Rumah Rakyat – Had Pendapatan Dinaikkan Kepada RM3,000

SERI ISKANDAR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan  dan Kerajaan  Tempatan akan mencadangkan kepada Kabinet supaya syarat maksimum pendapatan pemohon bagi Skim Sewa Beli Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara sebanyak RM2,500 dinaikkan kepada RM3,000.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Kabinet minggu depan.

Beliau berkata, langkah menaikkan syarat pendapatan pemohon bagi skim sewa beli PPR ini dibuat supaya ia selaras dengan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

 “‎Apabila ia selaras dengan BR1M maka mudah bagi pihak Kementerian untuk membuat semakan bagi memastikan pemohon-pemohonan yang benar-benar layak dapat memiliki rumah PPR,’’ katanya kepada pemberita.

 Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar Universiti Seri Iskandar pada Isnin. Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut Noh, menerusi skim sewa beli ini  kerajaan membina sebanyak 99 unit rumah PPR yang berharga RM157,000  setiap unit dan kemudiannya menjualnya kepada pemohon yang benar-benar layak pada harga RM35,000.
 
“Menerusi skim ini, pemohon yang berjaya dan terpilih tidak perlu membayar apa-apa deposit dan mereka hanya perlu membayar sewa bulanan  dalam tempoh tertentu sehingga tamat pembayaran dan rumah itu menjadi hak milik mereka,’’ katanya.

Katanya, pihak Kementerian akan membuat perjanjian dengan kerajaan negeri Perak bagi mengenakan syarat supaya pemilik rumah PPR tidak boleh menjual rumah mereka kepada pihak ketiga.

 Katanya pemilik hanya boleh menjual rumah PPR itu kepada kementerian.

 Terdahulu dalam ucapannya, Noh berkata, selain PPR di Seri Iskandar, Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan tujuh projek PPR di negeri Perak yang meliputi  915 unit rumah.

 Projek rumah PPR itu adalah 29 unit di Kampar, 64 di Sungkai, 9 unit di Batu Gajah, 112 unit di B untong Permai, 45 unit di Tanjung Malim, 416 unit di PPR Buntong Harmoni, 240 unit di Batu 2 1/2 Taiping dan 260 unit di Kamunting.

Destroying other cars on the road eliminating opponent cars another great spy apps feature is the multiplayer game mode

Rumah PPR: Pemaju Perlu Patuhi Syarat Yang Ditetapkan

PERAKTODAY5-2

SERI ISKANDAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mengingatkan kepada pemaju atau pihak yang dilantik bagi melaksanakan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dirancangkan oleh kerajaan untuk mematuhi segala syarat yang ditetapkan.

Tegasnya, ia termasuklah dalam menyediakan kemudahan atau keperluan asas kepada masyarakat khususnya kawasan lapang untuk mereka melakukan sebarang aktiviti.

“Mereka (pemaju) juga perlu bersama-sama memikirkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif yang memenuhi keperluan dan prasyarat bagi satu-satu kawasan perumahan.

PERAKTODAY-6

“Kita melihat trend sekarang ini apabila banyak kawasan perumahan yang diwujudkan tetapi tidak banyak kawasan lapang disediakan kerana kita kena faham untuk mewujudkan kawasan perumahan mesti wujud dengan kepelbagaian keperluan asas termasuklah kawasan lapang bagi kegiatan masyarakat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar di sini, hari ini yang telah dirasmikan oleh Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar.

Jelasnya, beliau tidak mahu pihak yang berkenaan mengurangkan kawasan lapang berkenaan sehinggakan mengabaikan keselesaan rakyat yang mendiami kawasan tersebut.

“Kerajaan Negeri tidak akan tolak ansur dengan perkara sebegini kerana pada akhirnya kita memberikan perhatian kepada soal kesejahteraan bagi masyarakat yang tinggal di kawasan itu,” katanya lagi.

The https://spyappsinsider.com/ikeymonitor/ beta update that is now os x version number 10

Rumah PPR: Cadangan Tetapkan Syarat Pendapatan Kepada RM3,000

PERAKTODAY2-4

SERI ISKANDAR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membawa cadangan untuk menetapkan syarat pendapatan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada RM3,000 ke peringkat Kabinet dalam masa terdekat.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, cadangan berkenaan adalah untuk menggantikan syarat sedia ada pada masa ini iaitu RM2,500.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk menyelaraskannya dengan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya memudahkan pihak kementerian untuk melakukan semakan sama ada mereka layak atau tidak.

“Saya akan mencadangkan kepada Kabinet agar syarat rumah PPR ini dinaikkan kepada RM3,000 supaya ia selaras dengan penerima BR1M dan mudah untuk kementerian membuat semakan sama ada mereka yang dapat rumah ini ada tak dalam senarai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PERAKTODAY3-4

Dalam pada itu, Noh berkata, Perak menjadi negeri pertama yang memulakan Skim Sewa Beli setelah Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan cadangan bantuan pembiayaan rumah melalui Kaedah Sewa Untuk Beli (Rent to Own) pada 3 Ogos yang lalu.

Skim berkenaan akan ditawarkan kepada pemohon atau bakal pembeli yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan.

“Perlancaran pada hari ini yang pertama kita telah mulakan Skim Sewa Beli dimana rumah yang kita bina ini sebanyak 99 buah rumah dengan melibatkan jumlah lebih kurang RM15.9 juta yang mana nilai sebuah rumah lebih kurang RM157,000.

“Pada dasarnya, harga yang kita jual adalah sebanyak RM35,000, yang mana secara puratanya seorang yang bertuah untuk mendapat rumah ini, ia akan mendapat subsidi sebanyak RM120,000 sebuah rumah.

“Pemohon tidak perlu bayar apa-apa deposit, cuma bayar sewa bulanan dan dalam tempoh tertentu rumah ini akan menjadi hak milik mereka. Nanti kita akan ada buat perjanjian dengan Kerajaan Negeri dan juga syarat-syarat yang kita perincikan kemudian,” tambahnya lagi.

Sementara itu, bagi PPR Seri Iskandar, beliau berkata, setiap permohonan akan melalui tiga peringkat yang mana ia untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan peluang untuk memiliki rumah tersebut.

“Pertama Kerajaan negeri akan memastikan bahawa pemohon-pemohon ini belum ada rumah. Kedua kita akan semak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa pendapatan mereka ini bawah RM2,500.

“Manakala, peringkat ketiga pula dimana sebelum surat tawaran ini diberi kepada mereka yang layak, kita akan pamerkan nama mereka di kawasan perumahan ini dan juga di Pejabat Tanah Perak Tengah untuk mereka semua lihat siapa yang telah terpilih. Kalau kita dapati ada rungutan daripada orang ramai yang nama disenaraikan ini tidak layak, kita akan siasat untuk kita ambil tindakan,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut meminta borang permohonan berkenaan telah mula diedarkan bagi memastikan apabila projek berkenaan siap kelak, ia mestilah terus diduduki.

“Kita tidak mahu lagi lihat ada rumah PPR dah lama siap tetapi masih lagi kosong kerana kalau kita lambat duduki rumah ini, maka tempoh kecacatan akan berjalan. Jadi kita akan pastikan apabila rumah siap kita terus beri kunci,” ujarnya,

Students in tools classrooms saw more growth in early literacy, as measured on the woodcock-johnson vocabulary tests, letter-word excellent site write my essays recognition, and applied problems

Program Kerohanian Akan Diteruskan Di Perak

BATU KURAU: Perak akan meneruskan program-program kerohanian yang telah dimulakan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, program seumpama itu mendapat sambutan baik di kalangan rakyat, sekaligus merapatkan silaturrahim sesama mereka

Menurut beliau, antara program yang dijalankan dari semasa ke semasa ialah qiamullail, termasuk di adakan ketika Program Permukiman Menteri Besar.

 “Inilah gerakan-gerakan kita, di samping aktiviti mengenalpasti dan menyelesaikan masalah rakyat, kita akan teruskan program kerohanian,” katanya ketika berucap selepas qiamullail dan solat subuh di Masjid Kg Perak, Batu Kurau pada Jumaat.

 Qiamullail diketuai oleh pendakwah bebas, Maulana Wan Helmi Wan Mohamed.

 Hadir sama beberapa exco kerajaan negeri – Datuk Saarani Mohamed, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad.

 Terdahulu di sebelah malamnya, Dr Zambry menyaksikan program Kembara Dakwah bersama Maulana Wan Helmi dan beberapa artis jemputan.

 Antara artis yang mengambil bahagian ialah Ali (XPDC) Ijam (Medicine) dan Mel (Wings).

CSR Hamam Masjid At – Taqwa Kg Sg Siputeh

629c40_7ee27b901f264b2497e0f4e3dc3f9aa0-mv2

SELAMA: Selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebersihan tandas sentiasa terjaga, Program Permukiman Parlimen Larut meneruskan aktiviti ‘wajib’ yang telah diadakan di dua pemukiman lalu di Hulu Perak dan Kerian.

629c40_092854bafc2d43ba9abb1801a6061927-mv2

Pada Permukiman Parlimen Larut,  aktiviti ‘wajib’ itu –  tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hamam telah diadakan di Masjid At – Taqwa, Kg Sg Siputeh di Rantau Panjang dekat sini.

 Peneraju aktiviti SCR Hamam – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menghantar pasukan mereka untuk bersama-sama anggota bomba dan masyarakat setempat membersihkan tandas masjid di samping aktiviti lain.

629c40_c35c48be916742eb97c04bfe86913907-mv2

Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah membersihkan longkang, membersihkan dewan solat, mencuci kolam dan membetulkan beberapa peralatan yang rosak.

 Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

 

Certainly many other states have not had that possibility write my essays of a fine

Perak Wujud Tabung Akaun Amanah Sokongan Keluarga

2ea4e6_4b40082f101642a9a57ee642b53481ec-mv2

SELAMA: Perak telah mewujudkan Tabung Akaun Amanah untuk membantu keluarga yang menghadapi masalah nafkah selepas berlaku perceraian.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, tabung itu diletakkan di bawah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menurut beliau, tabung amanah itu akan mendahulukan bayaran nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah sekiranya bekas suami gagal untuk melunaskannya.

 Dalam masa sama, kata beliau, pihak JAIPk akan terus menghubungi bekas suami untuk membayar balik jumlah nafkahyang telah didahulukan itu.

 “Tabung ini bagi membantu bekas isteri dan anak-anak menjadi mangsa kegagalan bekas suami atau bapa membayar nafkah yang diputuskan oleh mahkamah,” katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan Klinik Kekeluargaan Islam sempena Program Permukiman Parlimen Larut.

 Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada ahli Perkim dan Persatuan Ibu Tunggal menghadiri klinik sehari itu.

Drs Nizar berkata, klinik itu antara lain untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai jalan penyelesaian bagi memastikan golongan yang berhak tidak teraniaya.

 Beliau menjelaskan, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menilai dan menimbangkan mereka yang layak menerima manfaat daripada tabung berkenaan.

 Drs Nizar memberitahu, setakat ini tabung berkenaan telah membantu 61 orang yang layak.

You can nab an invite from the interstate website and once you’ve got your code, you’ll be able to register an besttrackingapps.com/samsung-galaxy-s7-vs-iphone-7/ account

Sahabat AIM Perlu Berjiwa Besar

629c40_238210640f2a4f8bae47f33d119b2620-mv2 (1)

TANJUNG BELANJA: Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mesti berjiwa sekiranya mahu berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka juga mengikuti disiplin dan ilmu perniagaan untuk meningkatkan diri.

Menurut beliau, mereka tidak seharusnya merasa rendah diri walaupun bermula dengan hanya berniaga secara kecil-kecilan.

 “Peniaga adalah golongan yang hebat kerana mereka meneruskan kesinambungan sunnah nabi,” katanya ketika berucap di majlis jamuan ramah mesra sahabat AIM di Dewan Orang Ramai Talang Tasik dekat sini pada Sabtu.

 Drs Nizar berkata, sejarah telah membuktikan bahawa  AIM adalah antara program kewangan yang terbaik, bukan sahaja dari segi pengurusan, malah juga pembayaran balik.

Sehubungan itu, beliau berharap sahabat AIM dapat meneruskan rekod baik itu dan dalam masa yang sama meningkatkan perniagaan mereka.

 “Janganlah kalau dulu berniaga di bawah pokok, selepas tujuh tahun masih berniaga di tempat yang sama, tanpa penambahbaikan,” ujarnya.

Overview weet for mac cellspyapps.org/spy-on-snapchat comes from the the house of raptor apps, the makers of the popular twitter client that goes by the same name