan N.40 – Bota.

Kehadiran penyokong dilihat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu orang awam serta penyokong yang mengiringi calon, dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan yang ditetapkan.

Suasana dimeriahkan dengan laungan perang antara penyokong bagi memberi sokongan kepada calon-calon mereka selain perang bendera dan plakad meraikan perbezaan idealogi politik masing-masing.

Begitu juga penyokong melakukan perarakan calon dengan konvoi kenderaan, turut memeriahkan suasana.

Dalam keghairahan penyokong, kelihatan juga yang memakai pelitup muka bagi mengelak penularan COVID-19 yang masih belum berpenghujung, seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan.

MEMILIH PRU15: Pertembungan 4 Penjuru di Parit, Perak Rebutan kerusi di P.069 Parit, N.39 Belanja, N.40 Bota

Menu

BacalahMalaysia

Apple To Expand Live TV Advertising Around New Football Deal, Says Report Utama/MalaysiaMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Pertembungan 4 Penjuru di Parit, Perak

Rebutan kerusi di P.069 Parit, N.39 Belanja, N.40 Bota

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Nizar Zakaria bakal berdepan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Parit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

MohdNizar yang juga penyandang kerusi berkenaan untuk tempoh dua penggal (2008-2013) dan (2018-2022) selain pernah bertanding dan menang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja pada 2013-2018 akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN)-PAS Muhammad Ismi Mat Taib, Nurthaqaffah Nordin dari Pakatan Harapan-Amanah dan Faizol Fadzli Mohamed dari Pejuang.

Ada seramai 47,915 pengundi di Parit, tahun ini.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

Tidak terkecuali saingan empat penjuru turut mewarnai Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Parit iaitu Bota dan Belanja.

Bagi N39–Belanja yang mempunyai 17,767 pengundi menyaksikan calon BN, Khairudin Abu Hanipah bakal ditentang hebat Shaharuzzaman Bistamam (Pejuang), Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin (PN-Bersatu) serta Ahmad Hishamuddin Abdullah (PH-Amanah).

Penyandang kerusi ini, Khairudin menang dengan majoriti undi sebanyak 2,729 pada PRU-14 lalu.

Selaku kubu kuat BN di Perak ini, DUN N.40-Bota terus memperlihatkan penyandangnya, Khairul Shahril Mohamed berusaha untuk mengekalkan kerusi tradisi BN ini walaupun akan ditentang oleh Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-PAS), Usaili Alias (PH-PKR) dan Mohd Shahril Harahab Abdul Halil (Pejuang).

BacalahMalaysia

MENJELANG PRU15: BN Perak Umum Senarai Calon DUN Utama/MalaysiaMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Pertembungan 4 Penjuru di Parit, Perak

Rebutan kerusi di P.069 Parit, N.39 Belanja, N.40 Bota

BacalahMalaysia Team17 hours lepas0 17 satu minit pembacaan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Nizar Zakaria bakal berdepan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Parit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

MohdNizar yang juga penyandang kerusi berkenaan untuk tempoh dua penggal (2008-2013) dan (2018-2022) selain pernah bertanding dan menang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja pada 2013-2018 akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN)-PAS Muhammad Ismi Mat Taib, Nurthaqaffah Nordin dari Pakatan Harapan-Amanah dan Faizol Fadzli Mohamed dari Pejuang.

Ada seramai 47,915 pengundi di Parit, tahun ini.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

Tidak terkecuali saingan empat penjuru turut mewarnai Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Parit iaitu Bota dan Belanja.

Bagi N39–Belanja yang mempunyai 17,767 pengundi menyaksikan calon BN, Khairudin Abu Hanipah bakal ditentang hebat Shaharuzzaman Bistamam (Pejuang), Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin (PN-Bersatu) serta Ahmad Hishamuddin Abdullah (PH-Amanah).

Penyandang kerusi ini, Khairudin menang dengan majoriti undi sebanyak 2,729 pada PRU-14 lalu.

Selaku kubu kuat BN di Perak ini, DUN N.40-Bota terus memperlihatkan penyandangnya, Khairul Shahril Mohamed berusaha untuk mengekalkan kerusi tradisi BN ini walaupun akan ditentang oleh Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-PAS), Usaili Alias (PH-PKR) dan Mohd Shahril Harahab Abdul Halil (Pejuang).

Penganalisis politik tempatan turut berpandangan pertembungan empat penjuru di Parit, Perak, bagi kerusi Parlimen dan kedua-dua DUN sangat menarik walaupun tidaklah disifatkan kerusi panas seperti di Bagan Datuk, Tambun, Taiping, Gopeng dan Tapah.

Menariknya ialah kemungkinan kawasan Parlimen Parit termasuk DUN Bota dan Belanja ini mempunyai kira-kira 90 peratus pengundi Melayu bakal memperlihatkan sejauh manakah kekuatan BN dalam memenangi dan mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan pengundi Melayu.

Walaupun secara tradisinya, PAS dan PKR telah mencabar beberapa kali dalam PRU yang lalu terhadap BN, namun kehadiran calon Pejuang, Bersatu dan Amanah pastinya memecahkan monopoli demografik bagi persepsi geo-politik pengundi Melayu itu sendiri.

Kekuatan personaliti dan pengaruh calon itu sendiri adalah elemen yang dilihat boleh mempengaruhi persepsi pengundi di Parit, Belanja dan Bota, mahu pun kali ini, pengundi baharu pertama kali terutama dalam kalangan anak muda akan mencorakkan pola pemikiran baharu pengundi di sini. – BACALAHMALAYSIA.MY

MEMILIH PRU15: Suasana Sekitar Pusat Penamaan Hangat Di Parlimen Parit, Meriah Gelagat Penyokong

Proses penamaan calon hari ini menyaksikan seolah-olah berpesta dengan pelbagai ragam penyokong parti dan calon yang datang memberi sokongan kepada calon mereka ke pusat penamaan calon, pagi ini.

Selain jumlah penyokong yang ramai kerana fasa peralihan ke era endemik akibat COVID-19 kembali membenarkan penyokong hadir ke pusat penamaan seperti sediakala, pelbagai gelagat penyokong menarik perhatian termasuk memakai pakaian unik selain pakaian mengikuti tema warna parti.

Di Parlimen Parit (P.069) yang juga merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.39 – Belanja dan N.40 – Bota.

Bagaimanapun penyokong dilihat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu orang awam serta penyokong yang mengiringi calon, dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan yang ditetapkan.

Suasana dimeriahkan dengan laungan perang antara penyokong bagi memberi sokongan kepada calon-calon mereka selain perang bendera dan plakad meraikan perbezaan idealogi politik masing-masing.

Begitu juga penyokong melakukan perarakan calon dengan konvoi kenderaan, turut memeriahkan suasana.

Dalam keghairahan penyokong, kelihatan juga yang memakai pelitup muka bagi mengelak penularan COVID-19 yang masih belum berpenghujung, seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

YB Sempoi tak kekok bersama rakyat

PARIT – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria tidak perlu tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) untuk menyantuni penduduk di kawasannya.

Dikenali juga sebagai YB Sempoi, kelibat Mohd Nizar cukup disenangi masyarakat tidak mengira umur, pangkat dan kaum.

Sesiapa sahaja disapanya dengan mesra bagi bertanya khabar malah ramai juga penduduk di Parit tidak kira di kawasan Bota Kanan, Bota Kiri mahu pun Bandar Universiti Iskandar boleh mengadu setiap permasalahan dan melontarkan idea demi pembangunan setempat.

“Saya sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Bertemu masyarakat seboleh yang mungkin.“Kita kena menghargai rakyat termasuk pengundi yang menyokong saya selama ini.“Saya ini orang kampung dan dipilih sebagai wakil rakyat mereka (kawasan Parlimen Parit) dan dulu di Dewan Undangan Negeri DUN Belanja.

Kita perlu memahami kehendak rakyat,” katanya Mohd Nizar ketika ditemui selepas menghadiri beberapa program bersama masyarakat.

“Kerja bertemu rakyat ini tidak mengira masa. Sebab itu saya perlu berada dekat dengan rakyat. Waktu senang apatah lagi pada waktu susah ini,” kata Mohd Nizar ketika ditemui selepas menghadiri beberapa program bersama masyarakat di sini hari ini.

Antara program yang disinggahi dan dirasmikan ialah program santai bersama belia dan orang kampung di Bota Kiri, melawat keadaan bangunan Dewan Orang Ramai Kampung Kepala Pulau Mukim Layang-Layang Parit dan merasmkan majlis penutup Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bota Kanan di Stadium Bakri Rais.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najiha Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.- MalaysiaGazette

Ustaz “YB Sempoi” Terus Menyantuni Masyarakat Parlimen Parit Walaupun Belum Bermula Kempen PRU-15

Penyandang kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria terus menyantuni masyarakat Parit tanpa perlu menunggu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dikenali juga sebagai Ustaz “YB Sempoi”, keberadaan Mohd Nizar cukup disenangi masyarakat sekeling tidak mengira umur, pangkat dan kaum.

Sesiapa sahaja disapa dengan mesra bagi bertanyakan khabar malahan ramai juga masyarakat Parlimen Parit tidak kira di kawasan Bota Kanan, Bota Kiri mahu pun Bandar Universiti Iskandar boleh mengadu setiap permasalahan dan melontarkan pandangan dan idea demi pembangunan setempat.

senang apatah lagi pada waktu susah ini,” kata Mohd Nizar ketika ditemui selepas menghadiri beberapa program bersama masyarakat.

Antara program yang disinggahi dan dirasmikan ialah program santai bersama belia dan orang kampung di Bota Kiri, melawat keadaan bangunan Dewan Orang Ramai Kampung Kepala Pulau Mukim Layang-Layang Parit dan merasmkan majlis penutup Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bota Kanan di Stadium Bakri Rais.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najiha Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

MENJELANG PRU15: Ustaz “YB Sempoi” Terus Menyantuni Masyarakat Parlimen Parit Walaupun Belum Bermula Kempen PRU-15

Penyandang kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria terus menyantuni masyarakat Parit tanpa perlu menunggu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dikenali juga sebagai Ustaz “YB Sempoi”, keberadaan Mohd Nizar cukup disenangi masyarakat sekeling tidak mengira umur, pangkat dan kaum.

Sesiapa sahaja disapa dengan mesra bagi bertanyakan khabar malahan ramai juga masyarakat Parlimen Parit tidak kira di kawasan Bota Kanan, Bota Kiri mahu pun Bandar Universiti Iskandar boleh mengadu setiap permasalahan dan melontarkan pandangan dan idea demi pembangunan setempat.

“Saya sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Iaitu bertemu masyarakat seboleh yang mungkin.

“Kita kena menghargai rakyat termasuk pengundi yang menyokong saya selama ini.

“Saya ini orang kampung dan dipilih sebagai wakil rakyat mereka (kawasan Parlimen Parit) dan dulu di DUN (Belanja). Perlu memahami kehendak rakyat.

“Kerja bertemu rakyat ini tidak mengira masa. Sebab itu saya perlu berada dekat dengan rakyat. Waktu senang apatah lagi pada waktu susah ini,” kata Mohd Nizar ketika ditemui selepas menghadiri beberapa program bersama masyarakat.